Jumaat, 4 Julai 2014
Khamis, 29 Mei 2014
29 Mei Datang Lagi
Alhamdulillah .... dipagi 29 Mei yang
penuh keceriaan ini Tuhan masih anugerahkan Nafas dan Denyutan Nadi pada mu
dan pada pagi ini jua Allah masih terus berikan kesempatan dan peluang
untuk melihat keindahan ciptaan nya dan menikmati kedinginan embun pagi.... dan
Nafas yang mampu kita sedut dan hembus pagi ini adalah anugerah untuk
hidup yang penuh dengan berkah.... Bersukurlah dengan tiap yang telah Allah
anugerahkan sepanjang kehidupan ini...semoga dengan syukur itu Allah akan terus
limpahkan segala rahmat dan kenikmatan hidup....
Terima kasih Ya Allah kerana ENGKAU telah
perkenankan doaku untuk sahabatku terus berpeluang menikmati kehidupan
hari ini dan mungkin jua untuk hari - hari yang mendatang.
Esak,tangis dan tawa
silih berganti mengiringi tiap langkah perjalanan hidupmu. Tanpa terasa , sudah bertambah angka diusia….......29 Mei tarikh
keramat menjelma lagi menyapa diri.
|
Sesungguhnya masa depanmu telah kau cipta dengan gemilang,walaupun
pernah diselang seli dengan duka namun kedukaan itu telah lama dibuang
jauh entah dimana.
|
Andai dikala lilin yg ditiup masih ada yg utuh menyala…maka itulah
lilin harapan yang harus engkau terjemahkan menjadi realiti dihari hari
depanmu, Kuatkan semangat untuk merialisasikannya.
|
Moga …29
Mei ini akan menjadikan ianya tarikh keramat
dalam hidupmu,tarikh yg akan membuatkan dirimu dewasa sebenar-benar dewasa untuk terus menyusuri denai denai kehidupan.
|
‘
Selamat Hari Lahir “
Sahabatku....
ESAM ( Elly )
|
Darimu ku temu erti persahabatan
Detik demi detik silih berganti
Selamat Hari Lahir.. sahabatku
Mungkin.. berjuta mimpi dan harapan..
Sahabatku....
Sahabatku....
Selamat
Hari Lahir
Sahabatku
Sahabatku
Rabu, 28 Mei 2014
Sejarah dan kelebihan Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan
setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat
kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai
dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang
beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan
izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi
benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan
ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa
perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke
rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda
membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Share dari blog : Zharif Alimin
Selasa, 27 Mei 2014
Dimana Ketenangan
Telah agak lama juga aku menyepi, terasa agak kekok juga tangan dan otak
ini untuk mencoretkan kembali sesuatu didada blog ku ini. Hari ini ku cuba jua
mencoretkan sebaris dua ayat agar blog ini tidak ditinggal kosong umpama rumah
yang tak bertuan...yang hanya dihuni labah-labah yang bersarang .
Kadang – kadang kita merasakan hidup dan jiwa kita tidak tenang..sedangkan
kita ingin dan mengimpikan ketenangan itu...Kita juga sering bertanya.......bertanya
pada diri kita dimanakah ketenangan? Sebenarnya
kita kena tahu dan wajib tahu bahawa Allah itu maha Adil,Jiwa yang tenang itu
akan diberikannya kepada setiap insan...NAMUN kerana kealpaan kita sendiri
menjaga ,memupuk dan menyuburkannya ,kita sering membiarkanya tertanam diparas
yang paling bawah,kita sering menindihnya dengan sikap dan nafsu kita terutama
nafsu amarah ,nafsu iri dan segala nafsu yang buruk.Kita sebagai manusia ni
diciptakan tuhan dengan tujuh nafsu,Nafsul mutmainnah,jiwa yang tenng itulah
salah satu dari nya..itupun hanya akan dikurniakan kepada orang-orang yang
memilih jalan yang diredhoiNya sahaja. INGATLAH bahawa iblis laknatullah itu zalim dan si
iblis ini juga amat jarang dan mungkin tidak mahu lansung manusia seperti
kita,kita dan kita ini memiliki ketenangan itu ,sudah pasti ia akan membantu nafsu
kita agar jiwa yang tenang tidak boleh keluar menguasai diri.
Kadang-kadang kita jua kalah ,kalah dengan nafsu kita hingga menenggelamkan
jiwa kita yang tenang, Pejamkanlah mata kita sejenak renunglah,bantulah jiwa
kita yang tenang itu untuk bangkit
kerana mungkin dikala itu ia sedang menderita ,menderita dihimpit nafsu perosak...Buangkanlah
nafsu perosak itu dan letakan kembali jiwa yang tenang itu diparas yang paling
atas, ditingkat yang sepatut dan selayaknya ia berada . InsyaAllah jika kita Berjaya menempatkan
nya kembali diparas itu dalam minda kita yang sihat ,ketenangan,kedamaian jiwa
pasti menjadi milik kita.
Ayuh kita berpesan pada diri dan jiwa kita yang tidak tenang.... Kikiskan
segala nafsu buruk itu ..angkatlah tangan dan berdoalah TAPI fahamilah betul
betul akan apa yang kita pinta ,kenalilah kepada siapa yang kita pinta itu...
Wahai jiwa yang tidak tenang....ayuh kembalilah kepada asal dirimu,kenalilah
siapa tuhan mu,fahamilah janji janji dan pesanannya...dalamilah ilmu yang sedia
ada didadamu...percayalah kita tidak akan sekali – kali mengalah kepada keadaan
jika kita tahu siapa diri kita siapa tuhan kita. Apa yang penting jangan kita
terus terusan menipu hati kita,jangan
terus terusan menidakkan hati kita kita pasti tahu apa yang kita lakukan adalah
sesuatu yang tidak akan mendatangkan kebahagiaan dan jawapan,Apa yang penting
janganlah kita berbuat sesuatu demi nafsu yang mana dari perbuatan itu akan
menarik diri kita lebih jauh lagi kedalam ketidak bahagiaan dan kedamaian dan
tenteram malah mungkin mengundang kebuntuan.
Apakah mampu ketenangan kita miliki degan kekuasaan dan wang ringgit kita ?
... Ingatlah ketenangan tak mampu untuk kita miliki dan beli dengan wang
ringgit dengan kuasa kita,ketenangan juga tak bisa kita perolihi dan miliki
dengan meminjamnya dari sesiapapun dan tenangnya akal kita juga tidak akan
dapat kita perolihi dan capai dengan dengan kekusutan yang ada pada
kita.Ketenagan hanya mampu kita perolihi bila kita betul betul kembali
kepadanya,berserah kepadanya dan mengamalkan apa yang terkadung dalam agamanya....
Jika inginkan ketenangan sebenar- benarnya KEMBALILAH kerana Islam itu bukan Cuma
agama,Islam itu nyawa,darah dan nafas, Islam itu pengharapan dan kasih sayang
dan yang paling penting Islam itu bukanlah nama yang diambil bila perlu dan
dibuang jika tidak.
“ Kita sering lupa alam yang luas ini
hanyalah sebutir zarah yang kecil dialam cakrawala.Pada zarah yang kecil inilah
ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui.Semakin kita
membina syurga didunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita “ Jadi untuk
dapatkan ketenangan hakiki buanglah nafsu yang akan menjahanamkan kita dan
seterusnya mencampakan kita terlalu jauh dari ketenangan....Insya Allah
Khamis, 15 Mei 2014
Menangislah Andainya Itu Mampu Meredakan
Allah jadikan dan
anugerah kan kepada manusia dimuka bumi ini dengan pelbagai deria dan rasa ,bila
disebut rasa, kita fokuskan kepada “perasaan” ,mungkin ada diantara kita yang
tidak mendapat anugerah itu sepenuhnya ...tak mengapa...itulah kejadian tuhan
tak mampu untuk kita pertikai NAMUN perasaan tetap ujud dan ada walau
sebagaimanapun kita, kecuali kita yang kurang berakal dan dalam istilah lain pemikiran
tak sempurna. Bila kita sebut perasaan sudah pasti lah ia terarah kepada
perasaan gembira ,sedih dan marah . Ayuh kita fokoskan kepada sedih ...dari sedih
ini lah ujudnya TANGISAN namun dalam kegembiraan pun kekadang tangisan ini akan
ada juadan tak ketinggalan air mata kesyukuran .
Menangis merupakan
satu kemestian bagi setiap manusia didunia ini .Bermula dari kita dilahirkan
sehinggalah jenazah kita diusung keliang
lahad,tangisan pasti setia mengiringi.Manusia menangis diatas pelbagai sebab
dan musabab dari berasa gembira,sakit hingga lah kepada kekecewaan dan tak
tertinggal jua akibat dari kehilangan dan emosi.Agak luar biasa rasanya jika
ada sesaorang yang mengaku bahawa dirinya tidak pernah menangis ... mungkin
tidak ada perasaan agaknya orang itu ,setidak tidak tidaknya semasa kita dilahirkan apakah tak ujud jua tangisan
itu...pelik kan ?. Kadang – kadang dari tangisan ini ujud pula pelbagai
persepsi ...ada persepsi yang dilemparkan oleh sesetengah orang khususnya
kepada orang dewasa yang suka menangis ,kononnya mereka mereka ini tergolong
dalam orang yang terlalu emosi ,manja,lemah dan lebih teruk lagi bersikap
kebudak- budakkan.Timbul persoalan Apakah lelaki juga menangis ?... Ada juga
orang mengatakan mana mungkin seorang lelaki akan menangis ,lelakikan kuat dan
ego nya kan tinggi... Tapi sedarkah kita Lelaki juga manusia sama seperti
perempuan ,cuma mereka berlainan jantina saja tapi tetap punya perasaan. Mungkin ramai juga tidak tahu atau tidak
perasan bahawa lelaki mungkin jauh lebih sering menangis,namun seorang lelaki
kebiasaannya akan menyembunyikan tangisannya didalam kekuatan akal nya...sebab
itulah ada orang mengatakan dan mungkin jua fakta, lelaki ni lebih kuat akalnya
dari perempuan dan sebab itu jualah apa yang kita lihat disebalik lelaki ni
kekadang bukan sikap dan nalurinya tapi kedegilannya... degil itulah yang
menyembunyikan segala termasuk perasaan dan emosinya.
Apa yang terjadi
selalunya adalah dari kejadin dan ketentuan Ilahi..Allah jualah yang mencipta
tawa dan tangis dan mencipta jua kenapa tawa dan tangis itu terjadi.Kalau nak
dihimpun cucuran air mata dari tangisan ini mungkin selebar dan sedalam Lautan
Hindi agaknya...ya itulah sumber air yang jatuh berderai dari mata menitis
dipipi lantas tumpah kebumi..Dari mata ? kecil sebenarnya mata kita ini namun
ianya tidak pernah kering dan sentiasa akan mengeluarkan dan mengalirkan air
mata jika tangisan yang datang walupun tanpa putus – putus waima setiap hari sekalipun ...kadang – kadang tak
ubah seperti aliran sungai yang mengalir kelaut.
Ayuh kita luaskan
minda kita dan kaitkan dengan siapa tangisan ini paling sinonim.... Wanita
?..Ramai yang mengatakan bila disebut tangisan ianya begitu sinonim dengan insan
yang bernama wanita.Mengapa ? Mungkin ada yang mengatakan WANITA ini adalah
insan yang sukar dimengertikan,insan yang hatinya lembut dan emosinya kekadang
berada dalam keadaan yang kurang stabil ...Betulkah begitu ? pada saya hanya
perempuan yang ada jawapannya.... Dari pemerhatian mata kasar kita apabila
seorang wanita ini menangis lantaran dari apa yang diterima dan dilaluinya ..perasaannya
akan menjadi tenang dan lega selepas ia menangis dan ada juga yang mengatakan
air mata itu juga satu terapi bagi mereka... Jika lelaki dikenali dengan
kedegilan dan egonya bagaimana pula dengan wanita ... Ada juga orang mengatakan
sesaorang wanita apabila ia sedih atau pun marah mereka lebih suka berdiam
diri,menyendiri dan menangis ,sensitif sebenarnya perasaan dan naluri seorang
wanita ini kekadang dengan sedikit kata kata yg dilemparkan kepada nya atau
dari usikanpun hatinya mudah tersentuh apatah lagi usikan tu datang dari orang
yang disayanginya ,apabila emosinya terganggu lantaran kata kata yg dilemparkan
kepadanya atau dari usikan tu emosinya akan terganggu dan mula merasa kecil
hati maka kesudahanya tangisanlah menjadi penawar mereka .Mungkin benar ada
juga orang mengatakan wanita mudah meluahkan perasaan marahnya dalam
tangisan.Tangisan dalam kemarahan ni sebenarnya adalah salah satu cara terbaik
untuk mengawal emosi supaya ia tidak menjadi lebih teruk dan mampu mengawal
emosi amarah itu.Sering kita lihat wanita jua akan menangis apabila ianya
menerima sesuatu kejutan yang mengembirakan,maka air mata dan tangisan
gembiralah yang menjadi pengganti ungkapan kata – kata.
Wanita adalah
makhluk ciptaan Allah yang mana mempunyai pemikiran yang agak komplek
berbanding kaum lelaki. Dalam tawa hilai kekadang wanita akan memerhati dan mengingati akan kenangan
silam mereka sekali gus tanpa diduga akan menyebab titisan air mata jatuh
berderai..Kebanyakan wanita kerap
menggingati setiap detik kehidupan mereka yang telah dilalui selama ini
,mungkin didalam itu terselit pelbagai terutama yang duka jadi kekadang air
matalah menjadi peneman mereka dalam meredakan keadaan apa yang mereka kenang
itu.
Pesanan untuk LELAKI.... Tangisan merupakan sesuatu
yang agak asing bagi lelaki...namun apabila sesaorang WANITA itu menangis,mereka
sebenarnya memerlu kan kita disisi mereka.Mereka bukan maukan apa - apa tapi mereka
perlukan kita untuk meredakan tangisan itu.
Apapun mungkin
tidak ramai dari kita yang tahu bahawa menangis ni sebenarnya amat
dicintai Allah swt,malah menangis ini mungkin boleh membuatkan sesaorang itu
mendapat nikmat dari Allah swt dan terhindar dari azabnya,lantas memperoleh
kebahagiaan yang didambakan ,didunia dan akhirat,menangislah kerana menginsafi
dosa sosa silam yang merupakan titik titik hitam yang mengkelamkan hati kita,Serulah
air mata itu dari persembunyiannya disebalik kelopak mata agar ia mampu menitis
,membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga air mata itu mampu
meleburkan dosa dosa silam kita lantas mendapat keampunan darinya.Jangan sekali
kali kita titiskan air mata tangisan itu untuk meratapi kegagalan kita dalam
meraih tujuan kerana Allah telah aturkan segalanya ,andainya itu tujuan
tangisan kita simpanlah air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi
diri atas segala kesalahan dan kekhilafan kita.
Kesatlah air mata itu andainya ia tak
perlu ditumpahkan ,Hemburkan air mata itu adainya ia mampu menzahirkan
ketenangan
Rabu, 14 Mei 2014
Buangkan Kesedihan Itu
Selagi kita dinamakan manusia pemikiran kita sentiasa berlegar
legar...sering berputar sebagaimana putaran bumi ini dipaksinya ..kita sering
menggingati tiap yang pernah dilalui lorong,denai dan ranjau yang pernah kita harungi..itulah
kehidupan kita. Menggingatkan kembali masa masa lalu dan menghadirkannya
kembali dalam kotak dan ruang kehidupan kita masa kini kamudian kita “ bersedih
“ diatas kedukaan dan kegagalan yang terkandung didalamnya .walaupun inilah
naluri kita ,jiwa kita tapi tidakkah ini satu tindakn yng dikira bodoh atau
membuang masa yang mana masa itu sepatutnya kita isikan dengan pekara pekara
lain dan baru.Bukankah tindakan kita itu juga akan membunuh semangat,harapan
dan menghalang kita untuk menjalani kehidupan yang sepatutnya dan memupuskan
tekad dan mengabur masa depan yang belumpun terjadi.
Menjadilah seorang yang berfikir ,mengapa tidak peristiwa masa lalu kita
simpan terus didalam lipatan sejarah dan kiranya perlu tak usahlah kita buka
kembali lipatan itu...jika perlu jua cuba kita letakan dan simpan ianya dan
jika perlu penjarakan kenangan itu ,kerana walaubagaimana sekalipun tiap
peristiw dan kenangn tersebut hanyalah merupakan sebahagian dari masa lalu dan
anggaplah ianya telah terkubur dan berakhir.Dengan yang demikian tiada lagi
kesedihan ,kedukaan dan kita berharap ianya tidak berulang dan hidup kembali
kerana sememangnya ia telah kita campakan sejauh – jauhnya.
Sebenarnya tak usahlah kita hidup didalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau terpengaruh dengan bayang
bayang suram masa silam.berganjaklah dari fantasi tersebut kerana andainya kita
masih terus beridolakan masa lalu itu seolah olah kita ingin menjempu kembali
pelbagai yang suram yang telah kita lalui dulu itu. Kekadang jika kita terus
berimiginasi dengan rentetan masa silah yang duku dan sedih itu kita jua seolah
olah bayi kembali keperut ibunya,air mata kembali kekelopak matanya pada hal
semua itu akan membuatkan kita mengalirkan air mata. Dengan pemikiran kita yang
membenarkan kita kembali kemasa lalu,beerti kita sendiri merelakan diri kita
kembali keera keresahan,kesedihan,kita kena ingat....bahawa masa lalu yang
suram itu tak ubah seperti api yang terus membakar dan kadang- kadang
menakutkan.Sebagai manusia sebenarnya kita tak perlu untuk memalingkan wajah
kita kebelakang dan menghayati masa masa silam yang suram itu sebolehnya
janganlah kita menjadi seorang yang cuba menumbuk tepong atau berusha mengergaji
serbok kayu.Membuka kembali lembaran masa lalu sedikit sebanyak hanya akan merosakan
suasana yang ada dimasa kini dan lebih teruk lagi ianya akan mensia siakan apa
yang kita buat dihari ini.
Apakah tidak ada kesedihan dalam hidup ini ?..... Kita sebenarnya tidak
dilarang bersedih kerana itu jua perasaan dan setip manusia punyai
perasaan..tapi kita tidak digalakan sama sekali bersedih-sedih. Bersedih ,menangis itu adalah lumrah kerana
kadang – kadang air mata juga boleh mengubat luka dan air mata jua mampu
menjadi terapi jiwa dan seboleh bolehnya menangislah kita di ribaan pencipta
bukan tangisan yang meratap hiba TAPI janganlah kita bersedih-sedih ,berapa
banyak air mata yang harus dan mesti kita alirkan..berapa banyak masa yang
perlu kit bazirkan demi untuk menghayati kesedihan itu,kita jua kena ingat
hidup ini mesti kena teruskan,masa tidak pernah menyimpan belas dan kasihan
pada kita apatah lagi masa yang kita
habiskan dengan mengenang dan bersedih dengan kisah lampau kita juga kena ingat
masa akan terus pergi dan ia tidak akan menunggu kita yang seringkali meratapi
kesedihan masa silam.Kadang-kadang kita lupa atau kita sengaja lupa bahawa
bencana akan menimpa kita bila kita lemah dalam menghaadapi masa kini dan
terlalu menyibukan diri kita dengan masa suram era lalu ,tak perlulah untuk
kita mensia-siakan mahligai indah dan istana tersergam yang kita miliki kini
dan cuba mempetaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu kita yang
usang dan suram itu,kerana kita terlalu terbawa bawa dengan kesedihan masa lalu
itu... Jadi berhentilah dari rutin hidup yang sia - sia ia itu mengenang
kesedihan masa lalu .
Jadi...itulah manusia memang terkadang tak boleh lepas dari rasa
sedih,menangisi masa silam,perjalanan hidup ini akan terus bersilih ganti
kesedihan dan kegembiran tak ubah seperti ombak dipantai..Banyak yang tak ingin
kita tinggalkan dari hidup ini namun kita kena ingat semuanya pasti ada
pengakhirannya sesuai dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu jangan lah kita terbawa
bawa dengan kesedihan masa silam,buangkanlah ianya sejauh-jauh mungkin agar ia
tidak akan mempengaruhi kehidupan kita dihari ini.
Campakkanlah kesedihan dan kesuraman masa lalu itu dipenjara yang sedalam
dalamnya agar ianya tidak mampu ditembusi cahaya yang bisa membuatkan kita
ingin mengamitnya kembali...
Kita Mampu Bangun
Lahirku
keatas muka bumi ini dengan keizinan mu Tuhanku,Kini hari demi hari telah
berlalu, tahun berganti tahun dan detik
demi detik telahpun menghilangn dan yang
pasti masa dan detik itu telah lama meninggalkan aku, namun terkadang aku
terleka masa berlalu begitu saja sesungguhnya aku terlalu lalai dalam
mengira,menghitung dan memanafaatkan tiap ruang dan waktu yang telah tuhan
berikan sejak aku mengenal dunia ini.
Bila hayati kembali masa masa yang telah jauh ditinggalkan rupanya perjalanan ku
dipentas dunia ini tidak semuanya indah yang diiringi senyuman serta tawa , kekadang
ianya jua sering disulamkan dengan
tangisan dan kepiluan.Namun bila kita fikirkan ,itulah hakikat sebenar dan
lumrah sebuah kehidupan yang mana sebagai insan yang dinamakan manusia ianya
pasti dan mesti kita lalui.Tapi apabila kini kedewasaan telah menjadi milik ku
,aku anggap tangisan masa silam adalah satu pengajaran dan pembelajaran yang
tak perlu pembiayaan untuk kita pelajari dan tak perlu ada sekolah untuk kita
hadiri manakala tawa dan riang itu merupakan satu rahmat yang perlu dan mesti kita syukuri dan mesti kita kecapi.
Terkadang terlalu rapuh langkah langkah yang diatur dalam meniti batas batas kehidupan hingga
sering membuat kita tergellincir ,apakah sebenarnya kita tidak kuat atau apakah
sememangnya kita yang sering alpa sehingga membuatkan kita mudah tersungkur kita mudah diperdaya oleh hati kita sendiri
atau apakah telah tersurat dan tertulis “itulah kehidupan kita “, walaupun kadang kadang hati ini terasa sayu dan duka apabila mengenang detik detik silam yang menghimpit
jiwa yang telah kita tinggalkan untuk
dijadikan pelajaran.Tapi sebenarnya itulah pelajaran buat kita.
Saat aku jatuh terluka,aku menangis dan meratapi nasib diri ini,apakah ini segala galanya bahagian yang harus ku terima …. Namun Tuhan masih tunjukan jalan untukku…lantas aku masih mampu menoleh sekeliling….melihat dunia mentertawakan aku,melihat insan insan lain tersenyum sinis…lantas Aku menyedari jatuhnya aku dikala itu bukan bermakna aku akan terus tersembam mengadap bumi masih ada ruang untukku bangun dan menangkis senyum dan tawa sinis yang telah mereka dipamerkan.
Saat aku jatuh terluka,aku menangis dan meratapi nasib diri ini,apakah ini segala galanya bahagian yang harus ku terima …. Namun Tuhan masih tunjukan jalan untukku…lantas aku masih mampu menoleh sekeliling….melihat dunia mentertawakan aku,melihat insan insan lain tersenyum sinis…lantas Aku menyedari jatuhnya aku dikala itu bukan bermakna aku akan terus tersembam mengadap bumi masih ada ruang untukku bangun dan menangkis senyum dan tawa sinis yang telah mereka dipamerkan.
Ramai orang mengatakan bahawa hidup ini tak ubah seperti air yang mengalir ,tiba
ketikanya nanti pasti ianya sampai
kelaut juga…benarkah begitu ? pada saya tidak….bukan semua air itu jika dibiarkan akan kelaut destinasi
terakhirnya.Begitu juga kehidupan ni, walaupun kita istilahkannya seperti air yang mengalir namun jika kita biarkan ianya mengalir
sendiri tanpa kita pantau dari dalam pasti ianya akan tersasar jua ,dan
tersasarnya itu pasti meninggalkan kesan yang pahit buat diri kita.
Dalam kehidupan ini setiap insan termasuk
diriku punyai cerita sendiri,,cerita
yang kadang kadang indah seindah warna warna pelangi dan tak kurang juga yang
suram sebagaimana suramnya bulan yang dibayangi awan awan kelam.yang indah
pasti tersenyum yang suram pasti bersedih dan muram. Aku telah melalui detik
detik suram dalam hidup yang mana pada satu ketika aku menggangap bahawa tidak
ada keadilan dalam kehidupan ,tapi ternyata tanggapan aku itu salah belaka ,bila
aku muhasabah kembali diri ku, merenung sedalam dalam nya diriku dengan
pandangan mata hatiku sendiri ,melihat dimana silapku ,apa kekuranganku AKU
SEDAR bahawa sebenarnya TUHAN tidak
menguji aku dengan sia-sia,tuhan telah berikan aku sesuatu untuk aku merasa
pahitnya penawar agar aku tahu penawar yang pahit itulah penyembuhnya
.Kelukaan,kedukaan rupa-rupanya ada resepi yang dicipta untuk kita sebagai hamba
yang lemah ini dalam mendekatkan diri kita
kepada penciptanya….mungkin apa yang diberikan kepada kita selama ini
adalah ramuan yang terbaik walaupun pahit agar kita tidak leka dan alpa.Kini
aku menyedari Ujian yang tuhan berikan untuk diri kita bukan beerti kita
dihukumnya tapi ini bermakna Ia masih menyanyangi diri kita ,dan Aku bertekad
dan memohoh kehadrat Ilahi agar aku diberikan kekuatan agar langkah-langkah ku
tidak lagi serapuh dulu,perjalananku tidak lagi dibayangi batas batas yang
berliku akan dapat ku sempurnakan baki baki kehidupan ku ini dengan redho Mu
dalam memgharungi hidup ini yang kadang – kadang penuh berduri.
Langgan:
Catatan (Atom)