Aku di perantauan
Ramadhan
telahpun melabohkan tirainya meninggalkan kita dan kita jua sama-sama telah
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diwajibkan keatas semua umat Islam
diseluruh pelusuk dunia iaitu Rukun Islam yang ketiga berpuasa dibulan
Ramadhan. Mungkin kita sendiri telah dapat menilai apakah sempurna Puasa kita
kali ini dan dimanakah KPI keimanan kita di bulan Ramadhan ini,walau apa
sekalipun sama sama kita semua berdoa kita semua sebagai umat Nabi Muhammad SAW
dipanjatkan ketakwaan sepanjang masa setelah kita berjaya melaksanakan dengan
kesempurnaan ibadah dan rukun Islam yang ketiga itu dengan jayanya dan
melaksanakan ibadah itu dengan penuh rasa keinsafan,In Syaa Allah ianya akan
diterima Tuhan.
Kini Syawal
telah menjelma dan ini bermakna telah datangnya hari kemenangan buat kita
,marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur ,gembira di atas kemenangan iman
kita menakluki nafsu di bulan Ramadhan dulu.Ayuh kita membuka ruang untuk
bermaaf –maafan,berkunjung dan ziarah menziarahi ,mengukuhkan ukwah
persaudaraan dan ikatan persahabatan.
Bagi kita diperantauan
bila disebut hari lebaran,kita pasti akan teringat kampong halaman ibu bapa dan sanak saudara ,seboleh
bolehnya kita ingin berada bersama sama mereka dikampong halaman untuk merayakan hari
kemenangan ini,namun begitu bukan semua diantara kita yang berpeluang berbuat
begitu,kadang-kadang keadaan,tugas dan kekangan kerja akan menafikan kata hati
dan kehendak kita itu,apapun kita kena ingat walaupun berjauhan itu bukan
beerti perpisahan dan bukan jua satu pengakhiran.Dimanapun kita berada kita
tetap berpeluang merayakan hari kemenangan ini.
Aidil Fitri
kali ini aku tidak berpeluang merayakannya bersama-sama sanak saudara dikampong,namun
begitu aku rasakan ianya tetap meriah kerana aku punya i orang –orang yang
disayangi disekelilingku,itulah anak-anak dan isteriku,dimanapun kita berada
itu bukan lagi persoalannya apa yang penting kita tetap merayakan hari
kemenangan ini bersama keluarga.
Isteri dan anak-anakku |
Aku dan keluargaku |
Anak-anakku |
Sama – samalah kita
berdoa agar sebelas bulan yang akan mendatang merupakan hari-hari yang
berkualiti untuk diri kita dari segi ibadah dan terus berusha agar diri kita
tetap seperti hari ini dengan ketakwaan kepada Allah agar Allah dapat memakbulkan doa kita semua
untuk kita berpeluang sekali lagi bertemu Ramadhan yang akan datang.
Selamat tinggal
Ramadhan,moga aku mampu menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk hidupku
dan menjadi hamba yang lebih baik lagi dimata Allah walaupun bukan dimata orang
lain.
MINAL AIDIN WAL FAIDZIN,
Ampun dan maaf dipohonkan dari semua diatas
segala salah dan silap selama ini
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Maaf Zahari Dan Batin
salam idilfitri untuk adik sekeluarga maaf zahir batin...walau beraya diperantauan dgn anak isteri disamping tiada rasa terasing kebhgiaan kegembiraan ternyata bersama mrk...semoga ramadan yg mnghilang akan mampu dijelang lagi insyaAllah.
BalasPadamSalam Aidil Fitri Kak..... Alhamdulillah mungkin mereka dah biasa dan kerjaya ayah mereka menuntut untuk mereka memahami bahawa beraya diperantauan adalah perkara biasa. In Syaa Allah sama sama kita berdoa agar kit semua diberi peluang untuk ketemu lagi Ramadhan ditahun tahun mendatang..Terima kasih Kak
BalasPadam