Ku
renong sejenak terbitnya mentari semalam… dengan penuh tekun aku memerhatikan
tiap gerak mentari itu takkala mula muncul diufuk Timur hingga menegak diatas
kepala….begitu terik dan penuh berbahang… kini Sang Mentari mula beransur
bergerak ke barat .sedikit semi sedikit sinarnya kian pudar hingga kian beransur hilang ditelan ufuk senja…..
namun mentari pasti akan muncul lagi dikeesokannya …tapi bagaimana kah kita ?..
andainya kita hilang dimamah usia pasti kita tak akan muncul lagi sebagaimana
mentari itu…… Alhamdulillah dipagi tanggal 15
March aku masih diberi denyutan nadi, masih diberi peluang oleh Allah untuk
melihat terbitnya mentari pagi ,masih diberi peluang menikmati dinginnya
suasana pagi….terima kasih Ya Allah kerana masih panjangkan usia ku…..aku
bersyukur padamu….. Kini bertambah setahun lagi usia ku bermakna kian berkurang
usiaku untuk terus menghuni dunia ini…..
Alhamdulillah terima
kasih Ya ALLAH kerana sudi meminjamkan setahun lagi usiaku….Syukur …. dalam saat
dan waktu ini aku masih sihat mampu menghirup udara yang nyaman, masih diberi
kesenangan fizikal dan mental masih diberi kesenangan duniawi dan keluarga yang
sempurna …amin….amin…amin …Ya Allah….. Semoga ALLAH sentiasa memberi aku petunjuk dan
hidayah dan semoga aku sentiasa berusaha memperbaiki diri ini dalam
mengharunggi hari hari yang mendatang seandainya Engkau terus panjangkan usia
ku…
Allahhuakhbar ....terima kasih Ya
Allah kerana memberiku kegembiraan,nikmat dan kehidupan yang indah.Walau kadang-kadang
aku terlupa denganmu ,aku lalai dan alpa
dengan tanggungjawabku terhadap Mu,aku sering mengabaikan suruhanmu…Namun Kau ya
Allah tetap memberiku peluang,kenikmatan hidup yang mungkin tiada tolok
bandingnya.Ya Allah …aku juga memohon padamu kau panjangkan lah usia isteriku,anak-anakku,kaum
keluargaku dan sahabat sahabatku….Lindungilah dan berilah kami rezeki yang
halal.Dan berkatilah kehidupan kami dimasa akan datang dan tetapkan lah iman
kami Ya Allah…… Terima kasih Ya Allah kerana kau masih panjangkan usiaku dan
terima kasih kerana kau masih beri ku peluang untuk aku mencari apa yang sebenarnya harus ku cari ..kau masih berikan ku peluang
untuk melihat betapa indahnya dunia ciptaanmu.Ampuni khilaf ,dosa dan salahku
sepanjang hayatku ini…..
Kini telah melewati angka setengah abad aku
menghuni duniamu Ya Allah … mungkin masih dan terlalu banyak amalan dan suruhanmu yang
kadang kalanya ku abaikan lantaran kehidupan yg terkadang mengasyikkan .. aku
masih gagal menjadi hambaMU yang sebenar benarnya Ya Allah ..KINI aku akan berusha mencari redha2 Mu yaAllah ..
maafkanlah hambamu ini Ya ALLAH ..maafkanlah hambaMu ini yg cuma menumpang
kasih syg dari Mu maha penciptaku ..
Terima Kasih Ya Allah…..kerana terus beri ku
peluang dan kesempatan untuk mencari Redha redhaMu…
SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN DIK...LALUI SISA HIDUPMU DGN NIKMAT...MENAFAATI SETIAP SETIAP REZEKI KARUNIANYA DENGAN SYUKUR DAN MELANGKAH TERUS SELAGI BERNAFAS DENGAN YAKIN MENUJU MATLAMAT PASTI...DOA KAK HIDUPMU SEKELUARGA BERKAT SENTIASA...KESIHATAN DIRI TERPELIHARA, PANJANG UMUR N REZEKINYA MELIMPAH RUAH MENJADI BEKAL HINGGA AKHIRAT KELAK...
BalasPadamTerima kasih kak....InsyaAllah akan diterjemahkan sisa sisa kehidupan ini kelandasan yg diredai Allah... mungkin sebelum ini ada juga yg tergelincir...
BalasPadam