Halaman

Rabu, 29 April 2015

Kita Pernah Berada Disini

“CINTA SEJATI PADA ILAHI, SAHABAT SEJATI SAMPAI KE MATI”
capailah kedua-duanya, kerana itu adalah salah satu 
nikmat yang terindah dan akan membawa kepada kabahagiaan

Yang kita banggakan
Kita semua pernah berada disini, disini jualah tempat kita mencurah bakti untuk negara dan mencari rezeki untuk keluarga. Batalion ke 7 PPH  itulah nama yang begitu sinonim yang terpahat  didalam minda dan sanubari kita, nama yang tak pernah hilang dan tak pernah luput dari ingatan kita semua, dari Tampin hinggalah ke Jalan Pekeliling kita telah melakarkan berbagai cerita dan nostalgia silam yang telah terpahat dan tersimpan dalam lipatan sejarah hidup kita, samaada sejarah yang mampu buat kita tersenyum maupun sejarah yang boleh membuatkan kita termenong panjang. 
Suatu ketika dulu disinilah destinasi kita

Ayuh kita merenung sejenak dan selongkar kembali sebahagian dari kenangan  yang telah kita simpan dalam lipatan sejarah silam hidup kita,mungkin kita tak mampu lagi untuk menggungkapkan kata - kata namun gambar- gambar yang terpapar mungkin mampu menceritakan dan mengamit nostalgia silam itu,biarlah gambar-gambar itu menceritakan segalanya dan membuktikan bahawa kita semua pernah ujud disitu dan pernah melakari cerita cerita indah dan mewarnai keindahan diera itu.
Kenangan Silam
Itulah KAMI
Tinggal Kenangan

















Kecanggih teknologi komunikasi masa kini  mampu mengeratkan siratulrahim,  walaupun ada tikanya tanpa kita bersua muka ,silaturahim itu tetap terjalin utuh,itulah dunia maya yang jika mampu kita kendalikan dan manafaatkannya sebaik mungkin  ianya mampu mengeratkan silaturohim hanya dengan dihujung jari. Meskipun  situasi masa kini , kekangan kerja membuatkan kita terpisah jauh dan mungkin menjarakkan ikatan silaturrohim itu tapi dihari ini kejauhan itu bukan lagi alasan kerana dengan ujudnya dunia maya ini kejauhan itu mampu kita rapatkan ,kekangan kerja dan masa bukan lagi alasan diatas kerenggangan ikatan persahabatan antara kita semua yang  begitu akrab disatu ketika dulu. Dunia Maya khususnya laman sosial ianya mampu kita jadikan podium dan jambatan untuk kita mengeratkan silaturrohim jika kita mampu kendali dan manafaatkannya sebaik mungkin.
                         
Terima kasih kepada Admin whatsapp group Ex C Coy 7 PPH Abang Abd. Rahim ( Pak Yem ) yang telah berusha menjejak kawan-kawan lama kita  dari kalangan pegawai dan anggota  samaada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara. Kini bagi kita annggota –anggota Ex C Coy Bn 7 PPH seakan akan baru semalam berpisah,kita mampu berinteraksi seperti dulu dengan kecangihan teknologi terkini  walaupun antara kita semua terpisah beratus batu jauhnya di  Utara,Selatan, Timur dan Barat

Terima kasih tak terhingga juga kepada semua AJK - AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan  reunion ini yang tanpa mengenal penat dan lelah telah berjaya  merialisasikan impian kita semua,  menemukan kita dan menghimpunkan kita semua yang telah terpisah begitu lama oleh keadaan dan masa  .Terima kasih sekali lagi YDH Dato’ Wan Abd. Bari,  Tuan Hj. Mokhtar,  En. Zawawi, Tuan Hj. Sudar ,Tuan Amran,Tuan Sanusi,Tuan Zainal ,Tuan Haji Hasan,E.Mazli, En Bukhari, En Azman,En Borhan, En Razali, En Zakaria, EN Omar,En. Zahari Sulaiman, En Ansoruddin,Tn Hj. Rais dan Tuan Hj. Ishak kerana  kerja keras kalianlah kita berjaya merialisasikan impian kita untuk bertemu bersama sama keluarga mengeratkan Silaturrahim walaupun kita semua begitu sibuk dengan kekangan kerja.
AJK-AJK yang bekerja keras untuk merialisasikan pertemun itu
         Mereka juga AJK yang bekerja keras untuk merialisasikan pertemun itu


















Tanggal 10 hb hingga 12 April 2015 TERATAK MALAYA,Janda Baik telah  menjadi saksi pertemuan kita  dan merialisasikan impian kita , disinilah kita –kita semua  warga-warga Ex C Coy 7 PPH berkampong dalam tempoh itu, disinilah jugalah  kita kembali bertemu, bercerita dan mengamit kembali nostalgia – nostalgia silam yang telah kita tinggalkan jauh dibelakang namun ianya tak pernah lekang dari ingatan kita,kita menyingkap kembali cerita suka duka yang telah tersimpan dalam lipatan sejarah hidup kita semua.  Alhamdulillah Tuhan telah perkenankan serta makbulkan doa dan  impian kita semua untuk bertemu kembali dan mengeratkan kemabali silaturahim setelah sekian lama kita terpisah dek masa dan keadaan.Walaupun ini bukanlah satu titik permulaan pertemuan kita semua tapi pertemuan kali ini lebih bermakna kerna kita telah berjaya menghimpunkan sebahagian dari peg/anggota Ex C Coy 7 PPH serta keluarga dalam keadaan yang amat harmoni sekali setelah berpuluh puluh tahun kita tidak berbicara apatah lagi bersua muka.


Teratak Malaya Destinasi Pertemuan


Walaupun kian dimamah usia namun ikatan persahabatan tak pernah luntur
Sahabat lama

                                          Kami dah sampai ni

Jika kita semua punyai sejarah silam ketika sama –sama berada di Tampin dan Pekeliling, kita jangan lupa isteri-isteri dan anak-anak kita juga punyai sejarah silam dan cerita cerita indah bagi yg berkesempatan bersama kita disana kerana mereka –mereka ini juga sebahagian dari sejarah hidup kita. Mungkin mereka juga pernah menjadi tetangga atau sahabat disatu ketika dulu tapi seperti kita juga hubungan dan ikatan tu hampir terputus dek keadaan dan masa. Dalam pertemuan kita semua di TERATAK MALAYA  mereka juga memainkan  peranan dalam menjayakan dan memeriahkan pertemuan itu tidak dinafikan sumbangan mereka dalam menjayakan pertemuan itu.
Mereka sebahagian dari kita
Satu ketika dulu pernah bersama
Dihari pertama bertemu kembali






















Mereka juga mnenceriakan

Dalam pertemuan sesingkat itu kita semua masih lagi mampu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ,dari aktivitti mengimbau kenangan silam,beramah mesra  sehinggalah ke aktiviti agama, Sepanjang tiga hari di TERATAK MALAYA kita seolah olah tak pernah terpisah sebelum ini,kita masih lagi mampu bergelak ketawa dan bergurau senda seperti dulu,itulah persahabatan Sahabat itu terlalu istimewa, perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, biarpun berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak suda-sudah, Seperti yang sering kita dengar,setetes embun akan menyejukan hati,menggingat akan tiap kenangan yang pernah dilalui bersama meskipun ianya telah disimpan dalam lipatan sejarah,mungkin tidak ada lagi kesempatan untuk mengulangi kenangan itu tapi kita masih mampu mengimbaunya bersama,masih mampu mempertahankan ikatan persahabatan itu seutuh mungkin,masih mampu jalinkan silaturahim walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan masa dicemburui oleh keadaan dan masa.


Keriangan diwajah mereka


Kemabli bersua
Sahabat sahabat lama




Bakat bakat lama mereka masih terserlah


Kuliah Subuh di TERATAK MALAYA

TAHNIAH untuk mereka

Tanggal 12 April TERATAK MALAYA  menyaksikan pertemuan  kami ini berakhir dan menemui  penghujungnya,Tapi bukan penghujung untuk satu ikatan persahabatan dan silaturahim. Kini tibalah saat untuk kami kembali berpisah dan kembali ke destinasi masing – masing,tapi tak mengapa kerana  Disetiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , lumrah masa akan terus bergerak tanpa henti sebagaimana bergeraknya usia kita dari hari kesehari , Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perpisahan itu pasti menjanjikan pertemuan yang sangat mengembirakan dan membahagiakan. Ukhwah yang terbina sekian lama sentiasa akan terpahat dihati kita semua,jangan kita jadikan jarak dan masa sebagai alasan pemutus hubungan yang sekian lama terjalin, biarkan apa yang ada masa kini  kita jadikan jambatan untuk terus menghubungkan ikatan itu. Bertemu usah jemu,Berpisah jangan gelisah kerana itu telah menjadi gandingan kehidupan .Dalam sebuah pertemuan sudah pasti ada perpisahan,kita jadikan perpisahan yang indah ini dan realisasikan nya dengan gengaman tangan dan berjanji  “ Kita akan selamanya         berkawan “ , walaupun jarak menjauh,waktu memisah namun diri kita akan tetap mengenang dalam sanubari masing-masing. Biarlah kita semua berkawan seperti bintang dilangit “Tidak selalu kelihatan namun tetap ada dihati “ dan seperti tangan dan mata juga “ Saat tangan terluka mata menangis dan dikala mata menangis tangan akan menyapu air mata itu “ begitulah hendaknya keakraban kita.

                       



Saat saat meninggalkan TERATAK MALAYA

Walaupun kita tak mampu untuk mengumpulkan kesemua diantara kita yang pernah bersama disatu ketika dulu,namun begitu Alhamdulillah  pertemun kali ini amat bermakna butat kita semua,jangan kita jadikan ianya yang pertama dan terakhir.,Bagi mereka yang tak berkesempatan untuk turut serta kali ini diatas kesuntukan masa dan kekangan kerja, In Syaa Allah mungkin dilain ketika kita akan ketemua jua.

Kepada kawan-kawan yang kurang berupaya diatas faktor keuzuran sama – samalah kita mendoakan agar Allah akan mempermudahkan segalanya dan sembuh seperti sedikala dan sabar dengan segala ujian Allah.

Untuk kawan-kawan kita yang telah terlebih dahulu dari kita menemui Ilahi bari lah sama –sama kita sedekahkan sekalong Al Fatihah buat roh mereka dan sama – sama juga kita doakan moga Allah tempatkan mereka bersama-sama orang orang – orng yang berimah....AlFatihah buat mereka.
Sekalong Al Fatihah buat sahabat -sahabat kita


Daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)
Jalinan silaturahim penting bagi ummah hidup lebih cemerlang dan berjaya dalam segala perkara. Ukhuwah yang dipupuk atas rasa kasih sayang kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan kepada jiwa insan.




Khamis, 9 April 2015

Kecangihan Teknologi Merapatkan Kami


UNTUK TATAPAN ANAK –ANAK BENDANG KERING


Setiap sesuatu yang baru itu pasti ada baik dan buruk ,ada hitam dan putihnya ,kebaikan dan keburukan itu adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan kita,begitu juga keujudan laman sosial yang sering diperkatakan kini. Ramai diantara kita pernah menggangap bahawa laman sosial yang ujud kini adalah sesuatu yang mungkin akan merosakan fikiran kita kerana di podium itulah tersebar segala galanya Namun begitu bagi sesiapa yang mampu memanafaatkan laman sosial ini sebaik mungkin ianya juga ada lah satu podium yang mampu memberikan beribu kebaikan, segala gala nya terpulang kepada kita sebagai penggunanya. Laman sosial ini juga boleh mencetuskan sesuatu yang membimbangkan dan memecahbelahkan bagi mereka yang menggunakannya sebagai senjata dan medan untuk tujuan itu Tapi pada sesiapa yang boleh memanafaatkannya ianya juga merupakan satu pentas untuk kita merapatkan silatulrohim …mungkin dapat menemukan kita yang telah terpisah jauh,menjalinkan satu ikatan kekeluargaan walaupun dari jauh 

Podium laman sosial yang sering AABK Kunjungi
Tanpa kita sedari teknologi canggih dihari ini juga telah mampu mengeratkan siratulrahim itu walaupun tanpa kita bersua muka,silaturahim itu tetap terjalin utuh,itulah dunia maya yang jika mampu kita kendalikan dan manafaatkannya sebaik mungkin ianya bukan saja berguna dalam pekerjaan harian kita malah ianya mampu mengeratkan silaturohim hanya dihujung jari. Namun begitu situasi masa kini membuatkan kita terpisah jauh dan mungkin menjarakkan ikatan silaturrohim itu tapi dihari ini kejauhan itu bukan lagi alasan kerana dengan ujudnya dunia maya ini kejauhan itu mampu kita rapatkan.,kejauhan dan masa bukan lagi alasan diatas kerenggangan sesuatu ikan samaaada persaudaraan atau persahabatan. Dianggarkan hampir 13 juta rakyat negara kita punyai akaun laman sosial ni tak kiralah samaada facebook,whatsapp atau pun twiter dan sebagainya,perangkaan ini menunjukan satu jumlah yang agak besar, sekali gus ianya menunjukan betapa rakyat negara kita dan kita sendiri juga seiring dengan permodenanan dunia komunikasi masa kini



Cuba kita bayangkan disatu ketika dulu perhubungan yg ada untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang terpisah jauh hanya lah dengan berutus surat dan bagi yang mampu mungkin punyai telefon sebagai penyambung ikatan itu.Tapi kini dunia maya  yang ujud dan  salah satunya pecahannya   laman sosial khususnya Facebook,twiter atau  whatsapp, dipodium ini kita mampu jalin dan merapatkan ikatan kekeluargaan,bersua kembali sahabat handai yang lama terpisah yang seakan telah terputus hubungan,mampu berinteraksi dan mengimbau kenangan silam dan mampu mengetahui keadaan khhusunya dikampong kita walaupun kita berada beratus ratus batu jauhnya, dengan hanya beberapa saat sahaja,dengan ada nya laman sosial ini kita mampu temui segala galanya itu kembali.Tidak dapat untuk kita nafikan laman sosial seperti ini mampu membawa banyak kebaikan kepada kita kita semua ini yang memanafaatkannya untuk tujuan yang positif, terlalu banyak kebaikan yg yg mampu kita perolihi,selain dari itu laman sosial ini juga mampu menyatukan kembali hubungan yang sudah lama terputus diantara keluarga,sahabat,bekas rakan persekolahan bekas rakan sekerja dan sebagainya,ini adalah sebahagian dari kebaikan laman sosial ini jika kita mampu memanafaatkannya sebaik mungkin. Ada diantara kita dah berpuluh puluh tahun meninggalkan kampong halaman dan berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan dan rakan rakan semua , ada diantara kita yg lansung tak pernah bersua muka selepas itu. Begitu juga bagi yang peringkat adik-adik atau abang/kakak  yang mana sebelum dari era ini lansung tidak pernah berinteraksi dan mungkin juga tidak mengenali antara satu sama lain Tapi laman sosial ini telah menjadikan kita semua begitu akrab yang mana seolah olah baru semalam kita bersua muka sedangkan hakikatnya dah berpuluh tahun rupa wajahpun tidak kelihatan, Dilaman sosial ini kita mampu berinteraksi setiap hari merapatkan kembali sesuatu yg seakan renggang,mengetahui susur galaur ikaatan kekeluargaan dari peringkat abng abang dan kakak yg ada sama sama dipodium ini.Kini kita semua bertebaran diseluruh pelusuk negeri di Timur,Utara ,Barat dan Selatan tapi kini kita benar benar merasakan seolah olah kita berbicara dihadapan muka,itulah kelebihan laman sosial dan dunia maya ini jika kita mampu menafaatkannya sebaik mungkin. Laman sosial ini telah berjaya menemukan dan merapatkan kembali hubungan kami ANAK – ANAK BENDANG KERING.

Mungkin ketika kita  atau yang yang lebih tua dari kita  meninggalkan kampong disatu ketika dulu,yang diperingkat adik-adik ini masih lagi menggalas beg sekolah dan sebahagian besarnya masih lagi disekolah rendah ,tapi laman sosial ini telah merapatkan kami, kami sering berinteraksi walaupun tak mustahil jika kita  katakan mereka mereka ini hanya pernah mendengar nama kita saja sebelum ini orang sebenarnya tidak mereka kenali ,begitu juga kita yang lebih tua dari mereka mungkin jika berselisih dijalananpun tidak mengetahui siapakah mereka walaupun mereka mereka ini adalah anak-anak kepada pak cik pak cik kita dikampong tapi laman sosial ini telah memperkenalkan kita dengan mereka mereka ini dan begitu juga mereka –mereka ini telah mengenali kita. Dibawah ini saya paparkan  sebahagian gambar adik –adik atau ANAK-ANAK BENDANG KERING  yang saya tinggalkan dulu masih lagi menggalas beg sekolah kini telah punyai keluarga sendiri.  

Noor Sakia dan ahli keluarganya

Agus bersama keluarganya

Itulah Keluarga Amir


Keluarga bahagia Yong 


                                                                                                               

Pasangan Murni dan Anak-anaknya
Mat dan Sapuan bersama ahli keluarga mereka
                                       
Mungkin ada diatara kita dah berpuluh tahun tak pernah bersua muka,walaupun dizaman kanak-kanaknya dulu sering bermain ,bergelumang dengan lumpur bersama ,kita hanya mampu menggingati bahawa DIA itu adalah rakan sepermainan kita tapi sejak masing masing  dengan kemodenan dunia maya ini dan berhijrah mengikut arah rezeki kita tertumpu ,kita mungkin tidak pernah lagi mendengar khabar beritanya Tapi dengan kemodenan duniua maya ini,kemajuan teknologi canggih komunikasi masa kini khususnya laman sosial itu menemukan kita kembali,berbicara seperti dulu,bertukar tukar cerita terkini tentang diri kita,mempamerkan wajah wajah kita yang mungkin telah melewati usia.

Ji Asri ,Usop dan Johan
Si Kembar  Isa dan Musa bersama ahli keluarga mereka
Keluarga Asri,Anum dan Johan


Anum dan Norhalina bersama ahli keluarga mereka
Ahli keluarga Jurit @ Lokman
Ahli ke;luarga Yon Nazihah
Bustamam@ Nuar dan anak anaknya
Cikgu Tam dan Tok Perak bersama pasangan mereka
Mansor dan Nuar bersama isteri masing-masing
Salah satu dari tuntunan hidup Islam tersebut adalah silaturahmi. Bahkan lebih dari itu, silaturahim merupakan salah satu ajaran akhlaq yang paling asasi di dalam Islam. Pada hakikatnya bentuk dari silaturahim tidaklah hanya terbatas pada saling mengunjungi antar sesama kita. Banyak hal yang boleh kita laksanakan masuk dalam kategori pelaksanaan silaturahim. Contohnya seperti yang kita semua praktikkan kini,,,kita jadikan laman sosial ini sebagai jambatan silatulrohim buat kita ANAK –ANAK BENDANG KERING, Moga kita dapat teruskan dan manafaatkannya sebagai podium untuk kita jalinkan keutuhan dan ukwah bukan sebagai medan caci mencaci dan medan yang tak mendatangkan apa apa buat kita semua. Walaupun kita semua kita berada diUtara Selatan Timur dan Barat tapi kita masih terlalu dekat hanya dengan jalinan dihujung jari namun keakraban itu akan tersemat disanubari.

sebahagian dari Rakan-rakan sekampongku



Mereka - mereka semualah rakan -rakan yang terpisah jauh namun kecanggihan teknologi masa kini merapatkan kami


Menurut Rasulullah, Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali silaturahim. Allah juga akan memanjangkan umur kepadanya .
Imam Ali as. meriwayatkan dalam sebuah hadis,


“Barangsiapa yang mengambil tanggung jawab atas suatu perkara, aku akan menjamin baginya empat perkara. Barangsiapa bersilaturahim, umurnya akan dipanjangkan, kawan-kawannya akan cinta kepadanya, rezekinya akan dilapangkan, dan ia aman masuk ke dalam surga. (Kanzul ‘Ummal).  


” Rasulullah pernah bersabda,

”Tidak ada satu kebaikanpun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturahim, dan tidak ada satu dosapun yang adzabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akhirat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahim.”  



Kita gunakanlah kecanggihan teknologi komunikasi dihari ini untuk kita terus merapatkan Silaturohim ,merapatkan ikatan kekeluargaan dan merapatkan kembali hubungan yang sekian lama terputus disebabkan kita terpisah diserata pelusuk..Ayuh AABK kita gunakan lah podium ini dan manafaatkannya sebaik mungkin.

Khamis, 1 Januari 2015

2014 Yang Ditinggalkan



Hari ini merupakan hari pertama ditahun 2015 dan 2014 telahpun berlalu pergi meninggalkan kita dengan berbagai kenangan manis dan pahit,kejayaan dan kegagalan dan pelbagai lagi yang ditinggalkannya.  2014 yang meninggalkan kita  itu  telah mencatatkan beberapa peristiwa yang suram dan malang bagi kita rakyat Malaysia dan juga pada keluarga ,sahabat handai dan mungkin juga pada diri kita sendiri,satu demi satu tragedi yang datang melanda dalam pelbagai bentuk yang secara lansungnya benar benar menguji ketabahan dan kesabaran kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini dan rentetan apa yang dilalui dipenghujung 2014 itu masih mengekori kita di 2015 ini.

 Kehidupan kita di bumi ciptaan Allah ini tidak akan terlepas dan terkecuali dengan ujian dan cabaran. Allah akan tetap menguji kita sebagai hambanya ini dengan pelbagai bentuk ujian,ujian Allah ini bertujuan untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita sebagai manusia untuk menerima segalanya,apakah kita mampu bersabar atau sebaliknya .Didalam AlQuran Allah jua telah menjelaskan bahawa manusia pasti diuji ,kita sebagai manusia perlu mengatur persedian dalam segala hal untuk menempuh ujian Allah agar kita tidak hilang punca,gelisah dah keluh kesah..


Musibah, ujian dan cobaan seolah olah ianya  pasangan kembar dalam hidup kita ini. Bila kita memahami akan musibah, ujian serta cobaan itu sebagai pasangan kembar di dalam kehidupan kita maka sudah semestinya kita mampu menyambut setiap musibah dengan berlapang dada dan rasa optimis di dalam hidup ini bahwa Allah memuliakan hidup kita dengan berbagai cara yang sukar dan  indah yang tanpa kita ketahui punyai hikmah disebaliknya, terkadang sekalipun kita merasakan hal yang datang itu sesuatu yang amat menyakitkan ,memeritkan serta amat menyedihkan ,seandainya kita telah bersedia dengan segala ujian Allah itu mungkin dalam kepayahan dan kesakitan itu kita beroleh sesuatu kekuatan,kita perolihi semangat yang tak pernah kita miliki sebelum ini.

Kemanakah menghilangnya MH 370

Berteraburan di bumi asing

Bencana yang melanda dihujung tahun

Kesabaran dan ketabahan kita diuji


Dan Sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengucapkan 'inna lillaahi wa inna ilaihi raajiuun' (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali). Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurna dan rahmat Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk."(al-Baqarah : 155 -157).

Kini 2015 telah menjengahkan wajahnya menemui kita dan meninggalkan 2014 dengan 1001 kenangan tak kiralah sama ada yang manis ataupun pahit... Namun begitu marilah kita sama sama belajar dan mengambil segala iktibar dari 2014 yang kita tinggalkan itu...mungkin terlalu banyak pelajaran terkandung didalamnya sama ada yang kita sedar atau pun tidak....kiranya yang kita temui disepanjang melayari 2014 itu sesuatu yang baik dan memberansangkan ,kita teruskan malah jika perlu kita tambahbaikkan nya di 2015 ini agar ianya menjadi lebih baik, sesuatu yang buruk dan tak menyebelahi kita jangan terus kita buang cuba kita pelajari dulu apa kekurangan diri kita yang ada didalamnya, kita perbaiki kekurangan itu.DAN sama sama kita semua berdoa sesuatu yang buruk yang menimpa kita semua ,negara kita,keluarga kita ,sahabat kita dan mungkin diri kita sendiri tidak berulang di 2015 ini,Kita sama sama berdoa moga Allah berikan kesejahteraan buat KITA SEMUA dalam mengharungi 2015 ini yang masih tidak kita ketahui apakah yang akan mewarnai kehidupan kita semua.


SELAMAT TAHUN BARU....Semoga 2015 ini mampu menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna buat KITA SEMUA.

Sabtu, 20 Disember 2014

Azam dan Impian


Tahun 2014 Cuma  tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melabuhkan tirainya . penganut Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur, masih dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan untuk menempuh dan mengharungi 2015 yang bakal menjelma  tak beberapa hari saja lagi. Disetiap kali berakhirnya sesuatu tahun itu kita sering membicarakan soal AZAM , SASARAN  dan IMPIAN, semuanya pasti menjadi pegangan kita sebagai manusia yang berfikiran waras dalam memenuhi kehendak dan keinginan nafsu kita. TETAPI adakah semuanya tercapai ? Bagaimana dengan apa yang kita Azamkan,sasarkan dan impikan ditahun tahun yang berlalu dan tahun yang akan kita tinggalkan ini...Apakah ianya telah berjaya kita dakapi ,penuhi dan miliki ? Berjaya atau tidak kita tetap akan memperbaharui azam itu dan sering juga AZAM itu Cuma tinggal azam semata.

Azam bukanlah perkataan keramat yang perlu disebut setiap kali tahun baharu menjelang. Malah ada di antara kita yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan datang, Saat ini, pasti ramai diantara kita yang sudah mula mempunyai dan merancang untuk Azam ditahun baru 2015, dengan semangat yang baru  dan bermacam-macam yang baharu. Sebelum itu, ayuh kita lihat sejenak  'sejarah' kita yang lalu, Azam kita ditahun tahun yang lalu dan ditahun  ni dan ditahun 2014 ini...apakah ianya telah kita laksanakan dan sejauh mana telah kita laksanakan? Andainya telah  terlaksana, sejauh mana ia berkesan dalam hidup kita? Apa perubahan yang telah berlaku? Adakah lebih baik atau lebih buruk? Kalau ada yang masih kurang, ayuh sempurnakannya pada tahun baru 2015 yang bakal menjelma ini. Secara umumnya, azam baharu merupakan suatu perubahan. Walaupun kita tak menjanjikan berlakunya perubahan, tetapi dengan perkataan itu sendiri, bakal terbit nilai perubahan atau ingin berubah dari suatu sifat ke sifat lain.

Adakah  azam tahun 2014 kita yang pernah kita laungkan dipenghujung 2013 dulu telah tercapai ? atau apakah ianya perlu disambung dan dibawa ke Tahun 2015  yang bakal muncul beberapa hari lagi atau perlu digantikan dengan azam yang baru ? Azam ini nampak kelihatan begitu remeh tetapi tanpa Azam  mungkin hidup kita bagai dibuai alunan ombak yang tiada penghujungnya kerana mungkin kita tidak punyai matlamat untuk kehidupan itu. Azam dan cita cita ini amat perlu untuk kita yang bernama manusia ini ,mahukah kita menjadi seorang manusia yang tidak punyai matlamat dalam kehidupan ini...ada juga orang yang mengatakan bahawa kita sebagai manusia ini yang tak punyai keazaman dan cita cita seolah olah kita ini bukanlah hidup tapi mati sebenarnya , mati batinnya , benarkah begitu ? Setiap kehidupan kita ini punyai ruang dan ronga – ronga yang kosong ,dan di rongga ronga yang kosong inilah perlu kita isi dengan azam dan cita cita kita ,andainya kita terus biarkan ianya kosong ianya akan tetap kosong dan tidak punyai faedah dan matlamat untuk kehidupan  kita ini ini.
Apakah yang menyebabkan sesuatu azam boleh dicapai atau sebaliknya? dalam hal ini apa yang paling penting adalah semangat bekerja keras tanpa jemu dan putus asa menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam mencapai azam yang telah kita rencanakan. Sesungguhnya, setiap impian tidak datang bergolek umpama 'bulan jatuh ke riba' untuk kita raih hasilnya .  Bagaimanapun, cubaan dan ujian akan dapat membentuk kedewasaan seseorang, mencabar minda, mencekalkan akal, memperbaiki akal budi, menguatkan semangat dalam menempuh liku-liku perjuangan hidup dengan berlandaskan azam dan cita cita yang kita tanam dan semai. Sesungguhnya azam bukan sekadar deretan huruf ,perkataan atau ungkapan, tetapi ia membawa erti untuk mengubah kehidupan kita sebagai manusia, kerana kekuatan sebenar untuk melaksanakan azam yang kita tanam adalah terletak pada hati dan kesungguhan . 

Bagi merealisasikan segala cita-cita, kuatkan azam dan iltizam, fokuskan perhatian kepada satu perbuatan dan pekerjaan dengan tekun, agar menjadi orang berjaya dalam kehidupan masa depan demi merialisasikan sesuatu azam yang telah kita tanamkan.Andai nya apa yang kita azam dan cita citakan sebelum ni temui kegagalan carilah semula kekuatan dan teruskan azam tu,pasakkan semangat yang tinggi dalam mengejar dan merialisasikan azam dan cita cita itu dengan harapan kita tidak akan kecundang lagi. Apa yang penting buangkan minda “ berkalau “ yang sering kita gunakan kerana ada juga orang mengatakan “ berkalau “ ini adalah tentera syaitan nombor satu . Hanya andainya kita mampu memadam sikap “ berkalau mungkin kita boleh menjadikan diri kita dan kehidupan kita lebih bermakna,azam dan cita cita kita untuk tahun yang akan mendatang ini memberi impak yang besar.

Semua  azam yang cuba kita tanamkan dari kita untuk tahun tahun seterusnya mampu dan  boleh menjadi realiti serta kenyataan jika kita ada iltizam dan disiplin diri yang mampu meningkatkan fokus dan motivasi diri. Perkara penting ialah meletakkan harapan bahawa kita boleh melakukan setiap azam ini dengan sempurna.




“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)