Tahun 2014 Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk
melabuhkan tirainya . penganut Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur, masih
dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan untuk menempuh dan mengharungi 2015
yang bakal menjelma tak beberapa hari
saja lagi. Disetiap kali berakhirnya sesuatu tahun itu kita sering membicarakan
soal AZAM , SASARAN dan IMPIAN, semuanya
pasti menjadi pegangan kita sebagai manusia yang berfikiran waras dalam
memenuhi kehendak dan keinginan nafsu kita. TETAPI adakah semuanya tercapai ?
Bagaimana dengan apa yang kita Azamkan,sasarkan dan impikan ditahun tahun yang
berlalu dan tahun yang akan kita tinggalkan ini...Apakah ianya telah berjaya
kita dakapi ,penuhi dan miliki ? Berjaya atau tidak kita tetap akan memperbaharui
azam itu dan sering juga AZAM itu Cuma tinggal azam semata.
Azam bukanlah perkataan keramat
yang perlu disebut setiap kali tahun baharu menjelang. Malah ada di antara kita
yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan datang, Saat ini, pasti ramai diantara
kita yang sudah mula mempunyai dan merancang untuk Azam ditahun baru 2015, dengan
semangat yang baru dan bermacam-macam
yang baharu. Sebelum itu, ayuh kita lihat sejenak 'sejarah' kita yang lalu, Azam kita ditahun
tahun yang lalu dan ditahun ni dan
ditahun 2014 ini...apakah ianya telah kita laksanakan dan sejauh mana telah
kita laksanakan? Andainya telah terlaksana, sejauh mana ia berkesan dalam
hidup kita? Apa perubahan yang telah berlaku? Adakah lebih baik atau lebih
buruk? Kalau ada yang masih kurang, ayuh sempurnakannya pada tahun baru 2015
yang bakal menjelma ini.
Secara umumnya, azam baharu merupakan suatu perubahan. Walaupun kita tak menjanjikan
berlakunya perubahan, tetapi dengan perkataan itu sendiri, bakal terbit nilai
perubahan atau ingin berubah dari suatu sifat ke sifat lain.
Adakah
azam tahun 2014 kita yang pernah kita
laungkan dipenghujung 2013 dulu telah tercapai ? atau apakah ianya perlu
disambung dan dibawa ke Tahun 2015 yang
bakal muncul beberapa hari lagi atau perlu digantikan dengan azam yang baru ? Azam
ini nampak kelihatan begitu remeh tetapi tanpa Azam mungkin hidup kita bagai dibuai alunan ombak
yang tiada penghujungnya kerana mungkin kita tidak punyai matlamat untuk
kehidupan itu. Azam dan cita cita ini amat perlu untuk kita yang bernama
manusia ini ,mahukah kita menjadi seorang manusia yang tidak punyai matlamat
dalam kehidupan ini...ada juga orang yang mengatakan bahawa kita sebagai
manusia ini yang tak punyai keazaman dan cita cita seolah olah kita ini
bukanlah hidup tapi mati sebenarnya , mati batinnya , benarkah begitu ? Setiap
kehidupan kita ini punyai ruang dan ronga – ronga yang kosong ,dan di rongga
ronga yang kosong inilah perlu kita isi dengan azam dan cita cita kita
,andainya kita terus biarkan ianya kosong ianya akan tetap kosong dan tidak
punyai faedah dan matlamat untuk kehidupan kita ini ini.
Apakah yang
menyebabkan sesuatu azam boleh dicapai atau sebaliknya? dalam hal ini apa yang
paling penting adalah semangat bekerja keras tanpa jemu dan putus asa
menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam mencapai azam yang telah kita
rencanakan. Sesungguhnya, setiap impian tidak datang bergolek umpama 'bulan
jatuh ke riba' untuk kita raih hasilnya . Bagaimanapun, cubaan dan ujian
akan dapat membentuk kedewasaan seseorang, mencabar minda, mencekalkan akal,
memperbaiki akal budi, menguatkan semangat dalam menempuh liku-liku perjuangan
hidup dengan berlandaskan azam dan cita cita yang kita tanam dan semai. Sesungguhnya
azam bukan sekadar deretan huruf ,perkataan atau ungkapan, tetapi ia membawa
erti untuk mengubah kehidupan kita sebagai manusia, kerana kekuatan sebenar untuk
melaksanakan azam yang kita tanam adalah terletak pada hati dan kesungguhan .
Bagi merealisasikan segala cita-cita, kuatkan azam dan iltizam, fokuskan
perhatian kepada satu perbuatan dan pekerjaan dengan tekun, agar menjadi orang
berjaya dalam kehidupan masa depan demi merialisasikan sesuatu azam yang telah
kita tanamkan.Andai nya apa yang kita azam dan cita citakan sebelum ni temui
kegagalan carilah semula kekuatan dan teruskan azam tu,pasakkan semangat yang
tinggi dalam mengejar dan merialisasikan azam dan cita cita itu dengan harapan
kita tidak akan kecundang lagi. Apa yang penting buangkan minda “ berkalau “
yang sering kita gunakan kerana ada juga orang mengatakan “ berkalau “ ini
adalah tentera syaitan nombor satu . Hanya andainya kita mampu memadam sikap “
berkalau mungkin kita boleh menjadikan diri kita dan kehidupan kita lebih
bermakna,azam dan cita cita kita untuk tahun yang akan mendatang ini memberi
impak yang besar.
Semua azam yang cuba kita tanamkan dari kita untuk tahun tahun seterusnya mampu dan boleh menjadi realiti serta kenyataan jika kita ada iltizam dan disiplin diri yang mampu meningkatkan fokus dan motivasi diri. Perkara penting ialah meletakkan harapan bahawa kita boleh melakukan setiap azam ini dengan sempurna.
“Sesungguhnya
orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan
orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala
orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”
(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Lumrah, setiap tahun berubah maka azam baru akan muncul. Azam bermaksud keinginan, kemahuan. Tidak pernah terdengar ada orang menyimpan azam untuk sesuatu yang merosakkan, sebaliknya mereka akan berazam sesuatu yang baik. Insya-Allah azam yang baik akan membuahkan pahala sebagaimana niat yang baik menerbitkan pahala.
BalasPadamassalam bersungguh-sungguh mnanm azam di hati pasti tercapai jua....insyaAllah..
BalasPadam