Halaman

Khamis, 20 November 2014

Memori 2013 yang mengundang kepayahan

Ketika entri ni di tulis hujan masih terus mencurah seolah olah  tiada titik noktahnya... Apakah sesuatu yang terjadi dan berlaku di penghujung 2013 kan berulang lagi... Banjir itulah  bencana yang seolah olah menjadi rutin tahunan di Pantai Timur  dan igauan buruk yang amat menggusarkan .Bila disebut Banjir dikepala kita telah mula dapat membayangkan akan kemusnahan,kesenggsaraan dan mungkin juga kehilangan.Namun begitu kejadian alam ini tidak mampu untuk kita tepis dengan kudrat kita sebagai manusia ni, Cuma kita hanya sekadar mampu untuk mengurangkan kemusnahan itupun hanya kebarangkalian saja. Banjir juga kadang kadang umpma malang yang tak mampu di tolak,mujur yang tak boleh diraih,dengan ada yang mengalami kerugian dan segelintir yang meraih rezeki tampa perlu susah mencari.

Negara kita Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. Ciri utama iklim ini ialah jumlah hujan tahunan yang lebat diantara 1500 mm hingga 3500 mm dan yang lebih penting ialah kejadian tempoh hujan lebat berterusan biasanya selama beberapa hari. Lantaran itu pada kebiasaannya negara kita akan mengalami dua fenomena banjir  iaitu banjir kilat  dan banjir monsun.

Selama hampir 17 tahun  aku menetap di Pantai Timur ini  ,fenomena banjir ditahun 2013 aku rasakan begitu dasyat sekali yang pernah aku lihat  sepanjang aku bermastautin disini dimana aku seolah olah terkepong didalam kemelut banjir itu sendiri . Menurut cerita penduduk penduduk asal disini banjir kali ini ( 2013 ) merupakan banjir terburuk sekali pernah melanda Kemaman.Tapi syukur Alhamdulillah kawasan dan kediaman ku tidak terlibat atau terselamat dari bencana banjir kali ini    ( 2013 ) ,walaupun aku ,keluargaku dan seluruh penduduk dikawasan penempatanku tidak terlibat dengan bencana ini namun kesusahan dan kepayahannya tetap kami rasai juga.

Pad 03 dec 2013 hari pertama banjir melanda ..sekitar jam 5 petang aku mula bergerak balik dari pejabatku di Kuantan ke Kemaman...pada mulanya perjalanan agak lancar setiba nya aku dijalan Jabor menghala ke Sunai Ular aku mula melihat kereta mula berpatah balik ke arah Kuantan melalui jalan yang sama  kearah Kemaman namakala Jalan yg menghala ke Kuatan kosong tanpa sebuahpun kereta yang lalu..aku meneruskan perjalananan ku setibanya aku di kawasan Gebeng aku lihat air telah mula melempah diatas jalanraya dan banyak kereta yang tersadai disitu termasuk kereta aku.... hampir setengah jam aku disitu aku berpatah balik ke Kuatan kerana gagal untuk meneruskan perjalanan ke Kemaman.Jalan tersebut tidak boleh lagi dilalui oleh mana mana kenderaan dan perhubungan jalan itu ternyata telah terputus.



di Jalan Jabor ke Sg Ular berhampiran Gebeng

Setelah berpatah balik ke pejabat pada sebelah malam nya aku dan rakan rakan sekerja ku menolong urusan pemindahan mangsa magsa banjir di Chenderawasih  Kuantan .Daerah Kuantan juga teruk terkena banjir pada kali ni....segala pergerakan dan aktiviti seolah olah lumpuh.Pada 04 Dec 2013 seawal pagi nya aku mencuba sekali lagi untuk balik ke Kemaman,Kali ini aku menggunakan jalan pelabuhan Kuantan kerana jalan Jabor telah terputus sama sekali untuk semua kenderaan. Sepanjang perjalanan aku terpaksa meredah kawasan dan jalan yang dinaiki air ,aku berjaya melepasi semua halangan tu,namun setiba nya di kawasan rehat r & r Chendor berhadapan dengan Impiana resort sekali lagi perjalananku tergendala,berpuluh puluh buah kenderaan tersadai disini.Aku sampai di kawasan r & r Chendor sekitar jam 0800 pagi.Menjelang jam 1200 tengahhari aku masih lagi tersadai disini.Kira kira jam 1230 t.hari aku bertekad untuk melepasi kawasan ni juga ,Aku mengekori di belakang sebuah lori .akhir nya aku berjaya juga melepasi kawasan tu dan sekitar jam 1.30 pm aku dimaklumkan kawasan Cendor tu juga tak boleh dilalui oleh mana mana kenderaan,nasib aku baik kerana telah melepasi kawasan tu lebih awal sedikit jika tidak dua atau tiga hari lagi lah aku terpaksa tersadai disitu.


Kuantan turut dilanda banjir

Banjir di Kuantan

Meredah air di kawasan Cherating

Meredah air di kawasan rehat r & r Chendor

Setelah melepasi kawasan Chendor aku mula memasuki kawasan sempadan Kuantan/Kemaman ,melepasi pintu gerbang sempadang sekali lagi terpaksa meredah takungan air yang melimpah diatas jalan raya...namun pada ketika itu aku berjaya melepasinya dan aku diberitahu pada petang nya kawasan itu juga tidak boleh dilalui oleh kenderaan...


                            Gerbang Kuantan/Kemaman ketika masih boleh dilalui kenderaan

Aku sampai dirumah ku kira kira jam 3.00 petang ,satu perjalanan yang terlalu panjang tempohnya dari Kuantan ke Kemaman. Alhamdulillah kediaman ku dan kawasan persekitaran rumahku terselamat dari bencana banjir kali ini.


                                          Kediamanku terselamat dari bencana banjir 

Hujan berterusan dan paras air terus meningkat dari masa kesemasa,walaupun rumah kediaman ku tidak terjejas dengan bencana ni,namun aku juga mengalami kesukaran seperti orang orang lain juga ,bekalan air dan elektrik terpaksa diputuskan  jadi mandi ,masak dan minum terpaksa gunakan air hujan.
Selama beberapa hari aku tidak ke pejabatku di Kuantan kerana laluan Kemaman ke Kuantan masih tidak boleh dilalui oleh kenderan namun begitu aku mencuba juga untuk meredahnya tapi ternyata ianya  amat membahaya jadi sepanjang tempoh tu aku memerap dirumah saja.Kedaan banjir di daerah Kemaman terus bertambah buruk ,sebahagian dari kedaerahan ini seakan akan lumpuh sama sekali,banyak rumah rumah ditenggelami air ,bantuan yang cuba  datang dari luar juga tersekat kerana jalan darat sememangnya terputus ,namun begitu untuk dikawasan yang jauh dipendalaman perkhidmatan udara terpaksa diambil dengan menggunakan helikopter Tentera, Polis dan Bomba  . Dari apa yang diceritakan oleh kawan kawan yang menjadi magsa banjir banyak pusat pusat pemindahan juga terpaksa bergelap kerana bekalan elektrik terpaksa dipotong demi untuk mengelakan kejadian litar pintas dan ada juga yang terpaksa berpindah sekali lagi lagi apabila pusat pemidahan yang pertama turut ditenggelami air .

Biar gambar - gambar ini pula menceritakan suasana banjir yang membadai Daerah Kemaman pada penghujung 2013 dulu. ( gambar gambar ini diambil dari  dari blog blog yang menceritakan memaparkan bencana banjir di Kemaman 2013 )

Di sekolah Pusat


Jambatan di Casa limbung

Jambatan di Jalan sulaimani turut runtuh









Bandar Kemaman





Sebahagian rumah dan harta benda yang tenggelam




Menyalurkan bantuan banjir


 Pusat pemindahan mangsa banjir  di kemaman




 Sebahagiann dari kemusnahan akibat banjir di Kemaman 2013

Sama samalah kita semua berdoa agar apa yang kita sebagai warga Kemaman lalui dipenghujung 2013 dulu tidak berulang lagi pada 2014 kerana kesan dari bencana itu amat besar sekali kepada kehidupan kita, namun sebagai manusia kita hanya mampu menadah tangan kepada Ilahi moga dijauhkan segalannya. Bencna ini juga mendatangkan kerosakan pada kita ,menghadiahkan kemusnahan dan mungkin mendatangkan kehilangan buat kita semua.



"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan