Halaman

Rabu, 14 Mei 2014

Buangkan Kesedihan Itu



Selagi kita dinamakan manusia pemikiran kita sentiasa berlegar legar...sering berputar sebagaimana putaran bumi ini dipaksinya ..kita sering menggingati tiap yang pernah dilalui lorong,denai dan ranjau yang pernah kita harungi..itulah kehidupan kita. Menggingatkan kembali masa masa lalu dan menghadirkannya kembali dalam kotak dan ruang kehidupan kita masa kini kamudian kita   “ bersedih “ diatas kedukaan dan kegagalan yang terkandung didalamnya .walaupun inilah naluri kita ,jiwa kita tapi tidakkah ini satu tindakn yng dikira bodoh atau membuang masa yang mana masa itu sepatutnya kita isikan dengan pekara pekara lain dan baru.Bukankah tindakan kita itu juga akan membunuh semangat,harapan dan menghalang kita untuk menjalani kehidupan yang sepatutnya dan memupuskan tekad dan mengabur masa depan yang belumpun terjadi.

Menjadilah seorang yang berfikir ,mengapa tidak peristiwa masa lalu kita simpan terus didalam lipatan sejarah dan kiranya perlu tak usahlah kita buka kembali lipatan itu...jika perlu jua cuba kita letakan dan simpan ianya dan jika perlu penjarakan kenangan itu ,kerana walaubagaimana sekalipun tiap peristiw dan kenangn tersebut hanyalah merupakan sebahagian dari masa lalu dan anggaplah ianya telah terkubur dan berakhir.Dengan yang demikian tiada lagi kesedihan ,kedukaan dan kita berharap ianya tidak berulang dan hidup kembali kerana sememangnya ia telah kita campakan sejauh – jauhnya.

Sebenarnya tak usahlah kita hidup didalam  mimpi-mimpi  buruk masa lalu atau terpengaruh dengan bayang bayang suram masa silam.berganjaklah dari fantasi tersebut kerana andainya kita masih terus beridolakan masa lalu itu seolah olah kita ingin menjempu kembali pelbagai yang suram yang telah kita lalui dulu itu. Kekadang jika kita terus berimiginasi dengan rentetan masa silah yang duku dan sedih itu kita jua seolah olah bayi kembali keperut ibunya,air mata kembali kekelopak matanya pada hal semua itu akan membuatkan kita mengalirkan air mata. Dengan pemikiran kita yang membenarkan kita kembali kemasa lalu,beerti kita sendiri merelakan diri kita kembali keera keresahan,kesedihan,kita kena ingat....bahawa masa lalu yang suram itu tak ubah seperti api yang terus membakar dan kadang- kadang menakutkan.Sebagai manusia sebenarnya kita tak perlu untuk memalingkan wajah kita kebelakang dan menghayati masa masa silam yang suram itu sebolehnya janganlah kita menjadi seorang yang cuba menumbuk tepong atau berusha mengergaji serbok kayu.Membuka kembali lembaran masa lalu sedikit sebanyak hanya akan merosakan suasana yang ada dimasa kini dan lebih teruk lagi ianya akan mensia siakan apa yang kita buat dihari ini.

Apakah tidak ada kesedihan dalam hidup ini ?..... Kita sebenarnya tidak dilarang bersedih kerana itu jua perasaan dan setip manusia punyai perasaan..tapi kita tidak digalakan sama sekali bersedih-sedih.  Bersedih ,menangis itu adalah lumrah kerana kadang – kadang air mata juga boleh mengubat luka dan air mata jua mampu menjadi terapi jiwa dan seboleh bolehnya menangislah kita di ribaan pencipta bukan tangisan yang meratap hiba TAPI janganlah kita bersedih-sedih ,berapa banyak air mata yang harus dan mesti kita alirkan..berapa banyak masa yang perlu kit bazirkan demi untuk menghayati kesedihan itu,kita jua kena ingat hidup ini mesti kena teruskan,masa tidak pernah menyimpan belas dan kasihan pada kita apatah lagi masa  yang kita habiskan dengan mengenang dan bersedih dengan kisah lampau kita juga kena ingat masa akan terus pergi dan ia tidak akan menunggu kita yang seringkali meratapi kesedihan masa silam.Kadang-kadang kita lupa atau kita sengaja lupa bahawa bencana akan menimpa kita bila kita lemah dalam menghaadapi masa kini dan terlalu menyibukan diri kita dengan masa suram era lalu ,tak perlulah untuk kita mensia-siakan mahligai indah dan istana tersergam yang kita miliki kini dan cuba mempetaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu kita yang usang dan suram itu,kerana kita terlalu terbawa bawa dengan kesedihan masa lalu itu... Jadi berhentilah dari rutin hidup yang sia - sia ia itu mengenang kesedihan masa lalu .

Jadi...itulah manusia memang terkadang tak boleh lepas dari rasa sedih,menangisi masa silam,perjalanan hidup ini akan terus bersilih ganti kesedihan dan kegembiran tak ubah seperti ombak dipantai..Banyak yang tak ingin kita tinggalkan dari hidup ini namun kita kena ingat semuanya pasti ada pengakhirannya sesuai dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu jangan lah kita terbawa bawa dengan kesedihan masa silam,buangkanlah ianya sejauh-jauh mungkin agar ia tidak akan mempengaruhi kehidupan kita dihari ini.


Campakkanlah kesedihan dan kesuraman masa lalu itu dipenjara yang sedalam dalamnya agar ianya tidak mampu ditembusi cahaya yang bisa membuatkan kita ingin mengamitnya kembali...

5 ulasan:

  1. n3 terbaik...kesedihan harus dilupakan tapi tetap menghantui perasaan...

    BalasPadam
  2. Tu lah kak....kekadang terlalu sukar untuk dikikis walaupun kita tahu ianya tak akan memberikan kita apa apa selain dari kemurungan berpanjangan sedangkan kita tahu kelansungan hidup ini mesti diteruskan

    BalasPadam
  3. perasaan sedih tak boleh nak di buang macam tu aje... yg merasa je yg tau betapa perit, derita, sengsara.... hati tertanya2 kenapa kita yg menjadi sasaran? apa salah dan dosa kita pada mereka2 itu?
    namun rasa sedih tu tak lah sampai menjadikan hidup kita tak beerti.... kasih sayang suami & anak2 lah menjadikan kita lbh kuat dan tabah... Allah ada untuk memohon kekuatan dan perlindungan...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Pencerahan yang sangat bermanfaat..

    Artikel berkaitan (http://abuikhwan.blogspot.com/2013/02/kesedihan-adalah-kasih-sayang-nya.html)

    BalasPadam
  5. Terima kasih abuikwan saya sering kelaman anda...terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam