Halaman

Jumaat, 9 Mei 2014

Pesanan ku Untuk Anak


Adakah kita sering menceritakan kepada anak anak kita tentang orang tua kita iaitu datuk atau nenek – nenek mereka. Ceritakanlah kepada mereka tentang insan yang bernama IBU mungkin mereka tidak jemu mendengarnya dan kita jua tidak jemu terus menceritakannya... bukan saja kekadang kita bercerita tentang ibu kita tapi lantaran telah bercerita kita selitkan jua tentang cerita ibu mereka ia itu IBU kepada anak – anak kita. Mungkin mereka akan terpegun dengan cerita cerita kita dan terus mendengar akur dan diam Cuma sesekali melontarkan pertanyaan... Aku terus berdoa moga moga cerita cerita kita itu akan menginsafkan mereka tentang jasa – jasa seorang yang bernama IBU dan disatu masa nanti mereka – mereka jua akan bergelar dengan status tu dan panjang pangkanlah cerita cerita tentang insan yang bernama IBU kepada generasi generasi selepas mereka.

GAMBAR HIASAN

Detik berlari dan masa terus berlalu tanpa menanti walau sesiapapun dan semakin  hari usia kita kian bertambah angkanya dan beerti kian pendek tempoh untuk kita menghuni dunia ini. Dalam era kita kian meniti usia kepenghujung  ini ingatan kita kepada insan yang bernama ibu tidak pernah lekang dari cengkaman perasaan kita...mereka sentiasa ada dihati kita ,wajah mereka masih dapat kita bayangkan dengan jelas ,kekadang ceria,lesu namun tetap segar diingatan kita walaupun telah bertahun tahun mereka pergi...pergi yang tak kembali lagi lagi. Bila kita imbas kembali ...betapa besarnya peranan insan yang bernama IBU dalam mendewasakan kita sehingga kehari ini.Begitu besar jasa dan peranan insan yang bernama IBU ini..mereka tak kenal erti jemu,mereka jua sering ketawa kerana kita dan mereka jua bias menangis kerana kita ...Ayuh marilah kita renung-renungkan sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala jasa insan yang bernama IBU ini dan kita renungkan juga apakah yang telah kita lakukan sehingga insane yang bernama IBU ini pernah menangis kerana kita .

Untuk kita cerita dan senaraikan apa yng telah insan bernama IBU ini lakukan untuk kita sedari kita menjengah bumi Allah ini lagi sehingga kita seusia ini tak tercatit rasa nya didada kertas ini,terlalu banyak untuk kita balas jasa-jasa insan bernama IBU  ini juga tak terbalas rwalaupun kita punyai wang sekarung guni ,harta setimbun bukit CUMA sebagai seorang anak kita cubalah jauh kan diri kita dari sikap Kacang Yang Lupakan Kulit , janganlah derhakai dirinya jangan biarkan air mata kedukaan menitis dipipinya lantaran sikap kita ,Jangan lenyapkan diminda kita segala gala apa yang telah dicurahkannya kasih saying dan pengorbanan siang dan malam yang tak berbelah bagi dan tak kenal erti jemu untuk diri serta  kehidupan kita . Kita kena ingat bahawa syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka masih ada hayat hidup mereka,selagi nyawa dikandung badan supya kita tidak akan TERKILAN BERPANJANGAN dan menghantui hidup kita.

GAMBAR HIASAN

INGATLAH...tiga jasa insan yang bernama IBU ini tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun walaupun ayah kita sendiri iaitu MENGANDUNGKAN kita selama 9 bulan 10 hari dengan segala bentuk kepayahan...kedua MELAHIRKAN  kita seolah berjuang antara hidup dan mati dan ketiga MENYUSU dan MEMBESARKAN kita dengan penuh rasa kasih sayang.INGATLAH..... ketika begitu berat hati kita untuk membalas tiap jasa yg dilakukan insan  bernama IBU ini,mendoakan kannya cubalah kita kenangkan ,betapa disatu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya...Tak kira betap besar dan gah kita dimata masyarakat umum sekelian NAMUN kita adalah insan yang hina jika kita melupakan tiap jasa jasa yang telah insane bernama IBU ini sumbangkan terhadap diri kita .Oleh itu jengah dan kenang dan balaslah jasa jasanya sementara ia masih ada andai ia telah pergi mengadap Ilahi kita masih mampu membalas jasa jasa nya dergan mendoakannya disetiap kali kita berada ditikar sembahyang. Sepotong hadis baginda Rasullullah SAW bermaksud....
Rasullulah SAW bersabda “ Apabila sesaorang itu tidak lagi mendoakan untuk kedua ibubapanya ,sesungguhnya dia telah memutuskan jalan razekinya “.( Hadis Riwayat Ad- Dailami )

GAMBAR HIASAN

Jangan biarkan IBU KITA menangis kerana KITA



Rabu, 30 April 2014

Mereka Juga Berhak Disayangi

      Islam merupakan agama yang indah,agama yang penuh dengan kasih sayang,toleransi dan ehsan kepada semua makhluk yang hidup dimuka bumi ini. “ Haiwan” juga merupakan salah  satu makhluk Allah yang menumpang bersama kita manusia ini dimuka bumi yang Allah jadikan ini...Muka bumi bukan untuk kita ia itu manusia semata ,makhluk lain juga berhak menghuninya.Ayuh kita renungkan sejenak akan tanggungjawab kita sebagai manusia,sebagai seorang yang beragama Islam,sebagai khalifah dan pemimpin dimuka bumi ini.... Adakah tanggungjawab kita hanya tertumpu kepada manusia semata-mata.
      Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi ada menyebut “ Kasihanilah yang ada dibumi ini ,nescaya kalian dikasihi oleh yang ada dilangit” Dan Nabi junjungan kita ada bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa tidak menyanyangi ,ia tidak akan disayangi “ ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
            Apa yang ingin diketengahkan disini Cuma untuk memaparkan berkenaan kucing. Secara peribadiinya saya merupakan seorang peminat kucing tak kiralah sama ada ianya “ kucing kampong ” atau kucing yang dikacuk dari species luar,kesemua kucing yang saya pelihara merupakan kucing kampong yang kebanyakan nya saya punggut dijalanan. Seperti apa yang saya pernah dengar dan mungkin juga tahu kucing merupakan sejenis binatang yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan ini telah disahkan oleh pengkaji pengkajinya . Salah satu keistimewaan kucing ni ia mempunyai kebolehan menenangkan manusia ianya terjadi apabila sesaorang menggangkat kucing ,tekanan darahnya akan turun dan denyut jantungnya akan stabil...  Hakikat individu yang membela kucing kebiasaannya bersifat PENYABAR,PENYAYANG dan tidak mudah tertekan dan KUCING itu secara tidak lansung dapat mengalihkan perhatian sesaorang daripada sering memikirkan masalah,tekanan hidup dan sebagainya.Selain itu manafaat dapat dirasai oleh pemilik pemilik kucing yng mana ia nya telah banyak dicatatkan oleh pengkaji pengkajinya sejak dari dulu lagi.
                      Pernah terbaca satu artikal berkaitan kucing ni menyatakan kajian yang dibuat selama 20 tahun di Pusat Penyelidikan Stroke Minnesota ,Amerika Syarikat ,keatas lebih 4,000 orang yg berumur 30 sehingga 75 tahun,dalam kajian tu menyatakan individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai kebarangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantungdan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggaldunia akibat penyakit jantung lain.bagaimnpun manafaat ini tidak terdapat kepada yang memelihara binatang binatang lain contohnya anjing. mungkin betul agaknya . Banyak lagi keistimewaan kucing ni terutama untuk dirinya sendiri. Namun begitu kepada sesiapa atau ahli keluarga kita yang sememang alah ( alergic ) terhadap haiwan ,tidak digalakan untuk membela haiwan peliharaan terutama kucing kerana ia berkemungkinan boleh memburukan lagi keadaan .
        Inilah sebahagian dari kucing – kucing peliharaan saya yang mana keujudan mereka sedikit sebanyak mampu menceriakan kehidupan saya meskipun merek tidak membantu dalam pencarian nafkah hidup tapi mereka mampu menceriakan kehidupan
                                                         


Ketika dilahirkan keempat empat kakinya CACAT kini dia telah normal dan menjadi seekor kucing yang periang

Kedua - duanya punyai minat yang sama suka menonton TV






Mereka dipunggut dijalanan sejak kecil
kini kehidupan mereka terbela dan terjaga













Aksi mereka kadang- kadang amat menghiburkan
mereka jua penceria keadaan






Dalam satu hadis Baginda Rasullah yang diriwayatkan oleh   Bukhari Baginda bersabda :  “ Seorang perempuan dimasukan kedalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurung hingga mati ,perempun itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan ,tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah “




Meskipun mereka hanya "Seekor Haiwan " yang hanya menumpang di bumi Allah ini mereka juga berhak untuk dilindungi dan di sayangi .


Selasa, 29 April 2014

JANGAN DIKENANG USAH DIULANG

Kita sering mebicarakan soal kehidupan,percaturan kehidupan dan perancangan kehidupan..Tapi kita kena ingat bahawa hidup ini mesti dilihat mengikut ketetapan penciptanya iaitu Allah SWT,dengan itu mungkin kebahagian yang hakiki dan yang abadi mampu kita miliki. Kadang-kadang kita sendiri telah merancang dan melakarkan skrip kehidupan mengikut acuan dan kemahuan kita dan kita juga berharap ianya akan berjalan lancar mengikut episod demi episod seperti yang kita inginkan sebagaimana episod- episod drama yg kita tonton dikaca tv berjalan seperti yang diatur pengarahnya.Dalam soal ini kita juga mungkin bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip kehidupan kita itu ...Tapi kita kena ingat kadang-kadang skrip yang kita lakarkan untuk perjalanan hidup kita ni tak semestinya menjadi reality sebagaimana skrip skrip drama yang dilakunkn oleh pelakon pelakon dikaca tv itu. Apa yang nyata kini  sebenarnya kita bukanlah penulis skrip kehidupan yang hebat dan mampu merialisasikan tiap yang kita lakarkan itu kerana yang nyata sesungguhnya DIA lah penulis skrip kehidupan kita,DIA lah yang menentukan segalanya,DIA lah menguasai setiap apa yang ada di langit dan dibumi termasuk DIRI KITA ....Jadi usahlah kita mendendangkan skrip lama yg gagal diterjemahkan untuk kita kenang dalam ingatan kerana mungkin ianya telah menjadi CATATAN HITAM yg tak mampu diterjemah.

Semua orang termasuk diri kita - kita ini mempunyai cerita silam masing – masing ,samaada berlaku kegagalan dalam sesabuah perhubungan yang lalu mahupun ada melakukan kesilapan.Namun dalam perhubungan ,kita tidak seharusnya untuk menoleh kembali kebelakang ,merenung ,menghayati apatah lagi untuk menggingati masa masa silam yang telah berlalu , terutama masa silam yang muram yang pernah meletakan kita dalam keadaan yang jauh menyimpang dari skrip lakaran kita.



Mungkin sesetengah dari kita,kisah silam ibarat pisau yang menikam,kuku yang mencengkam apabila ianya diingat – ingatkan ,justeru itu mungkin juga sebahagian dari kita amat gembira untuk melupakan tiap titik hitam dlam nostalgia silam dan merasa amat bahagia apabila mengambil pendekatan tidak mengenangkan nya.malah mungkin juga ada yang lebih bersedia untuk hidup dalam mimpi mimpi kisah silam,bagi mereka yang bersedia ni rasanya kisah silam mereka agak kurang tragik ,samar-samar  berbanding mereka yang tertusuk dek ketajaman pisau itu. 
                      
Tidak mustahil dalam situsai kita telah terlalu jauh meninggal dan melupakan kisah silam kita diajak menyapa kembali kenangan itu,kita diajak menggingat kembali keindahan yang pernah skripnya kita lakarkan walaupun hakikatnya skrip itu telah lama hangus menjadi abu abu yang mungkin telah berterbangan.Kini kita perlu lari dari gamitan itu kerana tak mustahil gamitan itu membuahkan perasaan kasihan simpati dan akan bersarang kembali dihati kita , sebelum sarang itu dihuni dan berpenghuni lebih baik kita beredar dan jangan menoleh lagi walaupun gamitannya masih terdengar ditelinga dan hati kita. Biarlah skrip kehidupan yang pernah kita lakarkan berkubur walaupun tak bernesan kerana kita masing masing telah punya skrip baru kehidupan yang perlu direalisasikan jika dengan izin Allah untuk kelansungan hidup kita masing – masing dihadapan..pelihara dan terjemahkan skrip itu menjadi realiti bukan lagi skrip yang gagal dijdikan episod demi episod kehidupan lampau kita.

Berbagai –bagai ekspresi yang kita sebagai manusia mampu tunjukan untuk melahirkan rasa tertekan bila mengenangkan nostalgia nostalgia silam yang suram,tak bercahaya dan patah ditengah jalan...tiada seseiapapun yang menginginkan begitu.Manusia ni anugerahnya sangat hebat,punya perasaan untuk merasai,dikurniakan akal untuk memikir diberikan deria untuk mentafsir jadi rasalah,fikirlah dan tafsirlah dengan berpandukan nostalgia silam itu,tolehlah ia seketika untuk kita jadikan panduan dan jangan digamit lagi nostalgia itu andainya ia pernah menghadiahkan KEKECEWAAN....buangkannya sejauh mungkin.








Ahad, 27 April 2014

Keadaankah Yang Menghukum ?

Kadang – kadang terlalu sukar untuk kita menerima tapi kita terpaksa terima....Kini aku telah betul betul mengenali erti sebenar mangsa keadaan. Setiap kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan terasa begitu mudah untuk kita terima apa jua bentuk hukuman andainya diberikan kepada kita tambahan pula hukuman diatas kekhilafan yang kita lakukan....kita cuba sedaya upaya untuk menebusnya kembali dan mungkin bertekad untuk tidak mengulagi,itu sekiranya kesalahan itu ujud dri sikap dan tingkah kita.Tapi bagaimana agaknya jika kita dihukum diatas kesalahan yang lansung tidak pernah kita lakukan ? Bagaimana bahu kita untuk memikul beban dan terpaksa mengalas beban dibahu kita atas perbuatan orang lain sedangkan apa yang terjadi lansung tidak ada kaitan nya dengan kita tapi kita dikaitkan... Apakah ini jua yang dikatakan mangsa keadaan ? Bila difikirkan lebih baik rasanya kalau kita berbuat salah dan tak perlu untuk menjadi seorang insan yang terlalu baik di muka bumi ini..kadang-kadang terlalu sukar dan terlalu pelik untuk kita fikirkan akan segala gala yang terjadi dan segala tindakan insan  yang dinamakan manusia.

Bagaimana agaknya perasaan sesaorang apabila ditekan dengan sesuatu keadaan yang mana sebenarnya kita tidak bersalah dan mungkin juga tidak tahu menahu tapi hukuman tetap di hadiahkan jua kepada kita ,dalam keadaan sedar bahawa kita terpaksa menerima semua itu dengan hati yang amat pedih dan seolah olah dihempap sesuatu yang berat ,namun kita lansung tidak diberikan ruang untuk menjelaskan sesuatu ,itupun seandainya kita tahu dan sedar apa sebenar keadaannya hingga tercetus situasi begitu...andainya kita tidak sedar dan tidak tahu, disaat itu kita akan mula terasa terhimpit dan akan ujud perasaan yang dinamakan “kebencian”  dan tak mustahil juga perasaan itu akan bercambah menjadi dendam.


Meskipun  ini jua terjadi diatas sikap “salah faham “atau salah tafsir dan mungkin jua terburu - buru dalam menghakimi sesaorang ,Tapi dengan sikap ego dan tidak mahu mengakui kesilapan kebenaran yang mungkin telah terpampang terpaksa dikapankan demi menjaga status yg dimiliki,jika ini yang terjadi alangkah malangnya si magsa keadaan.

Dalam kita berada disituasi yang tidak menentu untuk kita fikirkan,lahir insan – insan yang bersimpati yang mengucapkan kata “ sabar ” dan melahirkan ungkapan “ Sabar itu indah “ Tapi dalam keadaan diri kita dilambong dan dikuasai gelombang yang tidak ketentuan kadang – kadang kita sendiri terungkap dan terlafaz kata kata “ setakat untuk mengungkapkan kata sabar memang mudah “ oh tuhan...mengapa kita tidak pernah menghargai simpati orang.Sebenarnya sabarlah kunci untuk kita menenagkan kembali jiwa dan perasaan kita yang diamok gelombang kemarahan,sebenarnya mungkin betul walau apa jua yang datang dalam hidup kita termnasuk sesuatu yang tak mampu dan tak dapat untuk kita terima kembalilah kepada Tuhan,dia yang mencipta dan mencampakkan segala rasa kedalam jiwa kita, kadang-kadang ini jua mungkin ujiannya terhadap diri kita .Mungkin benar seperti  yang selalu orang perkatakan sesiapa diantara kita berusha menjadi orang-orang yang sabar ,maka Allah akan jadi kannya orang yang sabar.

           Untuk yang punyai kuasa ,jangan sekali kali gunakan VETO yg mungkin bukan hak kita , Selidik dan teliti lah segala berita ,perkhabaran yang kita terima atau yang disampaikan.Dalam ajaran Islam sendiri ada mengatakan

            Setiap kali ada perkhabaran, cerita atau apa saja yang sampai ke telinga dan mata, selidiklah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mempercayai atau tidak sesuatu perkara itu apatah lagi untuk menghukum. Dalam ajaran Islam itu sendiri ada mengatakan , setiap berita yang kita terima itu perlu diketahui kedudukannya sebagaimana kaedah fiqh menyatakan: "Sesuatu berita atau kejadian yang diterima itu mengandungi kebarangkalian antara benar dan salah.." DAN jangan sekali kali lupa bahawa betapa mustajabnya doa-doa orang yang terinaya.        



Khamis, 24 April 2014

Apakah Hidup Ini Tidak Adil

Kadang - kadang Hidup memang sulit dan sukar untuk di tafsir dan dimengertikan . Semuanya penuh dengan misteri dan sandiwara serta  lakunan . Terkadang orang yang pernah kita anggap baik tanpa diduga menghianati kita begitu saja dengan cara yang sadis dan tidak melambangkan sikap kemanusiaan . Cubaan demi cubaan terkadang datang bertandang tanpa diduga dan tidak pernah akal kita yang kecil ini kita bayangkan sebelumnya. Mengapa kita harus longlai menghadapi cobaan? Sedangkan  cobaan itu adalah sebahagian  dari hidup kita dan ada kebaikan-kebaikan yang datang  dari tiap cubaan tersebut yang akan kita peroleh nantinya ketika cobaan tersebut telah mampu kita kuasai. Kita tidak boleh untuk menghindari cubaan selama hidup ini masih berlasung. Maka daripada kita menghindari cubaan,alangkah lebih baiknya kita membina diri sendiri untuk menjadi pribadi yang kuat dalam menghadapi cobaan yang datang bertandang dalam  kehidupan kita ini. Menggangap tiap  cubaan yang datang menjenggah diri kita dengan berfikiran positif sebenarnya sudah cukup untuk  membatu diri kita sendiri, sebab sikap –sikap positif dari diri kita sendiri  akan melahirkan semangat tak mudah menyerah, berusha mencari jalan keluar , dan yang jelas, jika sikap positif itu berdasarkan landas landas agama ,Al Quran dan hadits, diiringi dengan niat yang ikhlas, maka kita PASTI Allah akan anugerahkan balasan dan ganjaran yang kita harap-harapkan.


Seringkali kita merasakan  bahawa hidup ini tidak adil, ketidakadilan ini bermula disaat kenyataan yg kita hadapi tidak sesuai dan tidak selari dengan keinginan ,harapan yg kita cita -citakan. Semua benda yang kita lakukan sering salah dan salah ! Kehidupan kita ni juga sering mengalir seperti sungai diantara dua tebing. Alirannya mengalir begitu deras melewati bebatuan  dan air terjun yang ganas. Lalu sang sungai perlahan- lahan melebar dan meluas,menghakis  hingga tebing dan tepiannya  semakin luas dan menjauh serta air yang mengalir kian lebih tenang dan damai sehingga  akhirnya menuju ke muara ke lautan yang luas. Keinginan lahir dari cita-cita atau boleh  juga merupakan rencana kehidupan kita umpama matlamat dan misi  hidup, dan kenyataan merupakan sesuatu yg kita alami, atau yang sedang kita alami dan ianya harus kita hadapi, tidak boleh untuk  dihindarkan dan diabaikan begitu saja. Kenyataan hidup yg pahit yang sering kali kita alami, terasa begitu nyata seperti bungkah ais  yang menebal dilautan, mahu tak mahu nakhoda dan kapal terpaksa jua laluinya demi untuk membawa kapal ke destinasi tujuannya walaupun kekadang terasa sia sia ....
Kekecewaan bertompok-tompok, laksana  awan kelam seolah berkepul  tatkala akan hujan lebat membawa banjir dan lumpur. Sebelum kita menghadapinya pun kekadang kita telah merasa begitu takut sekali , kerana imiginasi kita  tentang kekelaman yg kita akan hadapi sudah mula tertanam dan berakar di fikiran , mungkinkah hari esok berat untuk dilalui ,entah  kepahitan apa lagi yg akan menjemput jiwa, bahwa sesuatu yg terasa tidak baik atau kita membencinya, boleh jadi itu adalah hal yg terbaik untuk kita dan sebaliknya bila kita merasa sesuatu itu baik untuk kita boleh jadiianya amat buruk untuk kita, karena hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui. Akan segala gala nya mahupun yang baik atau pun yang buruk.

Untuk sebahagin dari kita  memang hal sebegini terasa amat membosankan dan begitu malas untuk difikirkan , tapi setelah menjalaninya..... inilah kenyataannya. Kita sebenarnya tidak pernah mengetahui sesuatu itu baik atau buruk disaat kita belum melalui dan menempuhnya  dan setelah kita melaluinya dan menghadapi nya barulah kita benar benar tahu apakah nikmat dan rahmat sebenarnya yang terkandung dari apa yg kita lalui itu....apakah memang benar kehidupan ini tidak adil ...atau kita yang tidak adil dengan kehidupan kita.

Percaya atau tidak, bahwa di kehidupan kita ini  ada mukjizat, sesuatu yg dikira atau difikirkan  tidak masuk akal namun ianya tetap terjadi terjadi. Terkadang hal ini terjadi di saat kita merasa sudah terlalu lelah bergelut  dengan kehidupan, namun kita masih memiliki secercah harapan kepada Allah SWT, disaat kita merasa tidak ada lagi orang yg perduli terhadap kegetiran hidup yg kita alami, namun kita masih bisa bersabar untuk mendapatkan bantuan Allah, La-Haula Walla Quwata Illa Billahil Alliyil Adzim, tiada pertolongan dan daya upaya yg datang selain dari Allah. Kita jangan takut akan suatu masalah tapi kita harus takut jika kita tidak mendapatkan pertolongan dari Allah SWT dalam mengahadapi sesuatu permasalahan dalam mengharunggi kehidupan kita ini..

Dikala masalah yang datang bertandang dirasa telah menggunung, dan terlihat seolah sudah tidak mungkin ada jalan keluarnya. Mulailah  berbaik sangka kepada Allah SWT bahwa semua ini diciptakannya berpasang-pasangan. Ulu sungai memiliki muaranya, embun pagi terasa indah bila dipasangkan dengan pagi hari begitu juga dengan kesedihan dipasangkan dengan kebahagiaan, ini sudah merupakan janji Allah SWT......... Andainya kita dah terlalu jauh dengan nya dekatinya nya kembali..... Hidup ini bukannya tidak adil...kita sebenarnya yang tak adil dengan hidup kita. Begitu juga dengan masalah, memang Allah pasangkan dengan doa, kerana bila kita perhalusinya  lebih jauh dan mendalam ...doa itu erat kaitannya dengan sabar dan sholat. Di dalam kesabarannya dalam menghadapi cobaan dan ujian, seseorang selalu memanjatkan doa nya kepada Allah SWT. Bentuk doa yg paling hakiki ialah sholat, yg di dalamnya terdapat ribuan bentuk zikir atau mengingat Allah SWT,untuk meminta dari Allah SWT untuk merayu kepada Allah SWT.Kekadang ada antara kita menggangap remeh soal doa dan kekuatan doa ini,apakah kita tidak tahu atau sengaja tak mahu tahu bahawa doa ini juga merupakan komunikasi secara lansung yang mendekatkan jarak antara hamba dengan penciptanya ,doa jua merupakan ucapan pemintaan kita pada yg maha kuasa
.Kekadang kita ni sebagai Manusia seringkali merasa begitu sebok  atau mungkin juga kita disebokkan dengan memikirkan akan logiknya , bahwa doa itu hanya pelengkap dari usaha kita, doa merupakan hal yg tidak masuk di akal bila dilihat dari kemampuannya menyelesaikan masalah.Jika ini ini yang kita fikirkan di logic akal kita....kita sebenarnya yang tak adil dengan diri kita...dengan mengenepikan yang sepatutnya. CUBA kita hayati doa- doa itu,bukan kah begitu kemas dan kuatnya ia bila kita lampirkan dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kekuatan dari satu DOA          .Allah SWT begitu suka hamba-hambanya yg sering berdoa disetiap saat ,sering meminta kepada nya ...kan ini beerti kita tak pernah jauh darinya dan bibir-bibir kita sering mengungkap kalimahnya. .




Setelah tangisan terasa sudah bernoktah air mata telah mongering,saat terasa keinginan mengakhiri kehidupan kian menjauh...ingatlah bahawa sehelai daun yang jatuh berguguran kebumi itu jua adalah dengan keizinan Allah apatah lagi kita sebagai manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini ,pasti telah diatur dan direncanakan episod kehidupan kita ,Kita sering mengeluh mencemuh bila kesedihan mendera kehidupan kita NAMUN apakah kita pernah meminta dipelok didakap oleh Allah SWT dalam rintihan doa doa kita,dipeluk dengan lindungan dan pertolongannya untuk menghindari


Setelah tangisan terasa sudah mengering, saat terasa keinginan untuk mengakhiri hidup sudah mengkungkung, ingatlah bahwa daun yg jatuh saja itu atas ijin Allah SWT, apalagi insan manusia yg dijadikanNya khalifah di muka bumi ini, pasti telah diatur skenario hidupnya. Wajar memang bila kesedihan mendera kita yg amat sangat, namun apakah kita pernah meminta untuk”dipeluk”oleh Allah SWT dalam rintihan doa-doa kita, dipeluk oleh lindungan dan pertolonganNya untuk menghindari keputus asaan yg sering menghampiri kita?

Terkadang kita merasa “pelukan” dan “ dakapan “ yg berarti dan dapat  dirasakan hanya datang dari manusia, sedangkan ”pelukan”yg terasa memeluk kita dari perbuatan keputus asaan, yg begitu tulus dan tidak minta untuk “dipeluk” kembali hanya pelukan dari Allah SWT, dan yg harus kita lakukan untuk mendapatkan pelukan yg tulus dan begitu menghangatkan jiwa, hanyalah memintanya lewat doa-doa dan tangisan rintihan kita memohon pelukanNya, hanya itu...

Sehingga semoga sekelumit  pemikiran dan pengalaman di atas boleh membenihkan  perasaan bahwa kepedihan ,keperitan dan kesengsaraan hidup dialami semua orang, sebenarnya  kita tidak sendirian, kenyataan yang bertandang  tidak sesuai dengan keinginan yang kita dambakan adalah pekara  yg wajar kita alami, kebersamaan dan berbagi rasa semoga bisa menjadi jalan keluar  untuk menghadapi kesedihan, bukan berlarut berpanjangan dengannya.


Allah selalu bersama kita, Allah sering menyanyangi kita ,Allah sering menggingati kita ,pohonlah segala darinya kerana Allah amat suka insan-insan yang sering menggingatainya ,yang sering meminta dengan berdoa kepadannya  tak kira disituasi mana kita berada . Jangan sekali kali kita menggangap Hidup ini tidak adil...kerana kadang – kadang kita sendiri yang tidak adil dengan kehidupan ini.

.....Adakah Hidup Ini Tidak Adil...ATAU Kita Yang Tidak Adil Dengan Kehidupan Ini...

          

Selasa, 8 April 2014

Seperti Lalang Kah Kita

      


     Kadang -kadang kita menjadi begitu pelik dengan diri kita sendiri bagaimana kita terlalu mudah dipengaruhi oleh orang lain…. Adakah kerana sikap kita ?

          Kebiasaan nya orang yg mempengaruhi kita langsung tidak ada kaitan dengan kita ,malah mungkin juga ianya  barangkali tidak pernah mengenal kita apatah lagi berhubung dan berjumpa ,Siapa sebenar dirinya pun mungkin kita tak tahu secara mendalam NAMUN  tanpa kita sedari dia telah menjdi sebahagian dari diri dan kehidupan kita….. mungkinkah ini jua yg dikatakan PENGARUH…pengaruh dari kata kata dan pengaruh dari perwatakan.

          Siapa yang mampu mempengaruhi diri kita ….. sudah semestinya manusia ya..dan tak mustahil juga ianya adalah sebuah adat dan budaya dan mungkin juga kebaikan atau kejahatan dan tak mustahil juga ianya seperti sesumpah yang sering bertukar wajah mengikut keadaan…. Apapun mengapa kita dipengaruh dan terpengaruh…apakah ini juga disebabkan sikap kita ?

Kekadang kita ni tak ubah seperti lalang yang ditiup angin ,meliut lentok kekiri dan kekanan mengikut haluan tiupan angin tu…nasib baik juga lah si lalang tu berakar umbi ditanah kalau tidak akan melayang jualah perdunya dibawa angin tu.
                Berakar berumbi jugakah kita manusia ni….. berkemungkinan adatapi dimana ye akr umbi kita sebagai manusia ni…. Rasanya akar umbi kita sebagai manusia ni terletak pada PRINSIP. Prinsip hidup yang kita dukong dan sering kali apa yang kita buat,lakukan dan tindakan sering bersandar pada prinsip yang kita pegang. Ada prinsip yg berpijak diatas nilai keilmuan dan ada juga prinsip yang terbina atas dasar yg terumbang ambing pasti akan mudah terpengaruh ,dipengaruhi dan gagal untuk mempengaruhi orang lain.Sikap mudah dipengaruhi ini juga merupakan makanisma pertahanan diri.Yang sering ditemui pada mereka mereka yang punyai keyakinan dan prinsip hidup yang rendah mungkin juga ada diatara kita yg tergolong dalam sikap sebegitu.Mungkin dikala itu kita fikirkan diri kita punyai nilai hidup yg rendah sehinggakan org lain yang tak kita ketahui secara dlmnya yg kita anggap berstatus tinggi adalah lebih baik dari kita dan patut kita dengar dan ikuti.Kekadang Pengalaman hidup kita juga membuatkan kita ni menjadi seorang pemilik prinsip hidup yang longgar…pengaman berulang dan mungkin juga didikan kita dimasa kecil dulu turut mempengaruhi..kekadang diwaktu itu kita jarang diberi galakan,sokongandan yang lebih parah lagi kita tak berpeluang untuk membuat keputusan sendiri hingga kan soal memilih pakaianpun terpaksa diatur.Mungkin juga kita sering ditakut takutkan dan dimarah dgn keputusan yg kita ambil jadi hidup kita ini dipenuhi dengan pengaruh org lain dan kita lansung tidak diberi ruang untuk punyai prinsip hidup sendiri,prinsip yang menentukan siapakah diri kita ini.   
                       
Untuk menjadi seorang yang berprinsip mungkin  mudah tetapi yang sukar untuk mempertahankan prinsip itu….Tetapi kena lihat apa prinsip yang cuba kita pertahankan….kalau prinsip yang buruk, itu mudah rasanya.

Cuba kita semak diri kita diatas nilai apa kita ni berpijak…andainya prinsip yg kita pegang itu salah…. beransur ansurlah menukarnya kepada prinsip yg betul dan kuat agar kita tidak goyah dan tidak mudah dipengaruhi. Semakin kita kenal diri kita ,kekuatan diri kita ,apa yang terbaik buat kita kita akan menjadi manusia yang mantap ,berprinsip dan tidak mudah untuk dipengaruhi dan mengikuti jalan jalan kehidupan sendiri dengan penuh yakin tanpa mengikuti perancangan orang lain………..

BUKAN SEPERTI LALANG YANG SERING DIPENGARUHI ANGIN


Rabu, 26 Mac 2014

Susah Bukan Menyusahkan

               


              Sering kita mendengar keluhan tentang “HIDUP’ dan ‘ KEHIDUPAN’... Sebenarnya Hidup ini sememangnya SUSAH tetapi bukanlah MENYUSAHKAN. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup dan kehidupan kita ini penuh dengan cabaran ,dugaan dan rintangan. Acap kali kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dan ujian dalam kehidupan kita ini...... Apakah benar hidup ini susah ?
                                                                                                                                                                     Kerana susahnya hidup inilah yang boleh membuatkan diri  kita membesar dengan matang dan kuat Usah kira  berapa banyak masalah yang telah dan mampu kita selesaikan disepanjang perjalanan kehidupan kita ini kerana  masalah-masalah yang bertandang inilah yang sebenarnya mematangkan kita menguatkan kita kita di dunia ini....jika tidak,  anggapan kita tak ubah seperti aliran sungai semata...sentiasa mengalir tak kira dikala hujan atau dimusim kemarau tetap mengalir...

              Apapun rasanya kita perlu tanam dan memiliki kesedaran bahawa hidup ini sememangnya susah penuh dengan liku,cabaran dan dugaan. Kita akan menjadi manusia yang tak pernah bersedia dengan segala kemungkinan apabila kita tidak pernah merasa susah dan tiada kesusaahan dalam kehidupan. BERSEDIA bukan beerti kita sering memikirkan masalah tapi kita kena bersedia dengan mental dan corak pemikiran kita bila masalah itu datang bertandang menjengah kita,agar kita tak terperuk lesu...dan bukan juga merumitkan sesuatu yang kadangkala mampu kita harungi.... jangan sambil lewa dengan kehidupan kita.

       Apabila Kita menyedari bahawa  hidup ini sememangnya susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang ada kita  miliki ini hanyalah sekadar kekuatan dan daya yang Allah SWT serapkan ke dalam diri kita. Kita sememangnya tidak mampu untuk mengharungi kehidupan yang susah,getir dan berliku  ini tanpa bantuan Allah SWT,kerana segala galanya adalah datang dari kekuasaannya juga oleh itu  kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.

      Mungkin ada diantara kita ini   yang pernah dan sering berputus asa dalam melayari bahtera kehidupan ini kerana kita SERING memikirkan bahawa hidup ini sebenarnya SENANG,segala musibah,masalah menimpa, kita fikir ia senang dan terlalu mudah untuk kita selesai dan rungkaikan. TETAPI apabila kita sebenarnya dalam keadaan tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah ,musibah yang datang bertandang, apa yang kita fikirkan SENANG selama ini rupanya terlalu jauh meleset.....dikala itu kita menjadi tak keruan kerana diminda kita tak ada benda yang susah.

         Tidak mustahil seperti yang banyak kita dengar ada antara kita mengambil keputusan yg diluar dugaan kita ,atau lebih ektrim lagi kita cuba lari dari masalah itu dengan mengambil jalan yg paling mudah tapi amat bertentangan dengan agama kita.....kerana apa...kerana kita tidak pernah bersedia untuk SUSAH.

          Hakikatnya hidup ini sememangnya susah tetapi susah itu bukanlah kita jadikan alasan untuk kita lari dari masalah yang datang bertandang ,kekadang bila kita lari dari sesuatu masalah tak mustahil masalah itu akan menjadi lebih rumit,kita kian menjadi resah,gelisah mengapa tidak kita tanamkan harapan disamping mengharungi permasalahan itu dan berserah pada Allah dan mengharapkan masalah ini akan terungkai dan selesai.



            Andainya kita sedar bahawa hidup ini memang susah namun kita bertekad untuk mengharunginya dengan penuh ketekunan,ketenangan dan kesabaran tidak mustahil ianya pasti menjadi senang dan yang paling penting hati kita ni sentiasa ada untuk Allah..... dalam kepayahan dan susah sekalipun andaikata perhubungan atau komunikasi kita denganNYA sentiasa ada Insyaallah jiwa kita tidak akan terputus untuk menggingatinya.....

APAKAH BENAR SEMEMANGNYA HIDUP INI SUSAH ?

                     Sebenarnya  hidup ini indah dan tak sesusah mana yang kita gambarkan seandainya kita mampu mengambil ibrah dari setiap permasalahan yang kita hadapi bukannya mengambil jalan mudah. Orang-orang yang tabah,kuat dan penyabar akan mudah mengambil ibrah dari setiap ujian yang bertandang dalam hidupnya , sementara orang orang yang kurang sabarnya dan mengangap hidup ini senang dan mudah sebelumnya , akan mudah berprasangka buruk pada Allah SWT atas apa yang menimpa dirinya .
Itulah Sebenarnya Kehidupan Ini “SUSAH “  tapi ‘ BUKAN MENYUSAHKAN “
Sesungguhnya kita sebagai manusia sememangnya layak untuk mengecapi kebahagian dan bukannya  kesusahan. Tapi Tuhan seringkali datangkan ujian demi ujian  untuk manusia sebagai menguji ketabahan hati,dan sebagai jalan pengukur sejauh mana kita mampu menggingatinya ,mendekati dan memohon darinya.
Kita juga kena ingat tidak ada jalan pintas  untuk meraih kesenangan dan kita juga kena tahu tiap sesuatu tu datangnya dari Allah maka janganlah kita mengasingkan diri darinya.