Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Catatan Kosong


                  Aku bukanlah seorang penulis yang mana mampu menitipkan kata kata indah didada blog ini untuk tatapan umum,namun dengan sedikit sebanyak pengalaman dalam kehidupan ini aku cuba melakarkan sesuatu ,setidak tidak nya untuk renungan dan panduan diri ku sendiri... ku cedok kembali sebahagian yang pernah ku lontarkan didada FB ku  untuk tatapan kawan kawan ku semua.....

Jangan terus menyalahkan diri sendiri diatas segala kesilapan dan keputusan yang SALAH..kerana setiap orang pasti akan melakukannya..Cuba jadikan ianya satu pelajaran untuk kita mencapai sesuatu keputusan yang tepat dimasa akan datang dan kita jua sering tertipu dengan apa yang kita fikirkan akan apa yang ada dihadapan..sedangkan realitinya terlalu jauh berbedza dgn apa yg kita gambarkan..... Cuba belajar dari sesuatu agar ianya menjadi PENGAJARAN.
















Tidak salah andainya kita memiliki perasaan TAKUT...TAPI jangan sekali kali kita biarkan perasaan TAKUT itu membelenggu diri kita dari mendapatkan apa yang kita inginkan ... Jangan ragu ragu untuk  “ Bertanyalah pada yang pandai ...Bergurulah pada yang pintar “




Kita sering menyalahkan KEADAAN bila sesuatu yang buruk menimpa kita......Tapi kita lupa kita sendiri yang mencipta situasi itu.....Kita jua sering menyalahkan TAKDIR atas apa yang berlaku....Tapi kita lupa kita sendiri yang terjun ke jurang itu tanpa memikir baik dan buruknya.... TAPI INGATLAH .....Pahit dalam kehidupan itu bukanlah satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sebuah kemanisan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya...... Sesekali tu mengakulah segala 



























INGATKAN KEPADA DIRI KITA......Kita sebagai manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupan kita . Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada tuhan untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan . Apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang harus dinilai bukan menggangapnya episod malang hidup kita.......







Untuk sebuah perjalanan kehidupan , janganlah sekali kali kita ni berbohong pada perasan kita sendiri dalam apa jua hal sekalipun , cuba kita jadikanlah kisah di masa lalu sebagai pemacu dan ukuran, jadikanlah cerita masa lalu sebagai pengalaman terindah meskipun itu yang menyakitkan. Bangunlah dari masa lalu yang kelam dan tujulah masa depan yang cerah…kerana didepan kita ada seribu satu yang menanti…..kalau kita kuat dan ambil iktibar masa lalu….kita akan berjaya…andainya kita ulangi jua peristiwa masa lalu….kita pasti tersungkur lagi…
























Tidak menjadi satu masalah kepada diri kita jika sesaorang tidak menyukai kita….Namun akan lebih bermasalah rasanya jika kita membiarkan ketidaksukaan mereka itu mempengaruhi hidup seharian kita….. Apa pun jangan lah kita terlalu mengharap akan orang lain atau sesaorang untuk kelansungan hidup ini kerana kadang kadang mereka tidak akan berada disisi kita untuk kita berpaut dikala kita memerlukan mereka ….Oleh itu jadilah PAHLAWAN bagi diri kita sendiri…….


                                            

"Di mana kita berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan kita dan lupakan seketika masa silam." TAPI jangan buangnya terus dari kotak minda kita.....kerana kenangan silam itulah menyimpan seribu kenangan dan pengajaran buat kita....SESEKALI KITA PERLU MENOLEH KEBELAKANG walaupun seketika ..




CUBA KATAKAN KEPADA HATI KITA....Jangan sekali kali kita bersedih diatas segala kekurangan diri kita..... Percayalah tuhan pasti akan memberikan kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan selagi kita bersedia untuk membaiki kekurangan itu dan sentiasa menginggatinya dan tidak semata mata hanya berserah kepada takdir untuk mengubah keadaan itu.......



















INGATLAH WAHAI HATI……. jangan sekali kali kita meremehkan kekuatan DOA….Tuhan selalu dan sentiasa setia mendengarnya….Tuhan tidak pernah membiarkan hambanya berterusan dalam kesedihan…. PERCAYALAH pasti ada rencana indah dari Allah buat kita bagi membayar setiap titisan air mata yang pernah kita tumpahkan…. Selagi kita sentiasa setia menadah tangan memohon darinya walau dalam apa keadaan kita sekalipun…







PERCAYALAH...Sahabat sering ada disisi kita walaupun ketika kita sedang dihimpit masalah dan penderitaan... bahkan kekadang mereka memberikan saranan yang agak bodoh hanya semata mata untuk melihat kita ketawa..... HARGAILAH mereka walaupun kekadang kehadiran mereka tidak kita harapkan dan ujudnya mereka umpama desiran angin lalu saja.... TAPI percayalah nawaitu mereka begitu iklas untuk kita..


















"
Sepasang mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh dan dapat mengagak akan isi hatinya. Mulut boleh dan mampu berdusta tetapi pancaran mata seseorang itu akan mengatakan sesuatu yang sebenarnya...." Dibibir terukir senyuman tapi matanya telah menterjemahkan apa yg terkandung dihati…… Besar rupanya kuasa mata ini…..dan ianya tak pandai menipu...



BENARKAH…Ada org mengatakan sangat mudah untuk mengecapi bahagia… Ia akan datang dikala kita memaafkan diri sendiri,memaafkan org lain dan menjalani kehidupan dgn penuh rasa syukur…. DAN APAKAH BENAR orang yang hidup penuh keegoan dan tidak tahu untuk berterima kasih serta bersyukur tidak mampu mengecapi kebahagiaan dlm ertikata sebenar apatah lagi untuk membuat orang lain bahagia……….. JADI untuk semua itu dalam hidup ini “ Kita mesti memberi BUKAN meminta “ dan Dalam kedaifanpun kita sebenarnya mampu mengecapi BAHAGIA...




INGATKAN KEPADA DIRI KITA…… Ayuh kita belajar TIGA perkara yang paling mudah dalam kehidupan kita ini ….. Cuba BERFIKIR sebelum bertindak dan mengeluarkan kata kata… kerana jika terlanjur buruk kesannya….belajar MENGAKUI tiap kesilapan yang telah kita lakukan…… Meminta dan memberi KEMAAFAN tiap kesalahan dan kesilapan yg kita atau org lain lakukan……Mudah kan ?… TAPI sering kita GAGAL….


Usah kerana BENCI kita menjadi TERLALU BENCI dan jangan juga kerana KASIH kita menjadi TERAMAT KASIH sehingga TERNAFI kebaikan orang yang kita benci dan TERLINDUNG kejahatan orang yang kita kasihi….apakah dengan menutup sebelah mata …kita mampu menidakkan sebelah mata lagi untuk melihat kebaikan dan kejahatan itu…. Atau apakah kita telah turut membutakan mata hati kita untuk menilai semua itu…..


























BENARKAH AGAKNYA SEPERTI APA YANG PERNAH ORANG KATAKAN……Sahabat yang bersikap “ ADA UDANG DISEBALIK BATU “ umpama seekor anjing di tepi jalan….yang di HARGAINYA hanyalah tulang yang kita lemparkan kepadanya tapi bukan tangan yang melemparkan tulang itu…….. Susah juga rupanya untuk mengenali dan memahami hati dan sikap sesetengah sahabat ni……





Sesungguhnya aku cuba menasihati , sambil memperbaiki diri sendiri..bukanlah bererti aku yang terbaik di kalangan kamu...., kerana aku juga pernah melampaui dan melalui batas - batas untuk diriku sendiri..... Disatu tahap kita mesti kena sedar siapa diri kita .....




















Kita ni acap kali tidak dapat menerima hakikat yang sudah ditetapkan oleh Ilahi,..sering kali menyalahkan orang lain kerana kita tidak dapat menerima ujian yang diberikan ILAHI di luar jangkauan kita....TAPI kita kena ingat TAKDIR TU KEKADANG TAK SEINDAH HARAPAN.....kita kena terima dan redho.






22hb April · 


Ada satu ketika, kita akan rebah dibumi...ketika itu hanya Allah yang tahu apa yang kita rasa...Kita mencari penyelesaian sana dan sini namun semuanya menghampakan.....Kita hampir putus asa...ketika itu kita tersedar inilah teguran dari Pencipta ,saat itulah kita mesti kembali mendekatkan diri kepadanya,andainya kita telah tersasar terlalu jauh..... Mungkin Allah tegur kerana dia rindu dan mungkin jua ia mengguji tanda dia masih sayang pada kita“ Jangan berputus asa dengan kehidupan ini..... Tuhan sentiasa memberi ruang kepada kita
























16hb Mac · 


Kekadang dalam keghairahan kita menulis, atas alasan apa sekalipun akan apa yg kita tulis, adakah kita pernah terfikir yang kita pasti akan ditanya akan apa yang telah kita tulis ... Jangan jadikan tangan kita dan tulisan kita untuk menimbulkan kerosakan,cercaan.... kita juga kena ingat tangan tangan ini akan menceritakan segalanya disatu masa nanti...... Maka kawal dan tahanlah tangan kita dari mencoretkan sesuatu yang akan menimbulkan keresahan....




jangan asyik memandang terlalu tinggi.... NAMUN begitu sesekali kena donggaklah juga ke langit... agar kita tau betapa RENDAHNYA kita..




















Biarlah ITIK yang mengajar ITIK berenang....kerana dia sendiri tahu apa yang ITIK perlukan untuk berenang dan apa yang perlu diajar....




Kekadang kita merasakan kita digeruni ,ditakuti kerana kehebatan dan kekuatan kita,TAPI kita juga sering lupa bahawa ada yg sentiasa memerhati kita dan menunggu ruang untuk melumpuhkan kita .... Jadi sebenarnya kita juga bukan yang terhebat....walaupun disatu ketika kita mampu memusnahkan dan menyakitkan...






26hb Mac · 
Kekadang kita merasakan kita yang paling hebat ,paling bijak tak perlukan buah fikiran orang lain....tapi bila dah buntu mulalah tergapai gapai,mulalah kata itu dan ini...sebab itulah orang tua tua dah kata “ Duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapang.” Kalau kita rasa kita hebat....buatlah........ Ingatlah kadang kadang kita saja merasakan kita hebat ... sebenarnya ,kita ni ibarat “ Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung “...kalau kita tak pandai tak hebat sebenarnya kita jua perlukan orang lain... Setiap satu tu walaupun sukar kalau kita berunding berbincang bersama ..akan mudah jadinya....



27hb Mac ·  · 

Tuhan telah kurniakan kita akal untuk berfikir...jadi sudah pastilah sebelum lakukan sesuatu kerja tu kita kena fikirkan baik ,buruk dan faedahnya dengan menggunakan akal yang diberi itu.....setidak tidaknya apa yang kita buat tu tidak menjadi kerja yang sia – sia...Janganlah sampai nanti orang akan mengatakan kita ni “ Ibarat Menjadi Jaga Di Balai Polis “ atau “ Bercita -cita mengecat langit yang tinggi “ ...ishhh fikir – fikir lah dulu ye...Jangan sampai orang ketawakan kita





Khamis, 16 Oktober 2014

Menggalas Mimpi

Dikala itu....
Umpama bayang kosong
Tidk tahu entah dimana
Mungkin disana atau disini
Namun tidak tersua....
Dikala itu...
Apakah kita yang terlewat
Atau masa yang begitu cepat
Hingga tak mampu berselisih dipersimpangan....
Tangan tak bisa mengait..
Langkah tak mampu menjejak
Lantas membiarkan waktu itu berlalu...
Tanpa apa yang tercipta
Kini ..
Disebalik alam maya
Bayang itu menjelma
Satu rasa tercipta
Umpama mengamit cerita silam
Memori yang tak ujud
Namun mimpi itu tetap digalas...
Untuk satu harapan
Kini....
Apakah kita sudah terlambat
Atau sememangnya masa
meninggalkan kita
Untuk mengalas mimpi itu
Diterjemah menjadi kenyataan






Ahad, 12 Oktober 2014

Sepanjang Jalan Kenangan

         


            Tanggal 08/09/1981 telah mengubah diri ku dari seorang awam kepada seorang yang beruniform dan terikat dengan disiplin disiplin hidup. Ditarikh ini juga lah ketika aku berusia 19 tahun aku mulapurkan diri sebagai rekrut di PULAPOL KL sebagai seorang anggota Pasukan Beruniform , maka bermula dari tarikh ini jualah aku terpaksa mengubah corak kehidupanku dari yang telah ku lalui bertahun tahun sebelum ni. Sebenarnya bukan senang untuk mengubah diri kita dari seorang awam kepada seorang yang terikat dengan disiplin ,selama ini kita seolah olah bebas untuk berbuat sesuatu Tapi disini segala galanya berubah,rutin kehidupan kita berubah dan berjadual ,kita tak bolehsewenang wenangnya melakukan sesuatu mengikut kemahuan kita,hingga kan makan dan minum kita pun turut dijadualkan. Selama tiga bulan aku berada di PULAPOL ini berbagai bagai yang telah ku terima terutama perubahan diri ,disiplin diri dan sikap serta tanggungjawab terhadap semua.


        Setelah genap tiga bulan aku di PULAPOL KL maka tamatlah tempoh latihan ku disini namun segalanya tak berakhir disini ,aku terpaksa menyambung tiga bulan lagi latihan di SLPPH Ulu Kita,Perak. Jika di PULAPOL KL aku dididik dengan asas asas kepolisan dan di SLPPH ni pula aku mula diajar asas asas peperangan dihutan ...latihan didisini lagi mencabar rupanya,dimana selain dari kita dituntut mempunyai ketahanan fizikal kita juga dituntut dengan ketahanan mental,tak kering peluh dibadan rupanya.

Mara Lasak 48 km ( gambar ikhsan )

           Dalam bulan Februari 1982 Aku telah ditempatkan di Batalion ke 7 PPH Tampin, Negeri Sembilan setelah menamatkan enam bulan tempoh latihan kepolisan di dua lokasi Pusat latihan,bermula dari saat inilah aku telah bergelar seorang anggota Polis yang sebenarnya dan aku diserapkan ke dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).
Dipertengahan tahun 1982  aku mula menjalani operasi dihutan yang pertama untuk diriku iaitu “ OP Hentam Galas “ dikawasan Gua Musang ,Kelantan.Inilah operasi pertama ku dan ini lah operasi yang menguji apa yang telah aku pelajari di pusat latihan sebelum ni.Ternyata aku perlu belajar terlalu banyak lagi dari senior senior ku,terutama mengenali selok belok dihutan dan sebagainya.ternyata merek banyak membantu dan mengajar aku seorang yang dikirakan baru mengenali alam pekerjaan ini jika dibandingkan dengan mereka.Banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolihi dari mereka.
Pada bulan March 1983 aku ditelah dipindahkan dari Bn Ke 7 PPH Tampin ke Bn ke 7 PPH Jalan Pekeliling Kuala Lumpur kerana camp tersebut telah diambil alih untuk dijadikan Pusat Serenti.
Dipertengahan tahun 1983 sekali lagi aku diarahkan untuk turut serta dalam operasi dihutan.Kali ni aku menjalani operasi dikawasan hutan Wias ,Gua Musang ,Kelantan yang mana operasi ini dinamakan “ Ops Bamboo” operasi ini mengambil masa selama tiga bulan,bermakna selama tiga bulanlah aku terpaksa menghuni hutan belentara yang mana terpisah jauh dari masyarakat sekeliling.kami ditempatkan disini seramai 15 orang jadi mereka mereka itulah saudara dan rakan - rakan ku .Pada mula nya aku tak dapat membayangkan bagaimana untuk hidup dibelentara sepi yang serba serbinya tak ada sebagaimana yg mampu kita kecapi diluar sana. Hari demi hari aku harungi kepayahan ini demi untuk diriku dan negara,Disinilah aku mula terfikir betapa beruntungnya orang orang diluar sana yang tidur nyenyak diulit mimpi sedangkan aku seolah olah tidur dalam jaga,sentiasa berwaspada senjata sentiasa melekap didada.DAN aku juga terfikir adakah orang orang diluar sana pernah memikir dan menghargai pengorbanan kami ini.
Pada penghujung 1984 sekali lagi aku dihantar dan menyertai operasi dihutan,operasi kali ini agak lebih mencabar dan kali ini aku ditempatkan disempadan Malaysia / Thai dan operasi ini diberi nama “ Ops Topo “ yang mana pengkhususan tugas untuk mengawal dan mengiringi orang orang dari Jabatan Ukur /Topography menyukat persempadanan negara dari ancaman pengganas kominis . Setiap hari aku dan rakan- rakan akan mengiringgi pekerja pekerja dari Jabatan Topograpy ini menjalankan tugas.Untuk operasi kali ini selain dari terdedah dari ancaman pengganas kominis kami juga terdedah kepada ancaman jerangkap samar” Booby Trap “ yang mana ianya ditanam disepanjang laluan kami,inilah musuh yang tanpa kita lihat dan hidu kelibat nya...tiba - tiba meletup dan membawa maut,aku juga sering menyaksikan kesan dan tindakan dari booby trap ini. Bila berada dibelentara sebegini kepayahanlah yang harus ada menemani kita,tapi dengan berbekalkan ilmu yg dipelajari dan semangat yang ditiupkan aku ketepikan semua kepayahan itu walaupun hakikatnya tetap payah. 
 Operasi terahir yang aku sertai didalam PPH ini adalah “ Ops Paksi Tuah” dikawasan Kuala Kubu Baharu iaitu disekitar tahun 1987. Banyak lagi operasi – operasi dihutan yang aku sertai disepanjang perkhidmatan aku di dalam Pasukan Polis Hutan ini yang tidak aku senaraikan disini.


                                   Barrek Bujang Bn 7 PPH Tampin


                                            Ops Pagar  1987


                                               OP Bamboo Gob Ulu Kelantan 
          
                                        Op Topo 1984

                                    Hari ke 90 Op Bamboo Wias Ulu Kelantan 1983

                                             Sampai di lokasi Operasi
            
      Pada 30.11.1989 merupakan hari terakhir aku berkhidmat di dalam Pasukan Polis Hutan setelah hampir 10 tahun aku menganggotainya .Terlaliu banyak kenangan pahit manis,susah dan senang yang telah aku lalui semasa bersamanya dan pada 01.12.1989 aku telah bertukar ke Cawangan baru sehingga kini iaitu Pasukan Polis Marin. Formasi pertama didalam cawangan ini aku ditugaskan di PPM Wilayah Selatan ,Tampoi,Johor .
Sekali lagi aku terpaksa menghuni pusat latihan.Jika dua pusat latihan sebelum ini aku diberikan latihan asas kepolisan dan peperangan di hutan kini aku menerokai bidang baru berkaitan ILMU KELAUTAN dan menjadi seorang pelaut. Pelbagai ilmu berkaitan navigasi aku timba disini untuk menjadikan aku seorang pelaut yang cekap.
     Tamat latihan di Sekolah Latihan Marin ni aku ditempatkan dikapalronda kelas PZ sebagai jurumudi ,selama 15 tahun aku ditugaskan dikapalronda kelas ni dan tugas terakhir aku dikapalronda ni sebagai Ketua Penanda Radar ( Radar         Plotter )sebelum kapal ni diserahkan kepada APMM .

MY LADY PAPA ZULU 11

Pada pertengahan tahun 1996 aku telah ditukarkan dari PPM Cawangan Selatan Tampoi ( PPM Wilayah Dua ) ke PPM Cawangan Timur Kemaman,Terengganu ( PPM Wilayah Tiga ),perpindahan ini melibatkan sekali Kapalronda PZ 11 . Sepanjang 18 tahun aku berkhidmat didalam Pasukan Polis Marin ini khususnya di kapalronda PZ 11 terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku tempohi dan lalui hingga sesuatu kenangan itu mampu menitiskan air mata ,menguji keimanan dan kesabaran.Rasanya bersama kapal PZ inilah aku telah mengenali seluruh pelusuk lautan dan pulau pulau di Malaysia ni termasuk di Sabah dan Serawak. Bersama Kapal PZ ini juga lah aku sering disajikan mabuk yang tak perlu dibayar.Akhirnya Ombak dan lautan jadi mainan dan kawan ..sesekali badai menganas teruji juga rasanya ,bayangkan berada beratus batu nautika ditengah lautan mengharungi badai yang mengila ,Tapi demi negara dan mencari sesuap rezeki yang halal aku dan kawan kawan gagahi juga melawan ombak yang mengila.
Terlalu banyak ilmu yang aku perolihi ketika bertugas di PPM ini yang mana segala ilmu ilmu nya mampu aku bawa sebagai bekalan andainya aku masih mahu meneruskan pekerjaan dibidang kelautan ini apabila aku bersara dari PDRM ini.

                                        Camar Yang Hilang

                                            Water Cat

                                                                    water cat



                                                                   Tugas SAR 

           Kini aku telah hampir sampai ke penghujung era perkhidmatanku ,akan aku panjangkan segala ilmu ilmu  yang aku ada kepada generasi - generasi pelapis ku...kerana merekalah yang akan mewarisi apa yang aku miliki dihari ini.
Apa yang aku coretkan ini hanya sekadar catatan ringkas perjalanan kehidupanku bersama PDRM...In Syaa Allah akan ku ceritakan segala pahit maung ,susah dan senang akan segala yang telah aku tempuhi dan lalui .
Hari hari yang telah aku lalui telah terlalu banyak mengajar aku tentang KEHIDUPAN,tentang KAWAN KAWAN dan tentang persekitaran. Kita seharus melalui kehidupan ni dengan pelbagai warna dan corak barulah kita mampu menilai  ERTI KEHIDUPAN yang sebenar. Kepayahan sebenarnya banyak memberi kita mengenali hidup ini.


                                Hidup mesti disulamkan dengan Disiplin

Sabtu, 2 Ogos 2014

Terima Kasih Atas Segalanya

    

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan  KITA  yang ke 25 tahun.



   Tanggal 02 August 1989 merupakan tarikh keramat untuk ikatan kita berdua dimana ditarikh itulah kita sah menjadi pasangan suami isteri. Dihari ini tanggal 2 August  genap 25 tahun ikatan itu terjalin sekukuh kukuhnya ....
Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim Ku ucap syukurku pada-Mu Ya Allah.. yang tiada henti-hentinya Kau berikan aku Kurnia yang begitu besar dalam kehidupan ku .Aku juga berterima kasih pada mu Ya Allah atas segala nya. Atas segala kurnia-Mu juga Ya Allah ,telah Kau jadikan aku seorang lelaki dan suami yang paling bahagia di dunia ini, Mempunyai isteri yang baik, penyabar dan menyanyangi keluarga. Aku juga beruntung telah dikuruniakan anak anak yang  baik, mempunyai kebeningan hati yang tinggi, selalu membanggakan dan tak pernah menggusarkan.



 Isteriku.... Telah kita lalui saat saat  suka dan duka bersama sebagai pasangan suami isteri, yang saling melengkapi, saling menggenapi. Kita tersenyum bersama, menangis bersama dan menjalani perjalanan kehidupan kita yang penuh dengan warna warni bersama sama. Indah, lucu, pahit,getir dan juga mengesankan. Terlalu pantasnya waktu berlalu..... Pelbagai yang telah kita lalui dan begitu banyak ukiran cerita cerita indah, cerita duka ,semua telah kita harungi bersama dalam kehidupan kita selama 26 tahun ini. Dan kita juga banyak berusaha untuk saling mengisi dan melengkapi, kita juga saling belajar & menghargai. Terima kasih isteriku....

 Isteriku..... terima kasih juga selama bertahun tahun kita bersama, tidak pernah terdengar keluh kesah yang dilontarkan,biarpun kita pernah mengharungi saat sat sukar dalam kehidupan ini sebelum kita mengecapi apa yang kita miliki dihari ini,terima kasih jua kerana begitu sabar dalam mengharungi tiap langkah kehidupan kita itu walaupun kekadang kita rasakan ianya begitu mencabar....Isteriku...terima kasih tak terhingga kerana menjadi seorang ibu yang penyanyang terhadap anak anak dan zuriat kita walaupun berbagai kerenah yang mereka timbulkan...Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dan belaian kasih sayang dari seorang ibu yang penyanyang, anak anak kita membesar dalam kehidupan yang sempurna dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kita...Aku amat menghargai segala gala pengorbanan yang telah dicurakhan terhadap kehidupan kita bersama dan membina keluarga seperti yang kita miliki dihari ini.... Terima kasih tak terhingga ISTERI KU. Yakinlah bahwa aku hanya akan mencintaimu kerana Allah.

Anak Sulung ku

                                                                    Anak Keduaku


    Si bongsuku

Jalan yang panjang dan mungkin berliku terbentang luas menanti kita dihadapan...TAPI percaya dan yakinlah kita akan lalui semua itu dengan penuh keyakinan, kesabaran dan tawakal. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam menenpuh perjalanan itu dan menjadikan keluarga kita ini yang penuh dengan Mawaddah...InsyaAllah.

            Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kepada kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga yang berkekalan,hiasilah kehidupan kami sekeluarga dengan perasaan kasih sayang yang berpanjangan dan janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan itu.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit di hati kami.

Ya Allah perkenanlah doaku, tunjukkan kepadaku jalan yang baik  untuk aku membimbing isteriku, anak -anakku  dan keluargaku hingga ajalku dijempu nanti.. aku akan terus membimbing isteriku untuk menjadi isteri  yang sholeha, menjadi seorang ibu yang baik bagi anak-anakku,aku juga memohon padamu Ya Allah agar ikatan ini akan berkekalan hingga ke Jannah.



Keluargaku

             Andainya terjadi sesuatu yang bukan kita pinta...ini adalah kecurangan dan kealpaan ku sendiri terhadap kejujuranmu dan keluarga kita,aku tidak akan menyalahkan orang lain atau dirimu isteriku....NAMUN percayalah tidak akan ada setitikpun air mata yang akan ditumpahkan diatas segala tindakan ku dan perilakuku kerana Aku amat menyanyangi keluargaku dan amat menghargai tiap pengorbananmu sebagai ISTERIKU, akan ku kenang selagi ada hayatku......Terima Kasih Isteriku.







Selamat Ulang Tahun Perkahwinan dan Pernikahan KITA  yang ke 25 tahun. Aku Amat Menyanyangi dan Menghargai seluruh anggota keluargaku.


Jumaat, 4 Julai 2014

AKU AKAN KEMBALI

As Salam....dan Salam Ramadhan ....Lama juga aku menyepi meninggalkan rumah ini tanpa penghuni...... Tinta dipenaku pun dah kian membeku mungkin juga sebeku otakku.... Hari ini aku aklan kembali menjengah rumah yang telah ku tinggalkan.....AKU AKAN KEMBALI..