Halaman

Jumaat, 9 Mei 2014

Pesanan ku Untuk Anak


Adakah kita sering menceritakan kepada anak anak kita tentang orang tua kita iaitu datuk atau nenek – nenek mereka. Ceritakanlah kepada mereka tentang insan yang bernama IBU mungkin mereka tidak jemu mendengarnya dan kita jua tidak jemu terus menceritakannya... bukan saja kekadang kita bercerita tentang ibu kita tapi lantaran telah bercerita kita selitkan jua tentang cerita ibu mereka ia itu IBU kepada anak – anak kita. Mungkin mereka akan terpegun dengan cerita cerita kita dan terus mendengar akur dan diam Cuma sesekali melontarkan pertanyaan... Aku terus berdoa moga moga cerita cerita kita itu akan menginsafkan mereka tentang jasa – jasa seorang yang bernama IBU dan disatu masa nanti mereka – mereka jua akan bergelar dengan status tu dan panjang pangkanlah cerita cerita tentang insan yang bernama IBU kepada generasi generasi selepas mereka.

GAMBAR HIASAN

Detik berlari dan masa terus berlalu tanpa menanti walau sesiapapun dan semakin  hari usia kita kian bertambah angkanya dan beerti kian pendek tempoh untuk kita menghuni dunia ini. Dalam era kita kian meniti usia kepenghujung  ini ingatan kita kepada insan yang bernama ibu tidak pernah lekang dari cengkaman perasaan kita...mereka sentiasa ada dihati kita ,wajah mereka masih dapat kita bayangkan dengan jelas ,kekadang ceria,lesu namun tetap segar diingatan kita walaupun telah bertahun tahun mereka pergi...pergi yang tak kembali lagi lagi. Bila kita imbas kembali ...betapa besarnya peranan insan yang bernama IBU dalam mendewasakan kita sehingga kehari ini.Begitu besar jasa dan peranan insan yang bernama IBU ini..mereka tak kenal erti jemu,mereka jua sering ketawa kerana kita dan mereka jua bias menangis kerana kita ...Ayuh marilah kita renung-renungkan sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala jasa insan yang bernama IBU ini dan kita renungkan juga apakah yang telah kita lakukan sehingga insane yang bernama IBU ini pernah menangis kerana kita .

Untuk kita cerita dan senaraikan apa yng telah insan bernama IBU ini lakukan untuk kita sedari kita menjengah bumi Allah ini lagi sehingga kita seusia ini tak tercatit rasa nya didada kertas ini,terlalu banyak untuk kita balas jasa-jasa insan bernama IBU  ini juga tak terbalas rwalaupun kita punyai wang sekarung guni ,harta setimbun bukit CUMA sebagai seorang anak kita cubalah jauh kan diri kita dari sikap Kacang Yang Lupakan Kulit , janganlah derhakai dirinya jangan biarkan air mata kedukaan menitis dipipinya lantaran sikap kita ,Jangan lenyapkan diminda kita segala gala apa yang telah dicurahkannya kasih saying dan pengorbanan siang dan malam yang tak berbelah bagi dan tak kenal erti jemu untuk diri serta  kehidupan kita . Kita kena ingat bahawa syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka masih ada hayat hidup mereka,selagi nyawa dikandung badan supya kita tidak akan TERKILAN BERPANJANGAN dan menghantui hidup kita.

GAMBAR HIASAN

INGATLAH...tiga jasa insan yang bernama IBU ini tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun walaupun ayah kita sendiri iaitu MENGANDUNGKAN kita selama 9 bulan 10 hari dengan segala bentuk kepayahan...kedua MELAHIRKAN  kita seolah berjuang antara hidup dan mati dan ketiga MENYUSU dan MEMBESARKAN kita dengan penuh rasa kasih sayang.INGATLAH..... ketika begitu berat hati kita untuk membalas tiap jasa yg dilakukan insan  bernama IBU ini,mendoakan kannya cubalah kita kenangkan ,betapa disatu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya...Tak kira betap besar dan gah kita dimata masyarakat umum sekelian NAMUN kita adalah insan yang hina jika kita melupakan tiap jasa jasa yang telah insane bernama IBU ini sumbangkan terhadap diri kita .Oleh itu jengah dan kenang dan balaslah jasa jasanya sementara ia masih ada andai ia telah pergi mengadap Ilahi kita masih mampu membalas jasa jasa nya dergan mendoakannya disetiap kali kita berada ditikar sembahyang. Sepotong hadis baginda Rasullullah SAW bermaksud....
Rasullulah SAW bersabda “ Apabila sesaorang itu tidak lagi mendoakan untuk kedua ibubapanya ,sesungguhnya dia telah memutuskan jalan razekinya “.( Hadis Riwayat Ad- Dailami )

GAMBAR HIASAN

Jangan biarkan IBU KITA menangis kerana KITA



2 ulasan:

  1. ibu tetap menangis setiap kali hatinya terguris mungkin faktor usia menjadikannya terlalu sensitif namun dlm setiap doanya dia redha n memaafkan kesalahan anak2 yg amat dikasehinya. sebagai anak n boleh jadi seorang ibu/ayah pengalaman hidup mendewasakan mrk n dpt menilai betapa berharga kasih sayang seorang ibu yg x terbanding n tiada galang gantinya.

    BalasPadam
  2. Bila sampai ssat kita berada ditempat mereka terutama ibu....barulah kita benar benar memahami naluri seorang ibu.... secara peribadinya...saya bukanlah seorang snak yg boleh memeningkan hati n perasaan ibu TAPI saya pernah titiskan air matanya dan hampakan harapannya hingga tinggakan kesan TERKILAN BERPANJANGAN..... andainya mampu saya putarkan kembali saat itu akan saya kesatkan air mata itu dan penuhi impiannya.....Alfatihah dan disetiap masa doa sentiasa dititipkan untuk kedua mereka yg telah lama mengadap Ilahi.... moga mereka sentiasa ditempatkan bersama sama org yg soleh...

    BalasPadam