Sering kita mendengar keluhan
tentang “HIDUP’ dan ‘ KEHIDUPAN’... Sebenarnya Hidup ini sememangnya SUSAH
tetapi bukanlah MENYUSAHKAN. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT
memang menjadikan hidup dan kehidupan kita ini penuh dengan cabaran ,dugaan dan
rintangan. Acap kali kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang
merupakan masalah dan ujian dalam kehidupan kita ini...... Apakah benar hidup
ini susah ?
Kerana susahnya hidup inilah yang
boleh membuatkan diri kita membesar
dengan matang dan kuat Usah kira berapa banyak masalah yang telah dan mampu kita selesaikan disepanjang perjalanan kehidupan kita ini kerana masalah-masalah yang bertandang inilah yang sebenarnya mematangkan kita menguatkan kita kita di dunia ini....jika tidak, anggapan kita tak ubah seperti aliran sungai semata...sentiasa mengalir tak kira dikala hujan atau dimusim kemarau tetap mengalir...
Apapun rasanya kita perlu tanam dan
memiliki kesedaran bahawa hidup ini sememangnya susah penuh dengan liku,cabaran
dan dugaan. Kita akan menjadi manusia yang tak pernah bersedia dengan segala
kemungkinan apabila kita tidak pernah merasa susah dan tiada kesusaahan dalam
kehidupan. BERSEDIA bukan beerti kita sering memikirkan masalah tapi kita kena
bersedia dengan mental dan corak pemikiran kita bila masalah itu datang
bertandang menjengah kita,agar kita tak terperuk lesu...dan bukan juga
merumitkan sesuatu yang kadangkala mampu kita harungi.... jangan sambil lewa
dengan kehidupan kita.
Apabila Kita menyedari bahawa hidup ini sememangnya susah, kita juga perlu
sedar bahawa kekuatan dan daya yang ada kita miliki ini hanyalah sekadar kekuatan dan daya
yang Allah SWT serapkan ke dalam diri kita. Kita sememangnya tidak mampu untuk mengharungi
kehidupan yang susah,getir dan berliku ini tanpa bantuan Allah SWT,kerana segala
galanya adalah datang dari kekuasaannya juga oleh itu kita
akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Mungkin ada diantara kita ini yang pernah
dan sering berputus asa dalam melayari bahtera kehidupan ini kerana kita SERING
memikirkan bahawa hidup ini sebenarnya SENANG,segala musibah,masalah menimpa, kita
fikir ia senang dan terlalu mudah untuk kita selesai dan rungkaikan. TETAPI
apabila kita sebenarnya dalam keadaan tidak bersedia untuk berhadapan dengan
masalah ,musibah yang datang bertandang, apa yang kita fikirkan SENANG selama
ini rupanya terlalu jauh meleset.....dikala itu kita menjadi tak keruan kerana
diminda kita tak ada benda yang susah.
Tidak mustahil seperti yang banyak kita dengar ada antara kita mengambil
keputusan yg diluar dugaan kita ,atau lebih ektrim lagi kita cuba lari dari
masalah itu dengan mengambil jalan yg paling mudah tapi amat bertentangan
dengan agama kita.....kerana apa...kerana kita tidak pernah bersedia untuk
SUSAH.
Hakikatnya hidup ini sememangnya susah
tetapi susah itu bukanlah kita jadikan alasan untuk kita lari dari masalah yang
datang bertandang ,kekadang bila kita lari dari sesuatu masalah tak mustahil
masalah itu akan menjadi lebih rumit,kita kian menjadi resah,gelisah mengapa
tidak kita tanamkan harapan disamping mengharungi permasalahan itu dan berserah
pada Allah dan mengharapkan masalah ini akan terungkai dan selesai.
Andainya
kita sedar bahawa hidup ini memang susah namun kita bertekad untuk
mengharunginya dengan penuh ketekunan,ketenangan dan kesabaran tidak mustahil
ianya pasti menjadi senang dan yang paling penting hati kita ni sentiasa ada
untuk Allah..... dalam kepayahan dan susah sekalipun andaikata perhubungan atau
komunikasi kita denganNYA sentiasa ada Insyaallah jiwa kita tidak akan terputus
untuk menggingatinya.....
APAKAH BENAR SEMEMANGNYA HIDUP INI
SUSAH ?
Sebenarnya hidup ini indah dan tak sesusah mana yang kita
gambarkan seandainya kita mampu mengambil ibrah dari setiap permasalahan yang
kita hadapi bukannya mengambil jalan mudah. Orang-orang yang tabah,kuat dan penyabar
akan mudah mengambil ibrah dari setiap ujian yang bertandang dalam hidupnya , sementara
orang orang yang kurang sabarnya dan mengangap hidup ini senang dan mudah
sebelumnya , akan mudah berprasangka buruk pada Allah SWT atas apa yang menimpa
dirinya .
Itulah
Sebenarnya Kehidupan Ini “SUSAH “ tapi ‘
BUKAN MENYUSAHKAN “
Sesungguhnya kita
sebagai manusia sememangnya layak untuk mengecapi kebahagian dan bukannya kesusahan. Tapi Tuhan seringkali datangkan
ujian demi ujian untuk manusia sebagai
menguji ketabahan hati,dan sebagai jalan pengukur sejauh mana kita mampu
menggingatinya ,mendekati dan memohon darinya.
Kita juga kena ingat
tidak ada jalan pintas untuk meraih
kesenangan dan kita juga kena tahu tiap sesuatu tu datangnya dari Allah maka janganlah kita mengasingkan diri darinya.
wah motivasi yg membina semangat diri ni insya Allah..kehidupan ini tidak terlalu rencam n sulit tapi yg memilih menyusahkan diri dgn pelbagai alasan...bersyukur itu sebaikbaik penyelesaian kpd kesusahan...
BalasPadamBila kita sambil lewa dengan kehidupan....kita akan temui jalan susah ,sedangkan ia nya jika kita bersedia ,kuat tak sesukar mana kehidupan ni
BalasPadam