KENANGAN...
|
Rakan-rakan sepelatihku |
Dalam lewat
usia sebegini fikiran mula menerjah keangka 35 tahun yang lalu dimana ketika
itu sebilangan besar antara kami yang rata ratanya masih remaja belasan
tahun tapi kami telah mula bersedia untuk mengalas tanggungjawab untuk negara ,
Tanggal 09.08.1981 berkumpul nya orang anak anak muda ini dari
pelusuk ceruk dan kampong yang jumlah hampir mencecah angka ribu dibawah satu
bumbung PULAPOL ( Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur ) dan bermula dari tarikh
ini lah anak anak muda ini yang bergelar squad 7/81 memulakan kerjaya mereka
sebagai seorang pelatih dan anggota Polis Diraja Malaysia. Bermula dari tarikh
itulah cara dan corak kehidupan anak anak muda ini ( kami ) telah ditukar
dari seorang awam yang tak tahu apa apa dengan disiplin mula diterapkan dengan
disiplin hidup yang kami rasakan ketika itu begitu ketat sekali.Pada mulanya
terasa begitu janggal dengan corak kehidupan baru ini tapi lama kelamaan kami
telah mula dapat menerapkan segala itu kedalam jiwa dan sanubari kami.
Rakan-rakanku |
Tiga
bulan di PULAPOL telah kami lalui dengan jayanya, walaupun terasa begitu perit
sekali, namun ianya bukanlah sesuatu halangan yang membebankan kami.
Berakhirnya episod disini bukan bermakna berakhirnya era latihan kami, Oleh
kerana kami semua diserapkan kedalam Pasukan Polis Hutan ( PPH ) kami terpaksa
menyambong fasa kedua latihan kami di SLPPH Ulu Kinta Perak,selama tiga bulan
lagi. Pada tanggal 15 November 1981 Kami semua bergerak dari
PULAPOL KL ke destanisi latihan baru kami di SLPPH di Ulu Kinta,Perak
dengan menaiki keretapi. Setibanya kami di stesyen keretapi Tg.Rambutan
kelihatan deretan lori lori dan jurulatih jurulatih baru telah sedia menanti
ketibaan kami, setelah memunggah barang barang kami kedalam lori, kami dirahkan
turun dari lori-lori itu dan sangkaan kami jauh meleset ,rupa nya deretan
kenderaan itu hanya ditugaskan semata-mata membawa barang - barang sahaja
dan kami diarahkan berjalan kaki dari Stesyen keretapi Tanjung rambutan ke
Pusat Latihan PPH Ulu Kinta . Bermula dari saat itu difikiran telah terbayang
latihan yang lebih berat dan tegas akan menanti dan akan kami lalui disini.
Setelah
genap sebulan setengah kami disini ( Bidung,Kedah ) tibalah saat dan
ketika nya untuk kami berpisah dengan kawan kawan yang selama ini sama sama
bermandi peluh dan keringat selama enam bulan lamanya, kami akan ditempatkan di
formasi – formasi yang telah diatur dan ditetapkan, Tempoh enam bulan
bukan lah satu tempoh yang terlalu singkat tetapi dihari ini kita semua merasakan
ianya begitu cepat dan pantas, seakan tak terasa kita semua akan berpisah,
Berpisah meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis ,walau apa sekalipun kita
semua akan tetap mengenang cerita cerita indah,cerita cerita pahit yang kita
lalui disini.
Pada 20 February 1982 genap sebulan setengah kami disini ( Bidung,Kedah ) maka tamatlah era kami sebagai seorang rekrut dan bermakna kami telah menghabiskan 6 bulan tempoh latihan, kini tibalah saat dan
ketika nya untuk kami berpisah dengan kawan kawan yang selama ini sama sama
bermandi peluh dan keringat selama enam bulan lamanya, kami akan ditempatkan di
formasi – formasi yang telah diatur dan ditetapkan, Tempoh enam bulan
bukan lah satu tempoh yang terlalu singkat tetapi dihari ini kita semua
merasakan ianya begitu cepat dan pantas, seakan tak terasa kita semua akan
berpisah, Berpisah meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis ,walau apa
sekalipun kita semua akan tetap mengenang cerita cerita indah,cerita cerita
pahit yang kita lalui disini.
Kini...
35
tahun kami terpisah oleh kekangan masa dan tugas yang mana dalam tempoh 35
tahun itu jugalah ramai diantara kami lansung tidak pernah bersua muka sejak
meninggalkan alam rekrut dulu, ada diantara kami yang telah terlebih dahulu
dijemput Ilahai..Al Fatihah untuk mereka ada juga diantara kami yang telah
terlebih awal meninggalkan Alam Kepolisian ini dan mencari dan mendapatkan pekerjaan
lain ,ada juga diantara kami yang kini terlantar sakit dan tak kurang juga
diantara kami yang telah bersara lebih awal . Jika disatu ketika dulu
kami membayangkan bahawa kami mungkin tidak berpeluang lagi untuk bertemu
sahabat-sahabat lama yang sama sama memerah peluh dipadang kawad tapi dengan
kecanggihan tenologi perhubungan masa kini apa yang kami sangkakan itu meleset
sama sekali . Kami seakan tidak percaya bahawa kami berjaya menemukan dan
mengumpulkan kembali sahabat-sahabat yang terpisah sekian lama . 35 tahun
bukanlah satu tempoh yang singkat .
sebahagian dari rakan rakan ku |
wajah terkini mereka |
Pada tanggal 14
dan 15 Mei 2016 Kemunting Beach Resort,Pkln Balak Melaka telah menjadi saksi
dan merialisasikan pertemuan kami ,meskipun hanya sebahagian dari kami yang
hadir dan berkampong selama 2 hari disitu untuk pertemuan itu namun
terasa begitu meriah sekali.Pada sebahagian besar dari kami inilah pertemuan
pertama kami sejak berpisah 35 tahun yang lalu tak mampu nak digambarkan
bagaimanakah perasaan kami ketika itu, begitu teruja sekali. Ada antara kami
yang sudah tidak dapat lagi mengecam wajah wajah sahabat lama itu,raut wajah
dan susuk tubuh sesaorang memang telah jauh berubah dari apa yang pernah
dilihat 35 tahun yang lalu. Kami manafaatkan pertemuan singkat itu dengan
pelbagai aktiviti dan kaum keluarga kami juga tidak melepaskan peluang untuk
berkenal mesra .
Indahnya pertemuan |
Bersama Keluarga |
Tu big boss |
Sesekali mengulangi nostalgia silam |
bersama isteri dan kawan kawan |
Mereka juga sebahagian dari kami |
Inilah sebahagian dari KAMI yang terkini |
Sahabat....
Kita
pernah bersumpah dan berjanji..
Padang
yang gersang menjadi saksi..
Tekat
dan niat di tanam kehati..
Suatu
matlamat kita menterai...
Sahabat..
Putihnya
kulit kita menjadi legam..
Diterik
nya mentari kita berteduh...
Jiwa
kita menjadi perit
Badan
kita merintIh lelah..
Namun
dikala itu...
Kita
simpan jerit dan perit itu..
Kita
telan lelah yang diperah..
Kita
biarkan jiwa berhempas lelah..
Sebagai
saksi menuntut wadah..
Sahabat..
Kita
tanam tekad dihati..
Perit
itu hanya perasa
Jerih
ubat penambah rencah..
Letih
hanya penguat tekad..
Lelah
dijadi ubat mujarab...
Saat
sukar dah berlalu pergi...
Kini
seakan mampu bersandar..
Lupakanlah
jerih yang lalu...
Nilai
sebuah persahabatan sangat mulia dan hebat. Persahabatan kerana Allah akan
menjamin naungan ilahi di padang mahsyar . Semoga
Allah sentiasa memelihara tali persahabatan kami semua sampai bila-bila.Saat
kita tertawa bersama semua terasa sangat indah, Saat kita menangis bersama
semua terasa seakan mudah.Apa yang kita alami dan lalui kerana persahabatan
kadang-kadang amat melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat
PERSAHABATAN mempunyai nilai yang indah.