Kadang-kadang tersasar jua tujuan kita
Bertanyalah apa yang dicari
Apakah kita terpaksa ... atau..
Apakah kita mengikut rasa
Cuba tanya jiwa kita
Apakah kita rela ...
Tapi yakinkah kita disatu ketika
Ujian akan datang dalam tawa...
Ujian akan datang dalam tawa...
Datang dalam riak muka yang ceria
Namun ianya tetap membawa seribu duka
Aku mampu yakin dan sedar
Akan kehadiran manusia-manusia lain yang menyayangi aku
Aku mampu yakin dan sedar
Akan kehadiran manusia-manusia lain yang menyayangi aku
Namun aku tak mampu untuk terus yakin berdiri
disitu
Berdiri mempertahankan keyakinan itu
Kerana gelombang pasti datang
Walaupun kita bersembunyi disebalik bebatuan
Gelombang bukan lagi menghempas tapi seakan menghiris
Gelombang bukan lagi menghempas tapi seakan menghiris
Menghiris sinis dalam senyum yang manis
Kadang-kadang langkah kaki ini terasa patah
Bukan kerana halangan di hadapan
Tetapi kerana patahnya juga sebuah keyakinan
Kadang-kadang langkah kaki ini terasa patah
Bukan kerana halangan di hadapan
Tetapi kerana patahnya juga sebuah keyakinan
Lantas meninggalkan bekas dan kesan
Yang tak mampu untuk ku rawat
Yang PASTI
AKU YANG BERSALAH
Bersalah membenarkan ini bermula dulu