Halaman

Khamis, 16 Oktober 2014

Menggalas Mimpi

Dikala itu....
Umpama bayang kosong
Tidk tahu entah dimana
Mungkin disana atau disini
Namun tidak tersua....
Dikala itu...
Apakah kita yang terlewat
Atau masa yang begitu cepat
Hingga tak mampu berselisih dipersimpangan....
Tangan tak bisa mengait..
Langkah tak mampu menjejak
Lantas membiarkan waktu itu berlalu...
Tanpa apa yang tercipta
Kini ..
Disebalik alam maya
Bayang itu menjelma
Satu rasa tercipta
Umpama mengamit cerita silam
Memori yang tak ujud
Namun mimpi itu tetap digalas...
Untuk satu harapan
Kini....
Apakah kita sudah terlambat
Atau sememangnya masa
meninggalkan kita
Untuk mengalas mimpi itu
Diterjemah menjadi kenyataan






Ahad, 12 Oktober 2014

Sepanjang Jalan Kenangan

         


            Tanggal 08/09/1981 telah mengubah diri ku dari seorang awam kepada seorang yang beruniform dan terikat dengan disiplin disiplin hidup. Ditarikh ini juga lah ketika aku berusia 19 tahun aku mulapurkan diri sebagai rekrut di PULAPOL KL sebagai seorang anggota Pasukan Beruniform , maka bermula dari tarikh ini jualah aku terpaksa mengubah corak kehidupanku dari yang telah ku lalui bertahun tahun sebelum ni. Sebenarnya bukan senang untuk mengubah diri kita dari seorang awam kepada seorang yang terikat dengan disiplin ,selama ini kita seolah olah bebas untuk berbuat sesuatu Tapi disini segala galanya berubah,rutin kehidupan kita berubah dan berjadual ,kita tak bolehsewenang wenangnya melakukan sesuatu mengikut kemahuan kita,hingga kan makan dan minum kita pun turut dijadualkan. Selama tiga bulan aku berada di PULAPOL ini berbagai bagai yang telah ku terima terutama perubahan diri ,disiplin diri dan sikap serta tanggungjawab terhadap semua.


        Setelah genap tiga bulan aku di PULAPOL KL maka tamatlah tempoh latihan ku disini namun segalanya tak berakhir disini ,aku terpaksa menyambung tiga bulan lagi latihan di SLPPH Ulu Kita,Perak. Jika di PULAPOL KL aku dididik dengan asas asas kepolisan dan di SLPPH ni pula aku mula diajar asas asas peperangan dihutan ...latihan didisini lagi mencabar rupanya,dimana selain dari kita dituntut mempunyai ketahanan fizikal kita juga dituntut dengan ketahanan mental,tak kering peluh dibadan rupanya.

Mara Lasak 48 km ( gambar ikhsan )

           Dalam bulan Februari 1982 Aku telah ditempatkan di Batalion ke 7 PPH Tampin, Negeri Sembilan setelah menamatkan enam bulan tempoh latihan kepolisan di dua lokasi Pusat latihan,bermula dari saat inilah aku telah bergelar seorang anggota Polis yang sebenarnya dan aku diserapkan ke dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).
Dipertengahan tahun 1982  aku mula menjalani operasi dihutan yang pertama untuk diriku iaitu “ OP Hentam Galas “ dikawasan Gua Musang ,Kelantan.Inilah operasi pertama ku dan ini lah operasi yang menguji apa yang telah aku pelajari di pusat latihan sebelum ni.Ternyata aku perlu belajar terlalu banyak lagi dari senior senior ku,terutama mengenali selok belok dihutan dan sebagainya.ternyata merek banyak membantu dan mengajar aku seorang yang dikirakan baru mengenali alam pekerjaan ini jika dibandingkan dengan mereka.Banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolihi dari mereka.
Pada bulan March 1983 aku ditelah dipindahkan dari Bn Ke 7 PPH Tampin ke Bn ke 7 PPH Jalan Pekeliling Kuala Lumpur kerana camp tersebut telah diambil alih untuk dijadikan Pusat Serenti.
Dipertengahan tahun 1983 sekali lagi aku diarahkan untuk turut serta dalam operasi dihutan.Kali ni aku menjalani operasi dikawasan hutan Wias ,Gua Musang ,Kelantan yang mana operasi ini dinamakan “ Ops Bamboo” operasi ini mengambil masa selama tiga bulan,bermakna selama tiga bulanlah aku terpaksa menghuni hutan belentara yang mana terpisah jauh dari masyarakat sekeliling.kami ditempatkan disini seramai 15 orang jadi mereka mereka itulah saudara dan rakan - rakan ku .Pada mula nya aku tak dapat membayangkan bagaimana untuk hidup dibelentara sepi yang serba serbinya tak ada sebagaimana yg mampu kita kecapi diluar sana. Hari demi hari aku harungi kepayahan ini demi untuk diriku dan negara,Disinilah aku mula terfikir betapa beruntungnya orang orang diluar sana yang tidur nyenyak diulit mimpi sedangkan aku seolah olah tidur dalam jaga,sentiasa berwaspada senjata sentiasa melekap didada.DAN aku juga terfikir adakah orang orang diluar sana pernah memikir dan menghargai pengorbanan kami ini.
Pada penghujung 1984 sekali lagi aku dihantar dan menyertai operasi dihutan,operasi kali ini agak lebih mencabar dan kali ini aku ditempatkan disempadan Malaysia / Thai dan operasi ini diberi nama “ Ops Topo “ yang mana pengkhususan tugas untuk mengawal dan mengiringi orang orang dari Jabatan Ukur /Topography menyukat persempadanan negara dari ancaman pengganas kominis . Setiap hari aku dan rakan- rakan akan mengiringgi pekerja pekerja dari Jabatan Topograpy ini menjalankan tugas.Untuk operasi kali ini selain dari terdedah dari ancaman pengganas kominis kami juga terdedah kepada ancaman jerangkap samar” Booby Trap “ yang mana ianya ditanam disepanjang laluan kami,inilah musuh yang tanpa kita lihat dan hidu kelibat nya...tiba - tiba meletup dan membawa maut,aku juga sering menyaksikan kesan dan tindakan dari booby trap ini. Bila berada dibelentara sebegini kepayahanlah yang harus ada menemani kita,tapi dengan berbekalkan ilmu yg dipelajari dan semangat yang ditiupkan aku ketepikan semua kepayahan itu walaupun hakikatnya tetap payah. 
 Operasi terahir yang aku sertai didalam PPH ini adalah “ Ops Paksi Tuah” dikawasan Kuala Kubu Baharu iaitu disekitar tahun 1987. Banyak lagi operasi – operasi dihutan yang aku sertai disepanjang perkhidmatan aku di dalam Pasukan Polis Hutan ini yang tidak aku senaraikan disini.


                                   Barrek Bujang Bn 7 PPH Tampin


                                            Ops Pagar  1987


                                               OP Bamboo Gob Ulu Kelantan 
          
                                        Op Topo 1984

                                    Hari ke 90 Op Bamboo Wias Ulu Kelantan 1983

                                             Sampai di lokasi Operasi
            
      Pada 30.11.1989 merupakan hari terakhir aku berkhidmat di dalam Pasukan Polis Hutan setelah hampir 10 tahun aku menganggotainya .Terlaliu banyak kenangan pahit manis,susah dan senang yang telah aku lalui semasa bersamanya dan pada 01.12.1989 aku telah bertukar ke Cawangan baru sehingga kini iaitu Pasukan Polis Marin. Formasi pertama didalam cawangan ini aku ditugaskan di PPM Wilayah Selatan ,Tampoi,Johor .
Sekali lagi aku terpaksa menghuni pusat latihan.Jika dua pusat latihan sebelum ini aku diberikan latihan asas kepolisan dan peperangan di hutan kini aku menerokai bidang baru berkaitan ILMU KELAUTAN dan menjadi seorang pelaut. Pelbagai ilmu berkaitan navigasi aku timba disini untuk menjadikan aku seorang pelaut yang cekap.
     Tamat latihan di Sekolah Latihan Marin ni aku ditempatkan dikapalronda kelas PZ sebagai jurumudi ,selama 15 tahun aku ditugaskan dikapalronda kelas ni dan tugas terakhir aku dikapalronda ni sebagai Ketua Penanda Radar ( Radar         Plotter )sebelum kapal ni diserahkan kepada APMM .

MY LADY PAPA ZULU 11

Pada pertengahan tahun 1996 aku telah ditukarkan dari PPM Cawangan Selatan Tampoi ( PPM Wilayah Dua ) ke PPM Cawangan Timur Kemaman,Terengganu ( PPM Wilayah Tiga ),perpindahan ini melibatkan sekali Kapalronda PZ 11 . Sepanjang 18 tahun aku berkhidmat didalam Pasukan Polis Marin ini khususnya di kapalronda PZ 11 terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku tempohi dan lalui hingga sesuatu kenangan itu mampu menitiskan air mata ,menguji keimanan dan kesabaran.Rasanya bersama kapal PZ inilah aku telah mengenali seluruh pelusuk lautan dan pulau pulau di Malaysia ni termasuk di Sabah dan Serawak. Bersama Kapal PZ ini juga lah aku sering disajikan mabuk yang tak perlu dibayar.Akhirnya Ombak dan lautan jadi mainan dan kawan ..sesekali badai menganas teruji juga rasanya ,bayangkan berada beratus batu nautika ditengah lautan mengharungi badai yang mengila ,Tapi demi negara dan mencari sesuap rezeki yang halal aku dan kawan kawan gagahi juga melawan ombak yang mengila.
Terlalu banyak ilmu yang aku perolihi ketika bertugas di PPM ini yang mana segala ilmu ilmu nya mampu aku bawa sebagai bekalan andainya aku masih mahu meneruskan pekerjaan dibidang kelautan ini apabila aku bersara dari PDRM ini.

                                        Camar Yang Hilang

                                            Water Cat

                                                                    water cat



                                                                   Tugas SAR 

           Kini aku telah hampir sampai ke penghujung era perkhidmatanku ,akan aku panjangkan segala ilmu ilmu  yang aku ada kepada generasi - generasi pelapis ku...kerana merekalah yang akan mewarisi apa yang aku miliki dihari ini.
Apa yang aku coretkan ini hanya sekadar catatan ringkas perjalanan kehidupanku bersama PDRM...In Syaa Allah akan ku ceritakan segala pahit maung ,susah dan senang akan segala yang telah aku tempuhi dan lalui .
Hari hari yang telah aku lalui telah terlalu banyak mengajar aku tentang KEHIDUPAN,tentang KAWAN KAWAN dan tentang persekitaran. Kita seharus melalui kehidupan ni dengan pelbagai warna dan corak barulah kita mampu menilai  ERTI KEHIDUPAN yang sebenar. Kepayahan sebenarnya banyak memberi kita mengenali hidup ini.


                                Hidup mesti disulamkan dengan Disiplin

Sabtu, 2 Ogos 2014

Terima Kasih Atas Segalanya

    

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan  KITA  yang ke 25 tahun.



   Tanggal 02 August 1989 merupakan tarikh keramat untuk ikatan kita berdua dimana ditarikh itulah kita sah menjadi pasangan suami isteri. Dihari ini tanggal 2 August  genap 25 tahun ikatan itu terjalin sekukuh kukuhnya ....
Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim Ku ucap syukurku pada-Mu Ya Allah.. yang tiada henti-hentinya Kau berikan aku Kurnia yang begitu besar dalam kehidupan ku .Aku juga berterima kasih pada mu Ya Allah atas segala nya. Atas segala kurnia-Mu juga Ya Allah ,telah Kau jadikan aku seorang lelaki dan suami yang paling bahagia di dunia ini, Mempunyai isteri yang baik, penyabar dan menyanyangi keluarga. Aku juga beruntung telah dikuruniakan anak anak yang  baik, mempunyai kebeningan hati yang tinggi, selalu membanggakan dan tak pernah menggusarkan.



 Isteriku.... Telah kita lalui saat saat  suka dan duka bersama sebagai pasangan suami isteri, yang saling melengkapi, saling menggenapi. Kita tersenyum bersama, menangis bersama dan menjalani perjalanan kehidupan kita yang penuh dengan warna warni bersama sama. Indah, lucu, pahit,getir dan juga mengesankan. Terlalu pantasnya waktu berlalu..... Pelbagai yang telah kita lalui dan begitu banyak ukiran cerita cerita indah, cerita duka ,semua telah kita harungi bersama dalam kehidupan kita selama 26 tahun ini. Dan kita juga banyak berusaha untuk saling mengisi dan melengkapi, kita juga saling belajar & menghargai. Terima kasih isteriku....

 Isteriku..... terima kasih juga selama bertahun tahun kita bersama, tidak pernah terdengar keluh kesah yang dilontarkan,biarpun kita pernah mengharungi saat sat sukar dalam kehidupan ini sebelum kita mengecapi apa yang kita miliki dihari ini,terima kasih jua kerana begitu sabar dalam mengharungi tiap langkah kehidupan kita itu walaupun kekadang kita rasakan ianya begitu mencabar....Isteriku...terima kasih tak terhingga kerana menjadi seorang ibu yang penyanyang terhadap anak anak dan zuriat kita walaupun berbagai kerenah yang mereka timbulkan...Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dan belaian kasih sayang dari seorang ibu yang penyanyang, anak anak kita membesar dalam kehidupan yang sempurna dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kita...Aku amat menghargai segala gala pengorbanan yang telah dicurakhan terhadap kehidupan kita bersama dan membina keluarga seperti yang kita miliki dihari ini.... Terima kasih tak terhingga ISTERI KU. Yakinlah bahwa aku hanya akan mencintaimu kerana Allah.

Anak Sulung ku

                                                                    Anak Keduaku


    Si bongsuku

Jalan yang panjang dan mungkin berliku terbentang luas menanti kita dihadapan...TAPI percaya dan yakinlah kita akan lalui semua itu dengan penuh keyakinan, kesabaran dan tawakal. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam menenpuh perjalanan itu dan menjadikan keluarga kita ini yang penuh dengan Mawaddah...InsyaAllah.

            Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kepada kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga yang berkekalan,hiasilah kehidupan kami sekeluarga dengan perasaan kasih sayang yang berpanjangan dan janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan itu.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit di hati kami.

Ya Allah perkenanlah doaku, tunjukkan kepadaku jalan yang baik  untuk aku membimbing isteriku, anak -anakku  dan keluargaku hingga ajalku dijempu nanti.. aku akan terus membimbing isteriku untuk menjadi isteri  yang sholeha, menjadi seorang ibu yang baik bagi anak-anakku,aku juga memohon padamu Ya Allah agar ikatan ini akan berkekalan hingga ke Jannah.



Keluargaku

             Andainya terjadi sesuatu yang bukan kita pinta...ini adalah kecurangan dan kealpaan ku sendiri terhadap kejujuranmu dan keluarga kita,aku tidak akan menyalahkan orang lain atau dirimu isteriku....NAMUN percayalah tidak akan ada setitikpun air mata yang akan ditumpahkan diatas segala tindakan ku dan perilakuku kerana Aku amat menyanyangi keluargaku dan amat menghargai tiap pengorbananmu sebagai ISTERIKU, akan ku kenang selagi ada hayatku......Terima Kasih Isteriku.







Selamat Ulang Tahun Perkahwinan dan Pernikahan KITA  yang ke 25 tahun. Aku Amat Menyanyangi dan Menghargai seluruh anggota keluargaku.


Jumaat, 4 Julai 2014

AKU AKAN KEMBALI

As Salam....dan Salam Ramadhan ....Lama juga aku menyepi meninggalkan rumah ini tanpa penghuni...... Tinta dipenaku pun dah kian membeku mungkin juga sebeku otakku.... Hari ini aku aklan kembali menjengah rumah yang telah ku tinggalkan.....AKU AKAN KEMBALI..







Khamis, 29 Mei 2014

29 Mei Datang Lagi


Alhamdulillah .... dipagi 29 Mei yang penuh keceriaan ini Tuhan masih anugerahkan Nafas dan Denyutan Nadi pada mu  dan pada pagi ini jua Allah masih terus berikan kesempatan dan peluang untuk melihat keindahan ciptaan nya dan menikmati kedinginan embun pagi.... dan Nafas yang mampu kita sedut dan hembus pagi ini  adalah anugerah untuk hidup yang penuh dengan berkah.... Bersukurlah dengan tiap yang telah Allah anugerahkan sepanjang kehidupan ini...semoga dengan syukur itu Allah akan terus limpahkan segala rahmat dan kenikmatan hidup....
Terima kasih Ya Allah kerana ENGKAU telah perkenankan doaku untuk sahabatku terus berpeluang  menikmati kehidupan hari ini dan mungkin jua untuk hari - hari yang mendatang.

Sahabatku...Tidak ada sesuatu yang terindah,kecuali ucapan dan doa penuh keiklasan.Tidak ada yang lebih bermakna selain dari mendoakan kebahagiaan,kesejahteraan dan panjang umur untuk mu sahabatku. Biarlah keceriaan mentari yang terbit pada pagi ini turut mengiringi keceriaan dikau sahabatku di hari yang penuh bermakna ini.

Esak,tangis dan tawa silih berganti mengiringi tiap langkah perjalanan hidupmu. Tanpa terasa , sudah bertambah angka diusia….......29 Mei     tarikh keramat menjelma lagi menyapa diri.
Sesungguhnya masa depanmu telah kau cipta dengan gemilang,walaupun pernah diselang seli dengan duka namun  kedukaan itu  telah lama dibuang jauh entah dimana.
Andai dikala lilin yg ditiup masih ada yg utuh menyala…maka itulah lilin harapan yang harus engkau terjemahkan menjadi realiti dihari hari depanmu, Kuatkan semangat untuk merialisasikannya.
Moga …29 Mei ini akan menjadikan ianya tarikh keramat dalam hidupmu,tarikh yg akan membuatkan dirimu dewasa sebenar-benar dewasa untuk terus menyusuri denai denai kehidupan.


‘ Selamat Hari Lahir “
Sahabatku.... ESAM ( Elly )

Darimu ku temu erti persahabatan
Sentiasa hadir dikala ku sendirian
Meskipun hanya suara yang beralas maya
Dipisah jarak entah dimana 

Detik demi detik silih berganti
Dari hari  menjadi tahun.
Langkah demi langkah telah pun dilalui...
Berbagai denai telah kau susuri..
Yang indah dikecapi yang pedih tetap diharungi

Selamat Hari Lahir.. sahabatku
Ikhlas dari hati seorang teman 
Terima kasih atas setiap kesudian 
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan 
Moga ukhwah akan berkekalan 

Mungkin.. berjuta  mimpi dan harapan..
Tergalas dibahu tiap impian
Moga diri mu dalam kesejahteraan
Sentiasa disayang dan dilindung Tuhan..
Ku doa kan jua kepada Tuhan
Agar direstui  tiap langkahmu dalam kehidupan

Sahabatku....
Semoga hari hari mu diiring keriangan
Disayangi keluarga disenangi teman-teman
Aku panjangkan doa dengan penuh harapan
Moga harapan dan impian dalam kehidupan
Akan termakbul diperkenan Tuhan




Sahabatku....
Tidak ada hadiah yang dapat kutitipkan ,tidak ada bunga yang dapat ku kalaungkan....hanya Secebis doa dan harapan dengan penuh  TULUS dan KEIKLASAN ,  dikesempatan ini aku mendoakan moga Allah rahmati dirimu sekelurga,Allah restui tiap langkah dalam kehidupan yang tersisa ,demi untuk mencari restu Ilahi.......




Selamat Hari Lahir 
Sahabatku


Rabu, 28 Mei 2014

Sejarah dan kelebihan Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 


“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.    


 Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Share dari blog : Zharif Alimin


Selasa, 27 Mei 2014

Dimana Ketenangan


Telah agak lama juga aku menyepi, terasa agak kekok juga tangan dan otak ini untuk mencoretkan kembali sesuatu didada blog ku ini. Hari ini ku cuba jua mencoretkan sebaris dua ayat agar blog ini tidak ditinggal kosong umpama rumah yang tak bertuan...yang hanya dihuni labah-labah yang bersarang .

Kadang – kadang kita merasakan hidup dan jiwa kita tidak tenang..sedangkan kita ingin dan mengimpikan ketenangan itu...Kita juga sering bertanya.......bertanya pada diri kita  dimanakah ketenangan? Sebenarnya kita kena tahu dan wajib tahu bahawa Allah itu maha Adil,Jiwa yang tenang itu akan diberikannya kepada setiap insan...NAMUN kerana kealpaan kita sendiri menjaga ,memupuk dan menyuburkannya ,kita sering membiarkanya tertanam diparas yang paling bawah,kita sering menindihnya dengan sikap dan nafsu kita terutama nafsu amarah ,nafsu iri dan segala nafsu yang buruk.Kita sebagai manusia  ni diciptakan tuhan dengan tujuh nafsu,Nafsul mutmainnah,jiwa yang tenng itulah salah satu dari nya..itupun hanya akan dikurniakan kepada orang-orang yang memilih jalan yang diredhoiNya sahaja. INGATLAH  bahawa iblis laknatullah itu zalim dan si iblis ini juga amat jarang dan mungkin tidak mahu lansung manusia seperti kita,kita dan kita ini memiliki ketenangan itu ,sudah pasti ia akan membantu nafsu kita agar jiwa yang tenang tidak boleh keluar menguasai diri.

Kadang-kadang kita jua kalah ,kalah dengan nafsu kita hingga menenggelamkan jiwa kita yang tenang, Pejamkanlah mata kita sejenak renunglah,bantulah jiwa kita  yang tenang itu untuk bangkit kerana mungkin dikala itu ia sedang menderita ,menderita dihimpit nafsu perosak...Buangkanlah nafsu perosak itu dan letakan kembali jiwa yang tenang itu diparas yang paling atas, ditingkat yang sepatut dan selayaknya  ia berada . InsyaAllah jika kita Berjaya menempatkan nya kembali diparas itu dalam minda kita yang sihat ,ketenangan,kedamaian jiwa pasti menjadi milik kita.



Ayuh kita berpesan pada diri dan jiwa kita yang tidak tenang.... Kikiskan segala nafsu buruk itu ..angkatlah tangan dan berdoalah TAPI fahamilah betul betul akan apa yang kita pinta ,kenalilah kepada siapa yang kita pinta itu... Wahai jiwa yang tidak tenang....ayuh kembalilah kepada asal dirimu,kenalilah siapa tuhan mu,fahamilah janji janji dan pesanannya...dalamilah ilmu yang sedia ada didadamu...percayalah kita tidak akan sekali – kali mengalah kepada keadaan jika kita tahu siapa diri kita siapa tuhan kita. Apa yang penting jangan kita terus terusan  menipu hati kita,jangan terus terusan menidakkan hati kita kita pasti tahu apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang tidak akan mendatangkan kebahagiaan dan jawapan,Apa yang penting janganlah kita berbuat sesuatu demi nafsu yang mana dari perbuatan itu akan menarik diri kita lebih jauh lagi kedalam ketidak bahagiaan dan kedamaian dan tenteram malah mungkin mengundang kebuntuan.

Apakah mampu ketenangan kita miliki degan kekuasaan dan wang ringgit kita ? ... Ingatlah ketenangan tak mampu untuk kita miliki dan beli dengan wang ringgit dengan kuasa kita,ketenangan juga tak bisa kita perolihi dan miliki dengan meminjamnya dari sesiapapun dan tenangnya akal kita juga tidak akan dapat kita perolihi dan capai dengan dengan kekusutan yang ada pada kita.Ketenagan hanya mampu kita perolihi bila kita betul betul kembali kepadanya,berserah kepadanya dan mengamalkan apa yang terkadung dalam agamanya.... Jika inginkan ketenangan sebenar- benarnya KEMBALILAH kerana Islam itu bukan Cuma agama,Islam itu nyawa,darah dan nafas, Islam itu pengharapan dan kasih sayang dan yang paling penting Islam itu bukanlah nama yang diambil bila perlu dan dibuang jika tidak.



“ Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah sebutir zarah yang kecil dialam cakrawala.Pada zarah yang kecil inilah ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui.Semakin kita membina syurga didunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita “ Jadi untuk dapatkan ketenangan hakiki buanglah nafsu yang akan menjahanamkan kita dan seterusnya mencampakan kita terlalu jauh dari ketenangan....Insya Allah