Kita sering
mebicarakan soal kehidupan,percaturan kehidupan dan perancangan kehidupan..Tapi
kita kena ingat bahawa hidup ini mesti dilihat mengikut ketetapan penciptanya
iaitu Allah SWT,dengan itu mungkin kebahagian yang hakiki dan yang abadi mampu
kita miliki. Kadang-kadang kita sendiri telah merancang dan melakarkan skrip
kehidupan mengikut acuan dan kemahuan kita dan kita juga berharap ianya akan
berjalan lancar mengikut episod demi episod seperti yang kita inginkan
sebagaimana episod- episod drama yg kita tonton dikaca tv berjalan seperti yang
diatur pengarahnya.Dalam soal ini kita juga mungkin bertindak sebagai pengarah
dan penulis skrip kehidupan kita itu ...Tapi kita kena ingat kadang-kadang
skrip yang kita lakarkan untuk perjalanan hidup kita ni tak semestinya menjadi reality
sebagaimana skrip skrip drama yang dilakunkn oleh pelakon pelakon dikaca tv
itu. Apa yang nyata kini sebenarnya kita
bukanlah penulis skrip kehidupan yang hebat dan mampu merialisasikan tiap yang
kita lakarkan itu kerana yang nyata sesungguhnya DIA lah penulis skrip
kehidupan kita,DIA lah yang menentukan segalanya,DIA lah menguasai setiap apa
yang ada di langit dan dibumi termasuk DIRI KITA ....Jadi usahlah kita
mendendangkan skrip lama yg gagal diterjemahkan untuk kita kenang dalam ingatan
kerana mungkin ianya telah menjadi CATATAN HITAM yg tak mampu diterjemah.
Semua
orang termasuk diri kita - kita ini mempunyai cerita silam masing – masing ,samaada
berlaku kegagalan dalam sesabuah perhubungan yang lalu mahupun ada melakukan
kesilapan.Namun dalam perhubungan ,kita tidak seharusnya untuk menoleh kembali
kebelakang ,merenung ,menghayati apatah lagi untuk menggingati masa masa silam
yang telah berlalu , terutama masa silam yang muram yang pernah meletakan kita
dalam keadaan yang jauh menyimpang dari skrip lakaran kita.
Mungkin sesetengah dari kita,kisah silam ibarat pisau
yang menikam,kuku yang mencengkam apabila ianya diingat – ingatkan ,justeru itu
mungkin juga sebahagian dari kita amat gembira untuk melupakan tiap titik hitam
dlam nostalgia silam dan merasa amat bahagia apabila mengambil pendekatan tidak
mengenangkan nya.malah mungkin juga ada yang lebih bersedia untuk hidup dalam
mimpi mimpi kisah silam,bagi mereka yang bersedia ni rasanya kisah silam mereka
agak kurang tragik ,samar-samar berbanding
mereka yang tertusuk dek ketajaman pisau itu.
Tidak mustahil dalam situsai kita telah terlalu jauh meninggal dan melupakan kisah silam kita diajak menyapa kembali kenangan itu,kita diajak menggingat kembali keindahan yang pernah skripnya kita lakarkan walaupun hakikatnya skrip itu telah lama hangus menjadi abu abu yang mungkin telah berterbangan.Kini kita perlu lari dari gamitan itu kerana tak mustahil gamitan itu membuahkan perasaan kasihan simpati dan akan bersarang kembali dihati kita , sebelum sarang itu dihuni dan berpenghuni lebih baik kita beredar dan jangan menoleh lagi walaupun gamitannya masih terdengar ditelinga dan hati kita. Biarlah skrip kehidupan yang pernah kita lakarkan berkubur walaupun tak bernesan kerana kita masing masing telah punya skrip baru kehidupan yang perlu direalisasikan jika dengan izin Allah untuk kelansungan hidup kita masing – masing dihadapan..pelihara dan terjemahkan skrip itu menjadi realiti bukan lagi skrip yang gagal dijdikan episod demi episod kehidupan lampau kita.

Berbagai –bagai ekspresi yang kita sebagai manusia mampu
tunjukan untuk melahirkan rasa tertekan bila mengenangkan nostalgia nostalgia
silam yang suram,tak bercahaya dan patah ditengah jalan...tiada seseiapapun
yang menginginkan begitu.Manusia ni anugerahnya sangat hebat,punya perasaan
untuk merasai,dikurniakan akal untuk memikir diberikan deria untuk mentafsir
jadi rasalah,fikirlah dan tafsirlah dengan berpandukan nostalgia silam
itu,tolehlah ia seketika untuk kita jadikan panduan dan jangan digamit lagi nostalgia
itu andainya ia pernah menghadiahkan KEKECEWAAN....buangkannya sejauh mungkin.
Sempurnanya tulisan ini...setiap frasa tidak jemu dibaca...skrip hidup kita berbeda-beda, walau kita merencana mengolahnya mengikut citarasa kesukaan kita namun lain pula jadinya...apa yg dilalui menjadi nostalgia indah pula sbg hak peribadi milik kita seorang...berhati-hati dgn jln takdir hidup kita..lalui sebaiknya hingga noktah terakhir...
BalasPadamKak...kekadang bila kita mengimbau kita mampu menghayati dan menzahirkannya dgn luahan kata kata..... Ya kak..kita hanya mampu merancang,melakar dan sesekali mengolah namun ketentuannya bukan ditangan kita....yg pasti kelansungan hidup untuk hari hari seterusnya itu yg sepatutnya jdi matlamat kita bukan menangisi nostalgia silam yg hambar
BalasPadam