Tanggal 02 August 1989 merupakan tarikh keramat untuk ikatan kita berdua dimana ditarikh itulah kita sah menjadi pasangan suami isteri. Dihari ini tanggal
2 August genap 25 tahun
ikatan itu terjalin sekukuh kukuhnya ....
Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim Ku ucap syukurku pada-Mu Ya Allah.. yang tiada henti-hentinya Kau berikan aku Kurnia yang begitu besar dalam kehidupan ku .Aku juga berterima kasih pada mu Ya Allah atas segala nya. Atas segala kurnia-Mu juga Ya Allah ,telah Kau jadikan aku seorang lelaki dan suami yang paling bahagia di dunia ini, Mempunyai isteri yang baik, penyabar dan menyanyangi keluarga. Aku juga beruntung telah dikuruniakan anak anak yang baik, mempunyai kebeningan hati yang tinggi, selalu membanggakan dan tak pernah menggusarkan.

Isteriku....
Telah kita lalui saat saat suka dan duka
bersama sebagai pasangan suami isteri, yang saling melengkapi, saling
menggenapi. Kita tersenyum bersama, menangis bersama dan menjalani perjalanan
kehidupan kita yang penuh dengan warna warni bersama sama. Indah, lucu, pahit,getir
dan juga mengesankan. Terlalu pantasnya waktu berlalu.....
Pelbagai yang telah kita lalui dan begitu banyak ukiran cerita cerita indah, cerita
duka ,semua telah kita harungi bersama dalam kehidupan kita selama 26 tahun ini.
Dan kita juga banyak berusaha untuk saling mengisi dan melengkapi, kita juga saling
belajar & menghargai. Terima kasih isteriku....
Isteriku..... terima kasih juga selama bertahun tahun kita bersama, tidak pernah terdengar keluh kesah yang dilontarkan,biarpun kita pernah mengharungi saat sat sukar dalam kehidupan ini sebelum kita mengecapi apa yang kita miliki dihari ini,terima kasih jua kerana begitu sabar dalam mengharungi tiap langkah kehidupan kita itu walaupun kekadang kita rasakan ianya begitu mencabar....Isteriku...terima kasih tak terhingga kerana menjadi seorang ibu yang penyanyang terhadap anak anak dan zuriat kita walaupun berbagai kerenah yang mereka timbulkan...Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dan belaian kasih sayang dari seorang ibu yang penyanyang, anak anak kita membesar dalam kehidupan yang sempurna dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kita...Aku amat menghargai segala gala pengorbanan yang telah dicurakhan terhadap kehidupan kita bersama dan membina keluarga seperti yang kita miliki dihari ini.... Terima kasih tak terhingga ISTERI KU. Yakinlah bahwa aku hanya akan mencintaimu kerana Allah.

Jalan
yang panjang dan mungkin berliku terbentang luas menanti kita dihadapan...TAPI
percaya dan yakinlah kita akan lalui semua itu dengan penuh keyakinan,
kesabaran dan tawakal. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam menenpuh
perjalanan itu dan menjadikan keluarga kita ini yang penuh dengan Mawaddah...InsyaAllah.
Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah kami ini
pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kepada kami
keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga yang
berkekalan,hiasilah kehidupan kami sekeluarga dengan perasaan kasih sayang yang
berpanjangan dan janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan
itu.
Ya
Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang
Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit di hati kami.
Ya
Allah perkenanlah doaku, tunjukkan kepadaku jalan yang baik untuk aku
membimbing isteriku, anak -anakku dan
keluargaku hingga ajalku dijempu nanti.. aku akan terus membimbing isteriku
untuk menjadi isteri yang sholeha,
menjadi seorang ibu yang baik bagi anak-anakku,aku juga memohon padamu Ya Allah
agar ikatan ini akan berkekalan hingga ke Jannah.
Andainya
terjadi sesuatu yang bukan kita pinta...ini adalah kecurangan dan kealpaan
ku sendiri terhadap kejujuranmu dan keluarga kita,aku tidak akan menyalahkan orang lain atau dirimu isteriku....NAMUN percayalah tidak akan ada
setitikpun air mata yang akan ditumpahkan diatas segala tindakan ku dan
perilakuku kerana Aku amat menyanyangi keluargaku dan amat menghargai tiap
pengorbananmu sebagai ISTERIKU, akan ku kenang selagi ada hayatku......Terima Kasih Isteriku.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan dan Pernikahan KITA yang ke 25 tahun. Aku Amat Menyanyangi dan Menghargai seluruh anggota keluargaku.
Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidil Fitri..dan Selamat Ulang Tahun..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
BalasPadamASSALAM DIK..Selamat ulang tahun perkahwinan...tahniah..bukan senang nk melestarikan kbhgian sekian lama jikalau tiada sikap tolak ansur n saling memahami ...semoga kehidupan adik sekeluarga diberkati dilindungi kekal bersama...
BalasPadamWaalaikumussalam kak Nohas...selamat hari raya juga dari saya...Terima kasih ...InsyaAllah moga Allah restui segalanya...tq
BalasPadamWaalaikumussalam kak Paridah..InsyaAllah moga moga ianya terus berkekalan hingga ke Jannah...terima kasih kak
BalasPadamSelamat ulang tahun..Alhamdulillah..jagalah ia sebaik-baiknya =)
BalasPadamTerima kasih Kak Nah.....InsyaAllah akan dijaga ikatan ini sebaik mungkin....
PadamTq
Assalamualaikum Tuan...saya mej fuad dr Tentera Darat Malaysia...boleh saya temubual tuan hal pengalaman semasa Op Paksi Tuah di Kuala Kubu Baru 1980s...tq Sir. Mej Fuad 0197747900
BalasPadamAssalamualaikum Tuan...saya mej fuad dr Tentera Darat Malaysia...boleh saya temubual tuan hal pengalaman semasa Op Paksi Tuah di Kuala Kubu Baru 1980s...tq Sir. Mej Fuad 0197747900
BalasPadam