Halaman

Rabu, 26 Mac 2014

Susah Bukan Menyusahkan

               


              Sering kita mendengar keluhan tentang “HIDUP’ dan ‘ KEHIDUPAN’... Sebenarnya Hidup ini sememangnya SUSAH tetapi bukanlah MENYUSAHKAN. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup dan kehidupan kita ini penuh dengan cabaran ,dugaan dan rintangan. Acap kali kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dan ujian dalam kehidupan kita ini...... Apakah benar hidup ini susah ?
                                                                                                                                                                     Kerana susahnya hidup inilah yang boleh membuatkan diri  kita membesar dengan matang dan kuat Usah kira  berapa banyak masalah yang telah dan mampu kita selesaikan disepanjang perjalanan kehidupan kita ini kerana  masalah-masalah yang bertandang inilah yang sebenarnya mematangkan kita menguatkan kita kita di dunia ini....jika tidak,  anggapan kita tak ubah seperti aliran sungai semata...sentiasa mengalir tak kira dikala hujan atau dimusim kemarau tetap mengalir...

              Apapun rasanya kita perlu tanam dan memiliki kesedaran bahawa hidup ini sememangnya susah penuh dengan liku,cabaran dan dugaan. Kita akan menjadi manusia yang tak pernah bersedia dengan segala kemungkinan apabila kita tidak pernah merasa susah dan tiada kesusaahan dalam kehidupan. BERSEDIA bukan beerti kita sering memikirkan masalah tapi kita kena bersedia dengan mental dan corak pemikiran kita bila masalah itu datang bertandang menjengah kita,agar kita tak terperuk lesu...dan bukan juga merumitkan sesuatu yang kadangkala mampu kita harungi.... jangan sambil lewa dengan kehidupan kita.

       Apabila Kita menyedari bahawa  hidup ini sememangnya susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang ada kita  miliki ini hanyalah sekadar kekuatan dan daya yang Allah SWT serapkan ke dalam diri kita. Kita sememangnya tidak mampu untuk mengharungi kehidupan yang susah,getir dan berliku  ini tanpa bantuan Allah SWT,kerana segala galanya adalah datang dari kekuasaannya juga oleh itu  kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.

      Mungkin ada diantara kita ini   yang pernah dan sering berputus asa dalam melayari bahtera kehidupan ini kerana kita SERING memikirkan bahawa hidup ini sebenarnya SENANG,segala musibah,masalah menimpa, kita fikir ia senang dan terlalu mudah untuk kita selesai dan rungkaikan. TETAPI apabila kita sebenarnya dalam keadaan tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah ,musibah yang datang bertandang, apa yang kita fikirkan SENANG selama ini rupanya terlalu jauh meleset.....dikala itu kita menjadi tak keruan kerana diminda kita tak ada benda yang susah.

         Tidak mustahil seperti yang banyak kita dengar ada antara kita mengambil keputusan yg diluar dugaan kita ,atau lebih ektrim lagi kita cuba lari dari masalah itu dengan mengambil jalan yg paling mudah tapi amat bertentangan dengan agama kita.....kerana apa...kerana kita tidak pernah bersedia untuk SUSAH.

          Hakikatnya hidup ini sememangnya susah tetapi susah itu bukanlah kita jadikan alasan untuk kita lari dari masalah yang datang bertandang ,kekadang bila kita lari dari sesuatu masalah tak mustahil masalah itu akan menjadi lebih rumit,kita kian menjadi resah,gelisah mengapa tidak kita tanamkan harapan disamping mengharungi permasalahan itu dan berserah pada Allah dan mengharapkan masalah ini akan terungkai dan selesai.



            Andainya kita sedar bahawa hidup ini memang susah namun kita bertekad untuk mengharunginya dengan penuh ketekunan,ketenangan dan kesabaran tidak mustahil ianya pasti menjadi senang dan yang paling penting hati kita ni sentiasa ada untuk Allah..... dalam kepayahan dan susah sekalipun andaikata perhubungan atau komunikasi kita denganNYA sentiasa ada Insyaallah jiwa kita tidak akan terputus untuk menggingatinya.....

APAKAH BENAR SEMEMANGNYA HIDUP INI SUSAH ?

                     Sebenarnya  hidup ini indah dan tak sesusah mana yang kita gambarkan seandainya kita mampu mengambil ibrah dari setiap permasalahan yang kita hadapi bukannya mengambil jalan mudah. Orang-orang yang tabah,kuat dan penyabar akan mudah mengambil ibrah dari setiap ujian yang bertandang dalam hidupnya , sementara orang orang yang kurang sabarnya dan mengangap hidup ini senang dan mudah sebelumnya , akan mudah berprasangka buruk pada Allah SWT atas apa yang menimpa dirinya .
Itulah Sebenarnya Kehidupan Ini “SUSAH “  tapi ‘ BUKAN MENYUSAHKAN “
Sesungguhnya kita sebagai manusia sememangnya layak untuk mengecapi kebahagian dan bukannya  kesusahan. Tapi Tuhan seringkali datangkan ujian demi ujian  untuk manusia sebagai menguji ketabahan hati,dan sebagai jalan pengukur sejauh mana kita mampu menggingatinya ,mendekati dan memohon darinya.
Kita juga kena ingat tidak ada jalan pintas  untuk meraih kesenangan dan kita juga kena tahu tiap sesuatu tu datangnya dari Allah maka janganlah kita mengasingkan diri darinya.





Ahad, 23 Mac 2014

Yang Dulu Jangan Dilupa

            Bila disebut ‘Arus Kemodenan ‘ sudah pasti sesuatu yang dianggap kuno,lapok ditukar dengan sesuatu yang lebih baik,canggih tak kiralah dari segi kehidupan,pasarana atau peralatan….Bila disebut peralatan tumpuan saya terpusat kepada peralatan dikampong khususnya peralatan yang digunakan berhubung kait dengan pertanian,Tidak ketinggalan juga peralatan yang digunakan seharian di rumah rumah kita. Teknologi terkini telah mula menenggelamkan apa yang kita banggakan satu ketika dulu dan sesuatu yang baru itu tentulah ada kebaikan dan mempunyai kelebihannya,Namun begitu kita jangan terus melupai khidmat khidmat benda benda  yang terdahulu dan jangan sampai generasi terkemudian dari kita lansung tidak mengetahui apa yang pernah datuk nenek moyang  mereka gunakan untuk merealisasikan kehidupan.Untuk kali ini saya fokuskan kepada peralatan yang digunakan didalam sektor pertanian yang melibatkan PADI dan GETAH .

Tenggala

Peralatan tradisional yang digunakan pada satu ketika dulu ialah untuk proses membajak sawah ialah tenggala. Kebiasaannya tenggala ini di buat daripada kayu-kayu terpilih dan mudah di bentuk kelazimannya dari jenis  kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini semestinya tenaga tambahan yang diperlukan dan sudah semestilah kerbau yang acap kali digunakan mungkin kerana tenaga nya begitu kuat sekali. Alat tenggala ini berfungsi untuk membalik-balikkan tanah sawah. Selepas selesai kerja menggala ini ada lagi satu proses yang diinamakan menyisir ianya bertujuan untuk memcahkan ketulan ketulan tanah semasa membajak /menggala tadi dan ianya juga bertujuan untuk mengasingkan rumput dari tanah. Menyisir ini juga menggunakan alatan yang dibuat dari kayu yang terpilih da nada juga yang dibuat dari besi…tenaga kerbau juga turut digunakan untuk menarik alat menyisir ni.

Menggala ( membajak )


Ketam Padi ( Renggam ) dan Sabit Pemotong Padi

     Ianya digunakan untuk menuai / mengetam padi yang telah masak. Ketam ini biasa nya tidak digunakan untuk menuai padi dengan kualiti yang banyak ( keluasan sawah )padi yang dituainya selalunya hanya diparas tangkai sekiranya untuk menuai hingga keparas pangkal pokok padi Sabit pemotong Padi akan digunakan.


                                   Menuai Padi menggunakan ketam padi ( Renggam)

                                                 Menggunakan sabit /pisau pemotong padi


Tong Pemukul Padi

       Sehingga era penghujung 70 an alat ni masih meluas digunakan dikebanyakan sawah sawah di negara kita ,Tong Pukul Padi ini dilengkapi dengan sebuah kotak/tong kayu,tangga dan layar yang dibuat dari plastik atau kain. Padi padi yang telah dituai dengan Sabit akan dibating kedalam peti tadi dengan tujuan untuk mengasingkan buah/biji padi dari tangkainya dan semua padi padi yang terlerai dari tangkainya akan terkumpul didalam tong/kotak pemukul padi itu dan akan diisi kedalam guni guni untuk dikeringkan.

                                                   Mengasingkan padi dari tangkainya

Kipas Padi.

          Untuk proses mengasingkan padi padi tadi dengan padi yang kosong ( Padi Hampa ) ada sesetengah orang dikampong kelahiran saya menggunakan angina semula jadi dan kurang juga yang menggunakan sejenis alat ini dipanggil Kipas Padi.Penggunakan kipas padi ini tidak tertakluk kepada keadaan semula jadi alam..maksud saya ianya boleh digunakan sepanjang masa tak kira waktu siang atau malam . Kipas ini dibuat dari rangka basikal dan bilah bilah papan sebagai kipasnya.ianya dipusing menggunakan tangan..kalau saya imbau kembali proses inilah yang paliing saya tak suka kerana kami sebagai anak anak lelaki lah yang jadi mangsasebagai tukang kayuh kipas tu…

                                            Kipas yang dibuat dari rangka basikal untuk mengasingkan
                                                          padi padi dengan padi yang kosong


Lesung Kaki

Lesung kaki ini biasanya digunakan untuk menumbuk padi yang telah dijemur dan dikeringkan bagi menjadikan ianya beras. Lesung kaki ini jua sering digunakan untuk menumbuk  beras( untuk dijadikan tepong ),  menumbuk gula atau kacang untuk membuat kueh,selalu nya aktiviti ni di lakukan apabila hamper menjelangnya Hari Raya ,tak kira Hari Raya Puasa atau Hari raya Haji. Disamping lesung kaki ini ada satu jenis lagi lesung yang dinamakan lesung tangan kegunaan nya sama seperti lesung kaki tadi cuma untuk menggunakan kannya hanya menggunkan tangan sahaja tak seperti lesung kaki.
Komponan lesung kaki ni terdiri dari Gandar,Alu (antan ) dan cupak manakala lesung kaki hanya mempunyai alu dan cupak sahaja.

                                              Lesung kaki dan Lesung tangan

          Dengan arus kemodenan peralatan peralatan terkini telah digunakan disawah sawah padi mengambil alih khidmat peralatan tardisional….itulah kemajuan..

                                             Mengambil alih peranan terdahulu

     
Mesen Getah

         Mesen getah ini mengembalikan kenangan masa kecil di Kampung ku . Sebagai orang kampong benda ini bukan lah asing bagi ku.Mesen getah ni adalah mesen yang berpasangan ..yang berpemukaan licin dan permukaan berbunga dan punyai peranan nya yang tersendiri.
Setelah proses memungut susu getah selesai ianya akan dibawa ke pusat pemprosessan,Getah getah tadi dituangkan dalam takungan dan dicampor asid formic dan setelah ianya beku dan anjal ianya dikeluarkan dari takungan, dituangkan keatas lantai Getah itu dipijak menjadi leper setebal antara 1.5 cm ke 2.5 cm. Kelebarannya tidak boleh melebihi kelebaran menjadi leper setebal antara 1.5 cm ke 2.5 cm. Kelebarannya tidak boleh melebihi kelebaran mesin penipis. Panjangnya mungkin sekitar 1 meter. Getah yang dipijak tadi sudah menjadi kepingan yang leper akan  dimasukkan ke mesin penipis untuk menipiskan lagi dan meratakan permukaannya. Selepas selesai proses menipis dan meratakan permukaan ianya akan dimasukan ke satu jenis lagi mesen yang berbunga ( berjalur ) dimesen ini lah getah tadi akan kepingan getah tadi akan mengeluarkan kesan jalur serong. Proses dimesen berbunga ini memerlukan tenaga yang banyak.. Kemudian getah itu akan dijemur,  maka  selesailah proses dan penggunaan Mesen Getah ini .

Mesen getah permukaan licin

Mesen getah permukaan berbunga

           
          Dengan arus kemodenan masa kini peralatan tadisional  ini kian hilang dipandangan mata malah mungkin telah dilupakan tidak mustahil jika saya katakan ada antara generasi masa kini yg tak mengenali apa yang datuk nenek kita dulu gunakan untuk kelansungan kehidupan.



Jumaat, 21 Mac 2014

Jangan Kita Lupa

                         
                                       
 Apa yang mahu dan boleh kita banggakan diri kita ni sebagai manusia di hadapan Ilahi   jika untuk berbakti kepada orang tua kita pun   terkadang kita masih berhitung,bertangguh malah lupa dan alpa. Kita kena ingat  kembali bahwa kita lahirnya kealam alam ini karana takdir Allah subbhanahu wata’alla melalui perantara kedua orang tua kita-ayah dan ibu kita. Terkadang hati kecil kita  begitu mudah menangis ketika kita mendengar perbahasan dalam ceramah ceramah agama  yang topiknya berkisar  mengenai birrul walidain, Terkadang difikir dibenak hati kita ini apakah yang telah aku sumbangkan untuk mereka sedangkan mereka telah memberikan segalanya kepada ku sejak aku menjengah dunia sehingga aku seusia ini....terlalu banyak rupa yang kita abaikan selama ini.... Ya Rabbi, Aku  adalah anak dan putra dari ibu dan bapaku,. Maka aku bermohon padamu  muliakanlah akhir hidup mereka Ya Allah...


Gambar hiasa
Sekejam-kejamnya dan sekeras kerasnya sikap dan tindakan  orang tua kita terhadap diri kita ...ingatlah kewajipan kita sebagai anak tetap tak akan terlupus  untuk menghormatinya, mendoakan kebaikannya sekalipun kita tak sehaluan  dengan mereka. Ibu dan ayah kita seringkali mengorbankan banyak waktunya hanya semata mata untuk kebahagiaan kita sebagai anak-anaknya,
 TETAPI cuba kita tanya diri kita  apa yang telah kita sumbangkan untuk kehidupan kedua org tua kita ,wang ringgit bukanlah ukurannya? Kita terlalu asyik dengan dunia kita, dunia yang kita tafsirkan  untuk masa depan, masa depan yang bagaimana yang kita maksudkan? Bahkan kita sendiri tak tau apa yang akan terjadi satu detik di hadapan kita bukan? Tak ada seorangpun yang mampu mengetahui masa dihadapan kita. selagi masih banyak ruang dan kesempatan yang diberi, maka cubalah kita  tatap wajah ibu kita, wajah ayah kita. Sudah setua manakah  mereka saat ini, masih seayu dulukah ibu kita masih setampan dulu kah ayah kita atau kini mereka telah berkedut seribu,rambut yang memutih dikepala dan tenaga yang kian hilang dimamah usia   . Jangan kita terlalu asyik dan  sibuk dengan urusan dan masalah kita lantas kita lupa melupakan mereka,hingga lansung tak ujud walau sedetik waktu untuk kita menjengah mereka bertanya khabar mereka....jangan sampai nanti apabila perkhabaran yg kita terima membuat kita berasa amat terkilan dikala itu tanah merah yg menimbusi mereka dan dua batang nesan yg terpacak berdiri disitu tidak mampu untuk meluahkan apa apa ...walau ucapan selamat datang menziarahi ku sekalipun.
              

Jika  disaat  ini kita terlupa, kita alpa  maka ayuhlah  sama-sama ingat kembali. menggingati bahawa kewajiban kita sebagai anak adalah untuk mendoakan, memuliakan , menghormati , menyayangi serta mencintai kedua mereka, selepas dari Allah dan Rasul...itu tanggungjawab kita  Kekadang kita tak menyedari dan sememangnya kita tidak sedar  bahawa  setiap detik dan saat orang tua kita  tak pernah berhenti mendoakan kita,doa dengan             sesuatu yang terbaik  sekalipun dikala itu kita telah pun punyai keluarga sendiri namun   mereka tidak pernah putus berdoa dari soal diri kita,isteri atau suami kita ,keluarga kita dan anak anak kita .mereka sering merasa khuatir akan diri kita walaupun kita telah rasakan kita telah begitu dewasa TETAPI itulah org tua kita mereka akan sentiasa menggingati dan berdoa untuk kesejahteraan kita....malah disaat kita masih bayi lagi seekor nyamok sekalipun tidak diizinkan mereka hinggap dibadan kita.....itulah kedua orang tua kita.

Jika  ada  sedikit  hal yang membuatkan kita merasa kecil hati dengan orang tua kita , maka ingatlah banyak hal  tentang kebaikan mereka, jasa jasa mereka  yang sememangnya .tidak termampu  untuk  kita  balas... INGATLAH  dari  sebesar tiga jari telapak kaki kita hingga kita sebesar ini pernahkah mereka bersunggut  memberikan  segala ini kepada kita . kita juga kena INGAT   bahawa   kita   tak  pernah  akan  tahu   berapa  lama  lagikah  mereka  akan  menghuni  dunia  ini  MAKA  jengah   jengahlah  mereka  sementara masih  ada  dan  genggamlah  tangan mereka dan katakan kepada mereka “Ayah, ibu aku mencintaimu,  terima kasih  telah  melahirkanku dan memembesarkan  kita  hingga sebesar ini, dan jangan lah kita biarkan  setitis  air  mata  mereka  mengalir  dipipinya  diatas kealpaan kita, tingkahlaku kita dan kebiadapan kita  ” DAN ANDAINYA mereka  telahpun  tiada  lagi  doakanlah  mereka. 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

“Ya Allah Ya Tuhanku, tempatkan kedua orang tuaku  disisi orang-orang yang mencintai-Mu dan lapangkanlah kubur mereka, semoga Engkau terima amal ibadahnya sebagai teman di alam kubur mereka.” Aamiin.

 . 

Khamis, 20 Mac 2014

Bila Kenangan Menggamit

           



           Kekadang bila aku bersendirian,kenangan lama datang mengamit ,Aku rindu masa-masa kecilku  dulu. Masa-masa yang telah lama aku tinggalkan jauh dibelakang . Masa kecil yang penuh menyimpan seribu kenangan, mengembirakan, memeritkan ,namun segala keperitan kepayahan adalah kebiasaan bagi anak anak kampong seperti ku. Ohhh...betapa besar anugerah Allah, anugerah pengalaman hidup yang begitu mengesankan itu..... pengalaman hidup yang mungkin tak dapat dikecapi oleh anak anak yg dilahir dan membesar di kota...Anak kampong.. dalam keperitan tersimpan seribu kenangan yg indah bagi kita....




              Kehidupan ku sebagai budak kampong sering bersatu  dengan alam, dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Meski pun dikala terik panas matahari, aku  tak peduli. aku adalah sahabat matahari ,dibawah teriknya lah aku berjemur tak ada yang perlu di takuti.dikala hujan mencurah aku tak kenal erti takut,kedinginan, kekadang itulah saat yang aku nanti nantikan ..Jadi tiap kejadian alam akan ku raih keindahan yg terbit darinya.

                     Sebagai anak kampung, waktu kecilku selalu dihabiskan untuk bermain tak kiralah sama ada disungai,disawah atau dimana sahaja...kami tak pernah mengenal erti takut dan geli... sungai yg terbentang luas kekadang seperti kolam renang saja kami andaikan,pokok pokok yang berjuntai disungai disitulah dahannya untuk kami terjun keair... becak disawah bukan asing bagi kami, ikan ikan dibendang juga seolah olah telah mengenali kami.. Tak kala musim menuai dan membajak sawah..kami juga tak kurang sebok dengan aktivitinya..ada yg menolong emak/ayah membanting padi atau membajak sawah dan tak kurang juga yang meredah paya dan selut dibendang menangkap ikan... kalau kulit badan tak usah nak diceritakan lah... mengalahkan badan dan kulit kerbau penoh bersalut lumpur...






              Diera ku kecil kecil dulu amat jarang sekali untuk jumpa budak budak seusiaku atau yang lebih dewasa sikit menonggang motorsikal seperti budak budak sekarang ni,aku sendiripun setelah meninggalkan kampong baru memiliki sebuah motorsikal,rata rata orang orang dikampongku hanya memiliki basikal..yang paling top BASIKAL TUA..aku sendiri pun belajar menaiki basikal dengan basikal tua inilah... kekadang aku terpaksa menunggu ayah ku balik dari menoreh getah baru lah dapat menggunakan basikal tu kerana kami hanya punya basikal tu sebuah saja.




              Paling seronok apabila tinggal dikampong dulu apabila menjelangnya bulan ramadan...menjelang waktu petang kemeriahan bulan ramadhan ni amat terasa sekali,selepas waktu berbuka inilah saat yang paling kami tunggu tunggu berbagai aktiviti kami buat,saat paling indah dimalam 27 likur...habis satu kampong kami rayau dan bermacam macam yg kami buat...kalau sesiap yg berasal dari kampong pasti dapat bayangkan apa yg saya maksudkan.


              Satu lagi keseronokan yg tak dapat aku lupakan ,apabila sesuatu kenduri yang akan diadakan dikampong tak kiralah samaada kenduri kahwin ataupun bersunat sama saja meriahnya.kira kira dua minggu sebelum kenduri kamai budak budak lelaki bergotong royong mencari kayu api untuk digunakan pada hari kenduri tersebut,manakala orang orang dewasa sebok mendirikan balai dan membuat kerja kerja yang sepatutnya.



              Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kenangkan keseronokan menjadi “ BUDAK KAMPONG “ yang mana keseronokan ini tak dapat dirasakan oleh anak anak bandar dan pengalaman ini memang begitu mahal bagi ku dan sememangnya pengalaman ini tak dapat dibeli dimana mana pasaraya pun. Sebenarnya terlalu banyak kenangan andainya ingin dipaparkan ,Aku bangga  menjadi anak kampong dan dibesarkan disuasana kampong.


Ahad, 16 Mac 2014

Terima Kasih Ya Allah

                      



                     Ku renong sejenak terbitnya mentari semalam… dengan penuh tekun aku memerhatikan tiap gerak mentari itu takkala mula muncul diufuk Timur hingga menegak diatas kepala….begitu terik dan penuh berbahang… kini Sang Mentari mula beransur bergerak ke barat .sedikit semi sedikit sinarnya kian pudar hingga  kian beransur hilang ditelan ufuk senja….. namun mentari pasti akan muncul lagi dikeesokannya …tapi bagaimana kah kita ?.. andainya kita hilang dimamah usia pasti kita tak akan muncul lagi sebagaimana mentari itu…… Alhamdulillah dipagi tanggal 15 March aku masih diberi denyutan nadi, masih diberi peluang oleh Allah untuk melihat terbitnya mentari pagi ,masih diberi peluang menikmati dinginnya suasana pagi….terima kasih Ya Allah kerana masih panjangkan usia ku…..aku bersyukur padamu….. Kini bertambah setahun lagi usia ku bermakna kian berkurang usiaku untuk terus menghuni dunia ini…..

             Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH kerana sudi meminjamkan setahun lagi usiaku….Syukur …. dalam saat dan waktu ini aku masih sihat mampu menghirup udara yang nyaman, masih diberi kesenangan fizikal dan mental masih diberi kesenangan duniawi dan keluarga yang sempurna …amin….amin…amin …Ya Allah….. Semoga ALLAH sentiasa memberi aku petunjuk dan hidayah dan semoga aku sentiasa berusaha memperbaiki diri ini dalam mengharunggi hari hari yang mendatang seandainya Engkau terus panjangkan usia ku…




            Allahhuakhbar ....terima kasih Ya Allah kerana memberiku kegembiraan,nikmat dan kehidupan yang indah.Walau kadang-kadang  aku terlupa denganmu ,aku lalai dan alpa dengan tanggungjawabku terhadap Mu,aku sering mengabaikan suruhanmu…Namun Kau ya Allah tetap memberiku peluang,kenikmatan hidup yang mungkin tiada tolok bandingnya.Ya Allah …aku juga memohon padamu kau panjangkan lah usia isteriku,anak-anakku,kaum keluargaku dan sahabat sahabatku….Lindungilah dan berilah kami rezeki yang halal.Dan berkatilah kehidupan kami dimasa akan datang dan tetapkan lah iman kami Ya Allah…… Terima kasih Ya Allah kerana kau masih panjangkan usiaku dan terima kasih kerana kau masih beri ku peluang untuk aku mencari apa yang sebenarnya harus ku cari ..kau masih berikan ku peluang untuk melihat betapa indahnya dunia ciptaanmu.Ampuni khilaf ,dosa dan salahku sepanjang hayatku ini…..

       Kini telah melewati angka setengah abad aku menghuni duniamu Ya Allah … mungkin  masih dan terlalu banyak amalan dan suruhanmu yang kadang kalanya ku abaikan lantaran  kehidupan yg terkadang mengasyikkan .. aku masih gagal menjadi hambaMU yang sebenar benarnya Ya Allah ..KINI  aku akan berusha mencari redha2 Mu yaAllah .. maafkanlah hambamu ini Ya ALLAH ..maafkanlah hambaMu ini yg cuma menumpang kasih syg dari Mu maha penciptaku .. 


Terima Kasih Ya Allah…..kerana terus beri ku peluang dan kesempatan untuk mencari Redha redhaMu…

Jumaat, 14 Mac 2014

Kita Sering Kalah



               Alhamdulillah kita masih lagi berkesempatan untuk terus hidup pada pagi ini.masih lagi berpeluang melihat terbitnya mentari pagi,masih lagi dapat merasai nyaman dan kedinginan pagi.Apapun hari hari dalam kehidupan kita ini seringkali kita diuji. Apabila diuji dengan kesusahan dan ketegangan hidup bagaimana  untuk kita terajui diri kita agar  terus kekal pada landasan yang betul...Bila diri  diuji dengan kegagalan seakan-akan gelap gelita suasana di depan .kekadang kita tercari cari  kemana hilangnya cahaya yang selama ini menyuluh...apakah ianya telah pudar,hilang atau tak mahu lagi mendekati kita... Kini Ku amati kitaran alam ni....matahari yg terbit kian meninggi sedikit demi sedikit tegak dikepala dan  beransur condong kebarat ...... Inilah agaknya putaran hidup kita  yg kini kian condong menuju senja itu.... namun mentari pasti terbit lagi tak seperti kita yg akan hilang tak akan kembali lagi..... aku terus memerhatikan terbenamnya mentari diufuk senja.... selagi kita hidup selagi itulah kita akan diuji.....

Hidup kita ni juga tak selalunya bahagia.mengapa kita  tunggu bahagia datang untuk menghadap kita .Solusinya carilah dimana dia.Kebahagiaan itu ada dimana-mana sahaja selagi kita berusaha dan sedia mencarinya.Hidup ni mesti diteruskan.Jangan bazirkan masa kehidupan kita ni dengan menyimpan rimbunan kegagalan dan kesusahan.Tapi berusahalah  mencari jalan penamat untuk semua masalah ini.Ada  satu ungkapan yg pernah kita lihat Kadangkala Allah sembunyikan mentari buat seketika lalu Dia datangkan petir dan kilat,kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar itu,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita sebaris pelangi yang indah.Kekadang kita hanya mampu melihat ungkapan tu sebgai baris kata yg indah semata tanpa kita tahu maksud yg terlalu mendalam tersembunyi didalamnya.Kini bila kita dah terlalu dewasa barulah kita  mengerti walau segetir manapun  kepayahan dan kesusahan yang kita hadapi,berusahalah  untuk menghadapi segala ujian ini kerana disitulah timbulnya cahaya kedamaian yang kita cari selama ini....InsyaAllah kita akan temui.....

Jadi andainya kerumitan dan kepayahan yg sering kita alami dan lalui dlm hidup kita ni ...cuba lah bangkit dari segala kepayahan itu .Buang jauh-jauh segala 'kebodohan' yang menguasai diri kita .Belajar daripada kesilapan itu ..kerana didalam kesilapan itu tersimpan berbagai ilmu.Kita perbaiki apa yg Selama ini kita katakan kesilapan..sekali kita gagal  tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya...dan yang penting Janganlah  malu untuk mengakui kesalahan diri.... itu sebenarnya yg sering tertanam pada diri kita “ malu untuk mengakui kesilapan “.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.rendah diri.. , sesuatu yang hilang dari dakapan,luput dari genggaman .....keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak selari dengan harapan.....kadangkala kita tidak sedar bahawa kita sedang diuji Tapi cuba kita renungkan perlahan lahan .... kekadang kita terlalu pasrah hingga kita menyerahkan sebulat bulatnya kepada takdir...kita kalah,kita tewas ,kita rasakan seolah olah tidak ada sebarang harapan untuk kita dalam kehidupan ini....kita lupa atau kita tidak tahu bahawa tuhan tidak akan menguji kita diluar batas kemampuan kita .... bangun dan bergeraklah ...InsayaAllah kita akan temui jawapan yang pasti....tuhan juga marah andainya kita berserah semata...


            Kebiasaannya sebagai manusia kita tidak suka diuji. andai nya apabila diuji, sudah pastinya ada kesukaran yang perlu kita hadapi, ada paya yg luas perlu kita harungi ada bukit yg tinggi perlu kita daki.kekadang apabila kita  diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahan kita . Apabila kita diuji, maka akan terjerumuslah kita ke dalam kancah kesukaran. Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan- akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan.  ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negatif. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah .Kekadang sering juga bertanya pada diri kita,pada orang lain
MENGAPA AKU DI UJI ?

              Maka marilah kita bermuhasabah, kerana ada kata kata pujangga,yang mengatakan “ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa” dan juga kita kenan ingat  bahawa kesenangan dan kehidupan itu sendiri adalah satu ujian ,Manusia ini akan sentiasa diuji setiap masa dan kita juga kena ingat bila kita diuji kita akan tahu kelemahan diri dan tahu untuk bersukur kepada ALLAH. Kekadang ALLAH turn kan ujian untuk melihat bagaimana dan sejauh manakah  KESEPAKATAN kita....
.



ALLAH tidak akan menguji kita di luar batas kemampuan kita

Isnin, 23 Disember 2013

Moh Kita Belajo Loghat Peghak

LOGHAT
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri sesebuah golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat tetapi juga ditentukan oleh faktor lain seperti darjat sosial.

Menurut sumber, asalnya, istilah loghat berasal daripada perkataan Arab (l˙ga) yang bermaksud ‘bahasa’, sementara istilah dialek dipinjam daripada bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) bermaksud ‘bahasa’ atau ‘perbualan’. Di Malaysia, terdapat banyak loghat dan dialek yang berbeza-beza. Walaupun bunyinya berlainan dan kedengaran asing tetapi ia boleh dianggap sebagai warisan tinggalan nenek moyang sepanjang zaman.
Negeri Perak mempunyai 10 daerah seperti Hilir Perak,Hulu Perak,Perak Tengah, Kinta,Manjung,Kerian ,Kuala Kangsar,Batang Padang ,Larut Matang dan Selama yang mana mempunyai pertuturan/loghat yang berbedza mengikut Daerah/tempat.


Ayuh kita cuba mendalami loghat loghat yang digunakan di Negeri Perak.khususnya di Daerah Perak Tengah / Kuala Kangsar
A

Abeh= habis
Apoh/hagham/mandang= tak ada apa
Apok= ayah/abah
Antu= hantu
Anu/syanu= penyedap ayat /sipolan
Ape ke he = apakah hal
Ate= ayat penyedap
Awok = diri sendiri
Aye= saya
Ayo (ayo ngunong)= air (air dalam, deras sebab hujan di hulu)

B

Bacin= bau busuk hancin
Bahcike/caghi bahcike = makan (ayat kasar)/cari makan
Bahei= kedekut
Bok= minta
Baghuh= arah lawan darat
Bedeoh= tipu/bohong
Bedek= tengok
Bedi= sejuk terlampau
Bedik= menyiku
Begelenok= bercampur gaul(orang)
Begik= bodoh
Behe= bengkak kat peha
Beghambat= berlari
Beghahcike/bahbatang= makan (ayat marah)
Bejujoih= bertali arus/ ramai
Bejuweh /bejuweh molut= sudah puas bercakap/memberitahu/berpesan
Bekokek/bahei= kedekut/
Bekontang= tampar/sepak (bghn. kepala atau muka)
Benjoi= bengkak
Bengken= garang
Berde'eh= letih
Beghediok= banyak, ramai
Berjujuih= berbaris-baris, bersusun-susun
Beghoyang= biawak air
Beghuntei= beransur-ansur
Benyok (buah)=sudah rosak, lemai
Beselayut= bersidai (kain)
Besit= memukul dengan benda sesuatu yang fleksibel
Besika= basikal
Betampei= bergaduh/bergasak
Betanok= memasak (nasi)
Betandang= ziarah/berkunjung
Betatang= menatang dengan telapak tangan
Betenggek= Bertenggek
Bibio = bibir
Bebinat= kesan calar/lebam selepas kena rotan
Binjoi/bincut= bengkak (biasanya kat dahi)
Biut/Bahut= degil
Bengit= bodoh,
Bingit= bising yang memekakkan telinga
Bojot= basah
Bolen= telanjang
Bonyeh= basah + lembab + kotor
Bonyok= hempap, tindih, tekan
Botek/Beghotek= tanda bintik-bintik (corak)
Buat keghin= buat tak tahu (nohen)
Bulor, Kebulor= lapar, kemaruk
Bulut= gulung
Boyok/buyut= buncit kat perut(perut buncit)

C

Cabuk= buruk
Caco= ganggu/terganggu (mengira/fikiran)
Cakcibor= pepatung
Capang= kembang terbuka(telinga)
Cayo= cair
Ce= cuba (penyedap labun)
Cebeh= ghebeh
Cebok= gayung, bekas cedok air
Ceghoye/coye= cari
Cekoh= pegang, sentuh
Celapok= duduk ngangkang atas benda
Celoghen= celoreng
Celuih= lepas
Cemei= mata sepet, separuh buta
Cemaih= nasib baik/sipi
Ceghangap(bercerangap)=bersepah,tak tersusun, benda tajam menusuk ke atas
Ceghodek/codek= cerdik
Ceghomat= cermat/hati-hati
Ceghum-cegham= seram sejuk
Cengei (bengken)= garang
Cekuh= sentuh/pegang
Cemaih= nasib baik/hampir-hampir
Cemuih= bosan
Cico= cicir
Cike= kedekut
Cior= kusyen/tilam kecil untuk majlis akad nikah
Co'et= sikit sangat (ayat: Alah! seco'et je yang dapat)
Cokeh= cari (ayat: Apa dicokeh?)
Conggek= berjalan agak tonggek
Coye= cari
Cupoi= hujung

D

Dabe= beg duit, wallet
Dedo = badan suam-suam rasa macam nak demam
Dego, berdego= bergetar / labun (cakap beso)
Deme= mereka
Dengkut= tempang deghahh=cepat
Deghuweh/nakei= nakal

E

Elat/Ngelat= tipu daya/menipu
Engkoh, engkohnya..= rupa-rupanya
Engkek-engkap= hidup susah sangat

G

Ganjok= bergerak sedikit
Ganjei= janggal/ganjil
Gelintio=gelintir
Gebo= selimut
Geduok= buah kerdas
Geghotok= jambatan
Gemo= suka
Getik= menyampah, benci
Ghadang= geram marah
Ghabuih= rentap, rampas
Ghamoh= peramah
Ghaut- raut
Ghayan= sawan, tarik
Ghapok= buruk
Ghebeh/selebeh= kusut-masai, tidak kemas
Gheto= tak betul(otak)
Ghenik=kecil
Ghengkat/ghengkut= cacat/ bejalan tinggi rendah (cact kaki)
Ghodi, peghodi= kerjakan/
Ghonjang/peghonjang= jolok/dibuat
Ghutu-ghete(meren)= sasau
Gotak/geghotak= jambatan kayu
Gile sebeghe= gila tak tentu hala
Godam= hentam
Gomen= kerajaan
Gogok, togok= minum air
Gonyoh= tenyeh/gosok
Goyo= goyang, gayat
Gumpei= selonggok/seperdu/segumpal
Begumpei= bergumpal/bergelut
Gundu/Tagan= Ketua/Tekong/Kepala

H

Hangin= marah/naik angin
Hajab= peduli (bahasa kasar)
Hakap=tamak/haloba
Hambat (ngambat)= kejar (mengejar)
Hameh (kupam)= bau kambing (badan berbau busuk)
Hangat pijo= hangat pijar
Hanyo= hanyir
Haup (Tumpo)= mati (bahasa marah/kasar)
Hei = hal
Heghot = bengkok
Henyut bengut, = senget
Heghot/heghot-benyut=bengkok/bengkang bengkok
Henyok= tindeh
Hincit= halau pergi
Hingo= bising/riuh
Hogeh= goyang sesuatu untuk tujuan mencabut
Hugu hagan = kusut masai
Huntei= lantak, belasah
Hingkei/ingke= seronok sangat/ terlampau gembira

J

Jabe= uncang
Jakme, Ja'ame = Juz Ama
Jaman= zaman
Jebik= tarik muka, hampir-hampir menangis
Jegei= beliakkan mata
Jeghoneh= jernih
Jelabang= tak mendengar dengan baik
Jelabok= terburai
Jelebo= labi-labi
Jelejeh, berjelejeh, menjelejeh= air keluar dari mulut
Jelepek/jelepek kaloi= letih sangat
Jelepetei= letih sangat
Jelepen taik= dibelasah cukup2 /tak bermaya
Jenuh= selalu, puas, lama
Jeghobe=Terpa
Jeghobon= timbunan (lebih besar daripada jerumun)
Jegholoih= terjerlus (kaki)
Jeghombab= tersungkur
Jeghomon= timbunan kecil/sarang babi
Joben = runcing (telinga besar
Joghe= jakun
Jolok= tolak
Jongoih= rupa muka buruk
Jongong=membuat muka hodoh untuk menyakitkan hati orang
Joghen= tajam
Jueh/jebik= cebik
Juweh/Juwoh= manja/mengada2

K

kicok = pijak
Kadap= ke hadapan
Kalu/mengkalu= kalau
Kanjei= naya, tertipu
Kanto= buah pokok kabung, dibuat halwa.
Kapei Tobang= kapal terbang
Katup= tertutup rapat/ bercantum
Katam= pijak rapat-rapat (bahasa marah)
Kayo= pergi ke sungai, pergi ke bilik
air/buang air (kadho hajat)
Kecek, mengecek= tipu, menipu
Kedan/gedan= penyodok pasir
Kedengkin= kurus sangat
Kedeghat= kudrat
Keghap/Tengkeghap= terbalikkan/tumpah
Kegho= buah (rambutan) baru mula masak
Keghosek/bekeghosek= kasar seperti lantai berpasir
Kekughe= Kura-kura
Kelaghoh (makan dik kelaghoh)= keras dan kematu pada pisang abu
Kelese= malas
Kelemayor = berair/mata tak terang
Keleor/kelo = ke hilir
Kelolo= lawak/ tergesa
Kematu= keras
Keme, kume = kami
Kemutei = bebulu/tesumbat (telinga)
Kemin= penjagaan rapi/cantik rupa
Kengkiok/engkiok/mengkiok= anai-anai hitam kepala besar
Keghoko= cakar
Keghomut= keredut
Kemineh= komunis
Kepui= banyak
Kesut/mengesut=bergerak perlahan-lahan
Kewo = perbuatan ke hulu-ke hilir /mundar mandir
Kobek/kebek= mengorek/menekuni
Kocoh/ngocoh= ganggu
Koje= kerja
Kokok= gigit
Kome= dituju pada 2 orang ke atas
Kose= kuasa
Kopahh/bekopah= kibas/habis langsung
Kucei= kacau(masakan)/sayur kucai
Kut-Kut= kalau-kalau
Kut Kekalu= jikalau
Kutan = masuk ke hutan
Kulu = ke hulu
Kumbaih= halau pergi dari tempat itu/ beredar
Kuncam= terkunci(mulut terkuncam)
Kutei= keras, tua
Kutuk-katap= perihal hidup susah/sengsara

L

Laeh= lesu, tak bermaya
Labun= cakap
Leboh= terlepas, hilang
Lecoh= becak
Legat= mata asyik pandang sesuatu
Leghah / Ce Leghah = cepat/menyuruh cepat
Leghoi = berterabur/berkecai
Lehe= lalai

Lekeh= pandang rendah orang lain
Leko/deko= rasi, menjadi
Lenjun= basah lencun
Lenyo/melenyo2= lembik/melambak basah
Lepe (pantang lepe)= lalai /pantang telihat.
Lepo= selasar/ berenda/ lemah befikir (lemah canguk)
Lesyo= duduk santai kaki menjulur/bahasa dan percakapan yang terlalu ramah.
Lesut= kemek
Libang libu = runsing
Lepe= lalai/lupa
Longam/Longap= boros/ makan atau berbelanja berlebihan
Lugu= jemu

M

Meghacun/macun/mandang= kosong, tiada
Majo (kanjei)= naya/terinaya
Mangko= perihal buah(isi keras)/ naya
Meghelap= nangkap ikan guna daun pisang
kering.
Meghonyam= gatal-gatal
Meghetang= marah-marah/membebel marah
Meghocon/mocon= mercun
Megholoh= tidur
Megholoih, begholoih, pengholoih= tembus
Melangut = muka dan mata melihat ke atas/duduk tanpa tujuan kat situ
Melantok= makan (ayat kasar)
Melantung= busuk sangat
Meletin= manis sangat
Melilo= melilau/melihat
Mencebok= mencedok air
Mencicit= lari lintang pukang
Mencobok= tak henti-henti/mencurah2/memancut2
Meneneh= bernanah
Mengelebang= melayang
Mengelinok/begelenok= berkeliaran
Menghebah, merebas= berak (ayat kasar)
Mengkala/Mengkalanye= menafikan/penyedap ayat
Mengkei= mengkal (separuh masak)
Menguit= bergerak-gerak
Menonong/menonen= melulu/pergi
Mentelun= seluar jenis slak
Meletin=manis
Menyelap= aktiviti perbomohan (sehingga tak sedarkan diri), marah-marah, terasuk
Merampuih= baran, memberontak
Meghenin=bengkak, berkilat
Mengkei= mengkal (separuh masak)
Menghetang = marah-marah dan membebel tak bersebab
Meghewang= merayau
Menghenyam= gatal-gatal pada tubuh badan
Meghonyam= gatal/ menggatal
Meghongeh= hisap puting(baby)
Meghoyan= sakit meracau/tak tentu hala
Mencicet= cabut lari
Menghojang hapa= buat apa (ayat marah)
Meren= 3 suku/separuh gila
Mete= senyap, diam, kaku
Meto/megheto= berpusing-pusing mencari sesuatu/marah dengan guna bahasa percakapan
Metoka= kereta
Mike= kamu, engkau, kau
Minyak geh/ gah/ gas= minyak tanah
Mogah= sesuatu benda / zakar lelaki
Moh= ajak, jemput, jom
Moncoh= rezeki lebih/mewah
Mue= beri muka
Muei= rasa nak muntah/melempah
Mujo/Nyaghih= mujur/nyaris
Mukoi= pukul
Mukutnya = bolot/membolotnya
Molot jelabah= mulut laser, pok pet
Mutin/memutin= ngisap tetek

N

Nakei= nakal
Namboh= tambah
Neget= menuju dengan benda/lastik/bersetubuh
Neko(teko)= tepis
Nen= jernih
Neghokam/Nokam= menerkam/datang menerpa
Ngalo= halau
Ngamput= perihal mencerca/maki mencarut
Ngedit= kempunan
Ngempo= senget, tempang
Ngancuk= perkataan lucah diucap ketika marah
Nganto= hantar/permainan di bulan puasa. (Menghantar makanan depan pintu rumah jiran tanpa diketahui oleh jiran).
Ngayan=sauk ikan guna alat daripada rotan dan jaring
Ngebat = begaya sakan/ kulu kelo bergaya
Ngedit/tekulat-kulat= tak merasa
Ngekek= ketawa / tekekek2
Ngecung= nipu/gaul daun terup
Ngeghen = senget
Ngelat= tipu/nipu
Ngelebang= laju perginya
Ngeledin= bengkok berpintal
Ngelejat= mengelupur
Ngelempang = bergelimpangan
Ngelencong= membelok ke lain
Ngelentio= gelintir
Ngelenyo= gatal(ayat: Anak dara tu memang ngelenyo)
Ngelewo= berjalan ke kiri ke kanan
Ngeligeh = menggigil kesejukan(ngeto)/menggeletar menahan marah
Ngelisei= mengeliat / menggerak-gerak kan otot badan          (menahan sakit seperti belakang badan di rotan)
Ngeletin/Ngelinjei, mengeleten(ketin)= mengelupur (kaki)
Ngempo= jalan terkengkang-kengkang
Ngeghen= senget
Ngenden/mengenden= minta simpati/membodek
Ngelupo/ngelupu-ngelejat= mengeletik/ terkinjal-kinjal
Nyekeh/sekeh/ = meluku kepala
Nyegholang= terang-benderang
Nyeghondang (seghodang)= menanduk
Ngelisei= ngeliat kena besit
Ngencot= gaya berjalan
Ngedit= terkulat-kulat / tak dapat/ tak merasa / terliur
Ngetin= menyepak ketin semasa main bola
Ngene= memperkenakan orang lain/bersetubuh
Ngigo ghato= mengigau merepek-repek
Ngintei= melihat curi-curi/intai
Ngobok= menangis (budak-budak)
Ngocoh/kocoh/nyakat=ganggu/sakat/kacau
Ngolek=baring
Ngoret/horet= padan muka
Ngolen= sampan/bot bergerak-gerak dilanda ombak
Ngomben= kesan
Ngonyen, Nyeghongen = senyum, sengih
Ngonyoh=kunyah
Ngonyuh= sental/gosok
Nguit= bergerak sedikit
Nguk ngap nguk ngap = berdenyut-denyut (sakit berbisa)
Ngulen peghin= bergolek-golek, berguling-guling
Ngunyap=menguyah
Nohen= buat tak tahu
Not= duit kertas
Nungap= mengah
Nugei= letih/lelah/loya
Nungap= lelah/hampir lemas
Nyadin= selamba/ buat tak tahu
Nyakat/sakat= menakutkan
Nyambei= menyambal(sambal)
Nyampuk= mencelah ketika orang berkata-kata
Nyampang= mujur/ nasib baik
Nyangat/yangat=minuman panas
Nyaso= hilang akal sekejap
Nyegholang= perihal warna yang terlalu terang
Nyelap= mengamuk
Nyeluen= suatu keadaan fizikal yang berlebihan luar daripada biasa (ayat: kuku kakinya nyeluen, buruk rupanya)
Nyenggo= panas/bahang haba
Nyeghangkang= jatuh terkangkang
Nyeghangkung= duduk bertinggung
Nyeghongeh/Nyengeh= tersengeh
Nyeghonot= menyusup
Nyeghonyot= merujuk benda hidup yang banyak dan kecil(ulat)
Nyelin= melihat dengan ekor mata
Nyelit= nyelinap dalam celahan baris/kelompok
Nyelewen = seleweng
Nyemedang= selalu/sentiasa/kerap
Nyentei/Sentei= menghabiskan/sapu
Ngopek= menetek/kupas (buah)
Nobang= merayau-rayau
Nyobang= tenganga luas (hidung)
Nyobe= terpa
Nyondok/sondok= tekena sengat ikan atau benda tajam dari binatang
Nyodat/tecodat= menegak/ terangkat/ menegang (kemaluan)
Nyongah= terbuka/ternampak
Nyonggoh= nampak seperti kain terangkat/terbuka
Nyongket= berjalan-jalan, bersiar-siar
Nyongok= bahagian depan terangkat sedikit; ayat; bot tu nyongok sikit
Nyongsang= songsang/terbalik
Nyor = kelapa
Nyuso= melihat dari satu ke satu/melawat/mengikuti laluan
Nyulo= menjulur/letih sangat (terjelir lidah)

P

Paeh= lepat pisang, masakan ikan dalam daun pisang
Pantang lepa= tak boleh lihat terbiar
Paghok= teruk/kuat sangat
Paghap= pukul orang menggunakan belakang tangan/sepak
Paghe buang= rak menyimpan alatan dapur
Panco= rasa yang tak sedap/tak pekat(tawar garam/gula)
Pangkin= teman duduk bawah rumah/selasar
Pasyo (sembei/semba)= pasir
Pejei= pejal
Pelanto= pelantar
Pelatut= sifat sangat pemalas
Pele'ot, terpele'ot= bengkok, remuk
Peletiyo= membebel/ mulut becok
Pelio (buoh pelio)= Zakar (buah zakar)
Penale/Tale= penampar
Pencuk= Pecal
Penganan= kuih muih/menu
Pengilo= bubu besar berbentuk 4 segi
Pengko= pengkar
Pengo/pegho= bau busuk sangat
Penyegan= pemalas
Penyek= perbuatan melenyek
Pijo (hangat pijo)= haba panas/ rasa rimas
Pikio= fikir
Pogheh (poreh)= saiz kecil/saiz hujung lidi
Poih Opeh= pejabat pos
Pom = borang
Pongap= masuk mulut/makan
Pongo= terdedah
Ponyok/pengonyok= renyuk
Puwok Laghoh = suku sakat
Pukei/Mukei= bolot semua/pukal
Punei/puna/= kemaluan lelaki

R (gh )

Raban(ghaban) teben= tak keruan, tiada terurus
Rabat(ghabat)= panjat
Rabit(ghabit)= cabik/koyak
Randok (ghandok)= berjalan dalam air
Rashap = lincah/ pergerakan/kelakuan
Rebe (ghebe)hanyut= perumpamaan penyibuk
Rebeh(ghebeh)= senget
Regih (ghegih)= penyapu lidi
Rejan (ghejan)= malas
Rempit (ghempit)= merotan
Rengkat (ghengkat)= tempang
Rengkoh(ghengkoh)= goyang dengan kuat untuk merempuh
Renyah (ghenyhah)=leceh/remeh
Rigap (ghigap)= cekap

S

Saghuk= masuk/pakai/sarung (memakai kasut)
Sangei= tudung saji/sangai
Sapan= habis
Sapoh= tiada sesiapa (sapoh pun ijok datang)
Sarok(saghok)= tak sengaja
Segelintio= segelintir
Seghoban= serban
Seghobok= serbuk
Seghodok= sisa /baki/serbuk
Segholoh= jatuh, termasuk ke dalam/bawah
Seghoyat= perihal hujan yang sudah berhenti
Seghoye/Ceghoye= cari
Seghoyo= seriau / kecut perut
Selait= torch light
Selayut= bergantungan
Selimbo= selumbar
Senayan= hari Isnin
Selemoih= kotor berair (ayat: Berselemoih muka budak itu)
Selewen= Tak prihatin, tidak ambil berat, tidak buat dengan betul
Seliang= satu tamparan, satu pukulan
Selimbo, selembo= tusukan kecil ke dalam kulit akibat serpihan kecil daripada kayu, buluh atau pokok
Selit= sisip/masuk celahan
Seluen= pulas (ayat: Aku seluen telinga budak ni karang!)
Sembe/semba/pasyor= pasir
Senawat= merotan kecil pada kaki/ponggong/menyunat
Sengkok= senak(perut)
Sentei= sental/sapu
Sio/Tak Sio= tak mahu/tak ingin
Siya'= mangkuk tingkat
Skor/seko= rembat, curi
Soh (soh sunyi)= senyap
Sonteh= sentap, rentap
Sondok= duri berbisa pada ikan (keli, sembilang dll)
Soyok, seghoyok= atap tambahan/pisang sesikat
Suba= tidak cantik tapi tidak pula hodoh
Sungei= sungai
Susup-sasap= meredah semak/bawah rumah
Suso-saso= keadaan pemikiran menjadikan diri tak tentu arah

T

Taboh= pukul
Tak kose/tak sio = tak kuasa/ tidak mahu
Tak ngomben = tak memberi kesan, tiada apa-apa yang berubah
Tak semiok = tak sihat
Tak sio= tak hendak, tak ingin
Tale= sepak (dengan tangan)
Tawo lesyor = tawar (makanan tawar)
Tawu = tahu
Tawun = tahun
Tebongeh (bongeh)= terbuka dan terbiar/terdedah
Tebe'at= sikap/perangai
Tecodat= tersembul/nampak terkeluar/berdiri sorang diri
Tegheban=buang/ humban
Teghoyok (Toyok)= menangis
Tejelat= letih sangat
Tekolap/Tekehei= terseliuh
Tekulat-kulat = tesipu-sipu
Teman= saya, aku
Tembi= menyiku
Tembok= jalan tar
Tembun= tembam/gebu
Temen= sombong
Tempelen= lempang, tampar (di bahagian pipi/muka)
Tengin= bodoh
Tepek= kuih daripada pisang atau tepung
Tebelit= terjerut
Tegheban= humban/campak
Teghencat = terbantut/ terhenti
Teghenjat= terkejut, cemas
Tegeloceh= tergelincir
Teghokam/Tokam= terkam/terpa
Tejeghombab= tersungkur
Tekayok-kayok= lalu lalang, terkial-kial
Tekolap= terseliuh
Tekencit = terkucil
Tentoyang= tinggal sebatang seperti kayu mati/sebatang kara
Tesodeh/sodeh= terbuka tanpa di tutup/simpah (terdedah)
Tetomoih= jatuh muka terkena
Tobek= tebuk, lompang (ayat: Nangka dah tobek makan di tupai.)
Toben= tua
Toho= berkeras, tahan
Tojen= kurus kering
Tongong= bodoh
Toghok= kuih dibuat daripada tepung yang dibalut, dimasak dalam daun pisang. di dalamnya ada inti
Toghek= bising , berleter
Tonyoh= sental
Tonyok=muka penyek (babi tonyok)
Tuwi=tolak
Tujei= menyiku
Tumpo= tewas,mati
Tungo= sejenis kutu yang menggigit badan manusia
Tup-tup= tiba-tiba
Tuweh= cabut lari

U

V

W

X

Y

Yangat - air panas/kopi

Z

Ugheh= umpan
Yaamat= terlalu
Yangat= air minum panas (ex: kopi, teh, milo)
Yong= kakak sulung, perempuan
Yop= abang sulung, lelaki

(Gelaran Dalam Hirarki Keluarga)

Yob/Lop/Chor = gelaran anak sulung.
Angah/ Nyah/ Ngah = gelaran anak kedua.
Uda/Alang = anak ketiga
Utih/ateh/Andak = anak keempat
anak ke 5 dan seteghuihnye hagham teman tau ...tak ponoh pun emak/apok teman ngabo...........

(Kenderaan dan peralatan)

Bah/Beh= bas
Belada= tiub tayar
Ben= ven/van
Besika= basikal
Moto= motosikal
motokar= kereta
Loghi= lori
Kapei= Kapal
Kapei Tobang= kapal terbang

(Pekerjaan)

Amoh= pekerja am hospital
Aska/Soja= askar
Che egu= cikgu
Degheba= pemandu
Deghesa= pembantu hospital
Enjinia= jurutera
Loyo= peguam
Mando= ketua pekerja/mandor
Nogheh= penoreh
Poleh= polis
Piyun( Opeh Boi)= budak pejabat

Buah Buahan

Bunut= macam buah macang/ bacang
Mengkinen= kuinin
Deghoyan/Doyan= durian
Deghoyan Mengale= durian belanda
Ghembutan/Mutan= rambutan
Nyo= kelapa
buoh beghase= jambu batu (jenis merah)
jambu kepei= jambu susu

(Bahasa Inggeris Yang Biasa Digunakan)

Berigod= very good
Etendan= atendent
Keline= cleaner
Merekit = market
Opeh= office
Dreba= driver
Pomen= formen
Rodbelok= road block
Mando =penyelia
Ripa= kongsi-kongsi (donation)

Bahagian Binaan Rumah Kayu Tradisi

Cuco Atap= hujung atap
Enggulung= kayu bagi kerangka atap
Enjenang(jenang)= kayu pada alang tingkap
Jeghojok= jayu tegak antara lantai dan bumbung
Gelego= kayu kerangka lantai
Ghasuk= kayu kerangka mencantum tiang-tiang
Kambi= dipasang pada jenang untuk melekatkan dinding papan
Kaso/Kekaso= kerangka atap
Kekude= kerangka atap
Pakan = pada atam nipah/rumbia
Pangkin= bawah rumah (rumah kayu)
Paghe Buang= rak barang pada dinding
Seghoyok(pisang sikat)= sambungan binaan beratap
Timbe Layo= pada bawah bumbung
Tetupei= sangga kayu penyambung pada tiang rumah

Haiwan/Serangga

Mengkiok/kengkiok= anai-anai (askar)
Tungo= sejenis kutu parasit (warna merah jambu dan halus)
Cengkenik=sejenis kutu parasit (warna hitan dan mudah  dilihat )          
Cakcibo= pepatung/mentibor
Jelebo= lelabi

Banyak lagi loghat loghat di Negeri Perak yang masih tak tercatat disini dan masih dalam pencarian InsyaAllah akan dikemskini dari masa kesemasa.