Halaman

Selasa, 30 Ogos 2016

Skuad 7/81...Sepanjang Jalan Kenangan.

KENANGAN...

Ianya punyai cerita tersendiri...kadang – kadang ianya membawa kita menerjah jauh kesatu lipatan sejarah silam  , KENANGAN akan hadir dalam tiap denyutan nadi manusia,ianya mampu buat kita tersenyum andainya ia sesuatu yang manis,mmampu menitiskan air mata andainya kenangan itu yang terlalu mencuit perasaan kita dan kadang kadang kenangan ini juga mampu membuat kita menggelengkan kepala. Kita  akan merasa dan melalui pengalaman demi pengalaman dalam proses kehidupan kita sebagai insan yang dinamakan manusia ,meskipun ianya telah kita simpan jauh didalam lipatan sejarah hidup kita namun sesekali ianya tetap datang menerjah kembali ke fikiran kita. Ada juga yang mentafsir kenangan ini adalah sebuah kisah yg telah di lalui dan tak perlu diingati namun begitu tak kiralah samaada ianya yang manis atau yang pahit ia nya mesti kita ingat sebagai sebuah kenangan yang mana skrip dari kenangan itu terlalu berharga buat kita . Kekadang kenangan ini jua mampu kita jadikan sebagai guru yang terbaik buat kita. Walaupun baru sehari waktu silam melepasi kita,apa yang ditinggalkannya itu adalah kenangan yang tak akan kembali realitinya seperti ianya mula berlaku...Namun sebagai manusia kita terpaksa akur bahawa kita terpaksa meninggalkan kenangan itu melepasi jarum waktu yang panjang dan singkat walaupun terasa amat sayang untuk ditinggalkan kerana mungkin ianya terlalu indah buat kita. Tapi ada juga antara kita yang menggangap kenangan itu umpama buih buih sabun yang hanyut cukup sekadar untuk melalui walhal ianya terlalu indah untuk kita lupakan.


Rakan-rakan sepelatihku
Dalam lewat usia sebegini fikiran mula menerjah keangka 35 tahun yang lalu dimana ketika itu sebilangan besar antara kami  yang rata ratanya masih remaja belasan tahun tapi kami telah mula bersedia untuk mengalas tanggungjawab untuk negara , Tanggal 09.08.1981 berkumpul nya orang anak anak muda ini dari pelusuk ceruk dan kampong yang jumlah hampir mencecah angka ribu dibawah satu bumbung PULAPOL ( Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur ) dan bermula dari tarikh ini lah anak anak muda ini yang bergelar squad 7/81 memulakan kerjaya mereka sebagai seorang pelatih dan anggota Polis Diraja Malaysia. Bermula dari tarikh itulah cara dan corak kehidupan anak anak muda ini  ( kami ) telah ditukar dari seorang awam yang tak tahu apa apa dengan disiplin mula diterapkan dengan disiplin hidup yang kami rasakan ketika itu begitu ketat sekali.Pada mulanya terasa begitu janggal dengan corak kehidupan baru ini tapi lama kelamaan kami telah mula dapat menerapkan segala itu kedalam jiwa dan sanubari kami.
Rakan-rakanku
Rakan-rakanku
Rakan-rakan sepelatihku
Kompeni O Skuad 7/81
Tiga bulan di PULAPOL telah kami lalui dengan jayanya, walaupun terasa begitu perit sekali, namun ianya bukanlah sesuatu halangan yang membebankan kami. Berakhirnya episod disini bukan bermakna berakhirnya era latihan kami, Oleh kerana kami semua diserapkan kedalam Pasukan Polis Hutan ( PPH ) kami terpaksa menyambong fasa kedua latihan kami di SLPPH Ulu Kinta Perak,selama tiga bulan lagi. Pada tanggal  15 November 1981 Kami semua bergerak dari  PULAPOL KL ke destanisi latihan baru kami di SLPPH di Ulu Kinta,Perak dengan menaiki keretapi. Setibanya kami di stesyen keretapi Tg.Rambutan kelihatan deretan lori lori dan jurulatih jurulatih baru telah sedia menanti ketibaan kami, setelah memunggah barang barang kami kedalam lori, kami dirahkan turun dari lori-lori itu dan sangkaan kami jauh meleset ,rupa nya deretan kenderaan itu hanya ditugaskan  semata-mata membawa barang - barang sahaja dan kami diarahkan berjalan kaki dari Stesyen keretapi Tanjung rambutan ke Pusat Latihan PPH Ulu Kinta . Bermula dari saat itu difikiran telah terbayang latihan yang lebih berat dan tegas akan menanti dan akan kami lalui disini.

Selama sebulan setengah kami menjalani latihan di SLPPH Ulu Kinta,kami menyambung sessi latihan kami di lokasi yang lain pula,kali ini kami dihantar untuk meneruskan latihan hutan di Bidong Kedah.Disini kami diajar segala galanya ilmu peperangan dihutan dan iktiar hidup. Pahit maung latihan disini telah mengajar kami erti sebenar kehidupan yang mana kepayahan dan kesusahan bukanlah penghalang untuk kita meneruskan kehidupan ini. Apa yang kami timba disini akan kami bawa sebagai panduan hidup kami dimasa masa mendatang.

Setelah  genap sebulan setengah kami disini ( Bidung,Kedah ) tibalah saat dan ketika nya untuk kami berpisah dengan kawan kawan yang selama ini sama sama bermandi peluh dan keringat selama enam bulan lamanya, kami akan ditempatkan di formasi – formasi yang telah diatur dan ditetapkan, Tempoh enam bulan bukan lah satu tempoh yang terlalu singkat tetapi dihari ini kita semua merasakan ianya begitu cepat dan pantas, seakan tak terasa kita semua akan berpisah, Berpisah meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis ,walau apa sekalipun kita semua akan tetap mengenang cerita cerita indah,cerita cerita pahit yang kita lalui disini.
Platun ku ...Platun 33
Sebahagian dari sahabat sahabatku
Pada 20 February 1982   genap sebulan setengah kami disini ( Bidung,Kedah ) maka tamatlah era kami sebagai seorang rekrut dan bermakna kami telah menghabiskan 6 bulan tempoh latihan, kini tibalah saat dan ketika nya untuk kami berpisah dengan kawan kawan yang selama ini sama sama bermandi peluh dan keringat selama enam bulan lamanya, kami akan ditempatkan di formasi – formasi yang telah diatur dan ditetapkan, Tempoh enam bulan bukan lah satu tempoh yang terlalu singkat tetapi dihari ini kita semua merasakan ianya begitu cepat dan pantas, seakan tak terasa kita semua akan berpisah, Berpisah meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis ,walau apa sekalipun kita semua akan tetap mengenang cerita cerita indah,cerita cerita pahit yang kita lalui disini.

Kini...
 35 tahun kami terpisah oleh kekangan masa dan tugas yang mana dalam tempoh 35 tahun itu jugalah ramai diantara kami lansung tidak pernah bersua muka sejak meninggalkan alam rekrut dulu, ada diantara kami yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahai..Al Fatihah untuk mereka ada juga diantara kami yang telah terlebih awal meninggalkan Alam Kepolisian ini dan mencari dan mendapatkan pekerjaan lain ,ada juga diantara kami yang kini terlantar sakit dan tak kurang juga diantara kami yang telah bersara lebih awal  . Jika disatu ketika dulu kami membayangkan bahawa kami mungkin tidak berpeluang lagi untuk bertemu sahabat-sahabat lama yang sama sama memerah peluh dipadang kawad tapi dengan kecanggihan tenologi perhubungan masa kini apa yang kami sangkakan itu meleset sama sekali . Kami seakan tidak percaya bahawa kami berjaya menemukan dan mengumpulkan kembali sahabat-sahabat  yang terpisah sekian lama . 35 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat .


sebahagian dari rakan rakan ku





wajah terkini mereka

Pada tanggal 14 dan 15 Mei 2016 Kemunting Beach Resort,Pkln Balak Melaka telah menjadi saksi dan merialisasikan pertemuan kami ,meskipun hanya sebahagian dari kami yang hadir dan berkampong selama 2 hari disitu untuk  pertemuan itu namun terasa begitu meriah sekali.Pada sebahagian besar dari kami inilah pertemuan pertama kami sejak berpisah 35 tahun yang lalu tak mampu nak digambarkan bagaimanakah perasaan kami ketika itu, begitu teruja sekali. Ada antara kami yang sudah tidak dapat lagi mengecam wajah wajah sahabat lama itu,raut wajah dan susuk tubuh sesaorang memang telah jauh berubah dari apa yang pernah dilihat 35 tahun yang lalu. Kami manafaatkan pertemuan singkat itu dengan pelbagai aktiviti dan kaum keluarga kami juga tidak melepaskan peluang untuk berkenal mesra .

Aamiin.... kita bertemu kembali
Itulah kami


















Wajah terkini mereka























Indahnya pertemuan

Bersama Keluarga
Tu big boss 













Sesekali mengulangi nostalgia silam

bersama isteri dan kawan kawan

Mereka juga sebahagian dari kami


Inilah sebahagian dari  KAMI yang terkini


Sahabat....
Kita pernah bersumpah dan berjanji..
Padang yang gersang menjadi saksi..
Tekat dan niat di tanam kehati..
Suatu matlamat kita menterai...

Sahabat..
Putihnya kulit kita menjadi legam..
Diterik nya mentari kita berteduh...
Jiwa kita menjadi perit
Badan kita merintIh lelah..
Namun dikala itu...
Kita simpan jerit dan perit itu..
Kita telan lelah yang diperah..
Kita biarkan jiwa berhempas lelah..
Sebagai saksi menuntut wadah..

Sahabat..
Kita tanam tekad dihati..
Perit itu hanya perasa
Jerih ubat penambah rencah..
Letih hanya penguat tekad..
Lelah dijadi ubat mujarab...
Saat sukar dah berlalu pergi...
Kini seakan mampu bersandar..
Lupakanlah jerih yang lalu...


Nilai sebuah persahabatan sangat mulia dan hebat. Persahabatan kerana Allah akan menjamin naungan ilahi di padang mahsyar . Semoga Allah sentiasa memelihara tali persahabatan kami semua sampai bila-bila.Saat kita tertawa bersama semua terasa sangat indah, Saat kita menangis bersama semua terasa seakan mudah.Apa yang kita alami dan lalui kerana persahabatan kadang-kadang amat melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat PERSAHABATAN  mempunyai nilai yang indah.



Sahabat sahabat lamaku





Khamis, 18 Ogos 2016

Ku Rindu Halamanku


Bila rindu mula bertandang
Mata terpejam merenung jauh
Ku jua hanya mampu menghela nafas
Begitu perit rasanya rindu yang singgah

Bila rindu mula bertandang
Hati mula menjadi lelah
Jiwa mula merintih resah
Terasa Ku ingin kesana
 Walau bertatih maupun berpapah

Bila rindu bertandang lagi
Terasa ingin berada disana
Ku ingin mengecap yang pernah rasa
Ku ingin mengamit kenangan yg dilupa
Terasa indah tak mampu nak ku kata
Pernah disana ku kecap bahagia

Angin ....
sampaikan salam rinduku
Pada halaman yang lama ku tinggalkan
Pada kawan yang dimana menghilang
Agar mereka mengerti
Jua mereka merasai
Betapa aku rindu semua itu.

Wahai Sang Burung......
Berkicaulah dikau dengan merdu...
Sampaikah watikah pesanan ku
Pada desaku yang permai
Pada sahabatku yang jauh
Pesankan pada mereka..
Aku akan kembali..
Kembali mengecapi nikmat dahulu

   -TANAH TUMPAH DARAHKU-
         Kau tetap Ku Rindu




Gambar Hiasan

Isnin, 8 Ogos 2016

Untuk Mu Kawan



Ingatkah Kawan
Kita pernah bersatu  disatu bumbung
Jua  bersama  di satu suasana
Suasana anak-anak di alam sekolah

Untukmu sahabat-sahabatku
Kalian  teramat jauh di sana
Habis doa kukunyah
Habis mata kupandang
Namun kalian masih jadi bayang rindu.

Saat langkah-langkah terhayun
Jarak antara kitapun makin terbentang
Akan terkenangkah kita semua
Saat tawa kita memecah masa
Akan adakah pertemuan untuk kita
walau sekadar mengimbau masa

Sahabat...
Dalam hatiku
Tetap membekas satu kenangan
Yang tak kan mampu ku peroleh lagi
Saat saat manis kita bersama
Disatu era yang ditelan zaman
Yang kian pasti tak akan berulang

Sahabat –sahabat ku..
Aku terbayang – bayang
Di saat kaki kita melangkah pergi
Meninggalkan  alam persekolahan
Pelukan erat mulai menyapa
Tangisan haru mulai meraung
Kata-kata perpisahan mulai terucap 
berakhir kita di satu era...

Berterabur kita entah dimana
Ku rindui tantapan hangat kalian
Ku rindui jua senyuman damai sahabatku
Bisakah kita bertemu..
Biar di satu waktu saja
Akan ku buat waktu itu terhenti
Agar kita terus bisa bersama
Seperti disatu ketika ...
Walaupun bukan untuk selamanya

Sebahagian sahabatku