Kekadang bila aku bersendirian,kenangan lama
datang mengamit ,Aku rindu masa-masa kecilku dulu. Masa-masa yang telah lama aku tinggalkan
jauh dibelakang . Masa kecil yang penuh menyimpan seribu kenangan, mengembirakan,
memeritkan ,namun segala keperitan kepayahan adalah kebiasaan bagi anak anak
kampong seperti ku. Ohhh...betapa besar anugerah Allah, anugerah pengalaman
hidup yang begitu mengesankan itu..... pengalaman hidup yang mungkin tak dapat
dikecapi oleh anak anak yg dilahir dan membesar di kota...Anak kampong.. dalam
keperitan tersimpan seribu kenangan yg indah bagi kita....
Kehidupan ku
sebagai budak kampong sering bersatu dengan alam, dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Meski pun dikala terik panas matahari, aku tak peduli. aku adalah sahabat matahari ,dibawah
teriknya lah aku berjemur tak ada yang perlu di takuti.dikala hujan mencurah
aku tak kenal erti takut,kedinginan, kekadang itulah saat yang aku nanti
nantikan ..Jadi tiap kejadian alam akan ku raih keindahan yg terbit darinya.
Sebagai anak
kampung, waktu kecilku selalu dihabiskan untuk bermain tak kiralah sama ada
disungai,disawah atau dimana sahaja...kami tak pernah mengenal erti takut dan
geli... sungai yg terbentang luas kekadang seperti kolam renang saja kami
andaikan,pokok pokok yang berjuntai disungai disitulah dahannya untuk kami
terjun keair... becak disawah bukan asing bagi kami, ikan ikan dibendang juga
seolah olah telah mengenali kami.. Tak kala musim menuai dan membajak
sawah..kami juga tak kurang sebok dengan aktivitinya..ada yg menolong emak/ayah
membanting padi atau membajak sawah dan tak kurang juga yang meredah paya dan
selut dibendang menangkap ikan... kalau kulit badan tak usah nak diceritakan
lah... mengalahkan badan dan kulit kerbau penoh bersalut lumpur...
Diera ku kecil kecil dulu amat
jarang sekali untuk jumpa budak budak seusiaku atau yang lebih dewasa sikit
menonggang motorsikal seperti budak budak sekarang ni,aku sendiripun setelah
meninggalkan kampong baru memiliki sebuah motorsikal,rata rata orang orang
dikampongku hanya memiliki basikal..yang paling top BASIKAL TUA..aku sendiri
pun belajar menaiki basikal dengan basikal tua inilah... kekadang aku terpaksa
menunggu ayah ku balik dari menoreh getah baru lah dapat menggunakan basikal tu
kerana kami hanya punya basikal tu sebuah saja.
Paling seronok apabila tinggal
dikampong dulu apabila menjelangnya bulan ramadan...menjelang waktu petang
kemeriahan bulan ramadhan ni amat terasa sekali,selepas waktu berbuka inilah
saat yang paling kami tunggu tunggu berbagai aktiviti kami buat,saat paling
indah dimalam 27 likur...habis satu kampong kami rayau dan bermacam macam yg
kami buat...kalau sesiap yg berasal dari kampong pasti dapat bayangkan apa yg
saya maksudkan.
Satu lagi keseronokan yg tak dapat
aku lupakan ,apabila sesuatu kenduri yang akan diadakan dikampong tak kiralah
samaada kenduri kahwin ataupun bersunat sama saja meriahnya.kira kira dua
minggu sebelum kenduri kamai budak budak lelaki bergotong royong mencari kayu
api untuk digunakan pada hari kenduri tersebut,manakala orang orang dewasa
sebok mendirikan balai dan membuat kerja kerja yang sepatutnya.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat
aku kenangkan keseronokan menjadi “ BUDAK KAMPONG “ yang mana keseronokan ini
tak dapat dirasakan oleh anak anak bandar dan pengalaman ini memang begitu
mahal bagi ku dan sememangnya pengalaman ini tak dapat dibeli dimana mana
pasaraya pun. Sebenarnya terlalu banyak kenangan andainya ingin dipaparkan ,Aku bangga menjadi anak kampong dan dibesarkan disuasana
kampong.
Entry yg sangat menarik...mengimbau nostalgia zaman kecil...hidup sederhana namun amat berbahagia melaluinya..zaman itu walau hidup sukar tapi kesukarannya xterasa sangat...
BalasPadamYa kak...keksadang diusia itu kita tak pernah kenal apa itu susah...apa itu takut...kesukaran dan kesusahan juga sering menjadi anak anak kampong seperti saya kuat dan tabah
BalasPadam