Halaman

Isnin, 24 November 2014

Warna-warna Alam Yang Mampu Mendamaikan

Alam semula jadi ciptaan Ilahi ini tidak terbanding akan keindahannya ,kepelbagaian yang ada didalamnya kekadang amat mengasyikan salah satu penyeri yg terdapat didalamnya adalah bunga bungaan.Bunga-bungaan  juga adalah ciptaan Ilahi yang sungguh cantik,menakjubkan dan berwarna warni,mekar dan  amat memukau pandangan ,menenangkan jiwa dan mendamaikan minda,dari pandangan mata terus menusuk kehati. Bunga – bunga mekar menguntum,bewarna warni,pasti menggamit jiwa setiap mahluk yang akan terpegun dan terpesona dengan kecantikanya dan keindahannya itu,menjadi tarikan mata tiap insan dan juga menjadi pelengkap keindahan alam. Jika disatukan alam dan bunga-bunga  ini ianya bagaikan syurga dunia yang terindah yang mampu memukau mata mata yang memandang ,


“ Dari Mata Turun Kehati “   Lihatlah keindahan alam ciptaan Tuhan ini.... Dari tumbuhan hingga ke haiwan yang dijadikannya nya..pastinya naluri kita sebagai manusia ini amat suka dan terpikat dengan keindahan dan kecantikan... Semakin kita mengenali dan memahami akan alam sekitar ini sudah pasti akan ujud rasa kasih dan sayang akan keindahanya itu kian mendalam...Kita jangan lupa bahawa alam sekitar seperti tumbuhan terutama bunga bunga yang cantik serta haiwan haiwan yang kelihatan manja mampu berperanan menceriakan kehidupan kita ...melalui kecantikan , keindahan akan memberikan kita ketenangan, kedamaian dan mungkin jua memberi inspirasi di mainda dan di hati kita. Bila cinta mula berputik dihati maka menjelmalah pula rasa sayang dan iklas untuk kita memelihara dan menjaganya .

Bunga-bungaan itulah penyeri halaman dikediamanku,terkadang keletihan yang kurasai setelah seharian dipejabat sedikit sebanyak terlerai dan terubat  apabila menatap kemekaran dan warna warni bunga yang seolah olah menyambut dengan riang dan senyum kepulanganku dari pejabat ,terasa segar kembali bila menatap warna warna itu yang begitu menceriakan.

Bila punyai kediaman sendiri dan bila usia menjangkau separuh abad,aku menjadikan hobiku menanam pokok pokok disekeliling kediamanku termasuklah bunga bungaan.Terasa begitu puas bila melihat bunga bunga ini kembang mekar dengan kepelbagaian warna lantas menzahirkan kertenangan hati dan jiwa. Minat ini turut sama dikongsikan bersama isteriku ,kadangkala dalam kesibukan kami menguruskan soal kehidupan kami luangkan sedikit masa untuk hobi ini ,Benarkah ? ada orang mengatakan ada kesan kepada tumbuhan yang kita tanam terutama bunga bila diajak ianya bercakap...cammana tu ye bercakap dengan pokok dan tumbuhan.

Sebahagian bunga bungaan yang terdapat dikediamanku ..... mereka juga mampu memberikan keceriaan buat kita....
Butterfly





Sebahagian dari  bunga - bunga orkid dalam koleksi ku

Bunga Kemboja Merah



  Bougainvillea
  Bougainvillea               


Belajar membuat Bonzai
Kehijauan disekeliling kediamanku amat mendamaikan
Sampai kini aku tak tahu nama bunga ni




















Mereka juga kadang- kadang mampu menceriakan hidup kita.
Kucing-kucing kesayanganku



Diciptanya kita sebagai ciptaan teristimewa yang punya akal dan nafsu sebagai khalifah di muka bumi ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk menjaga dan memelihara setiap ciptaanNya. Maka mencintai alam sekitar samalah seperti kita mencintai penciptanya. Hanya Dia yang satu... Maha Mencipta dan Maha Bijaksana... Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Al-Tirmizi)


Jumaat, 21 November 2014

Langkah Perjalanan


Sebagaimana halangan dan rintangan yang perlu kita tempoh dikala meredah lautan atau belentara begitu jualah dengan perjalanan kehidupan kita ini... perjalanan kehidupan sudah pasti dipenuhi dengan pelbagai  liku liku serta onak dan ranjau yang menanti,kehidupan ini tidak sentiasa menjanjikan sebuah kebahagiaan dan kehidupan ini juga tidak selamanya penuh dengan kisah dan episod duka,namun begitu dalam menjelajah kehidupan ini sudah pasti kita sebagai manusia dituntut mempunyai sifat sebagai seorang pejuang yang dipenuhi dengan kesabaran ,keyakinan,kesanggupan ,keinginan dan tak terlepas juga keredhaan.Kadang-kadang kehidupan ni tak ubah juga seperti sebuah medan peperangan ,jika kita kuat dan kental bertahan dan disertai dengan perancangan strategi yang rapi pasti nasib akan menyebalahi kita tapi andainya kita gagal mengemudi diri dengan baik dan goyah dalam medan peperangan itu sudah pasti kita akan tewas dan kecundang dalam pertempuran itu dan perjalanan kehidupan ini juga tak ubah seperti sebuah bahtera dilautan,seganasmanapun badai yang melanda ,andai kata kita adalah seorang nakhoda yang berwibawa pasti kapal kita tak akan tewas dimamah badai yang mengila itu.Begitulah kehidupan kadang-kadang amat sukar untuk kita jangkakan kerana jika kita amat amati sedalam dalam nya kita akan temui bahawa kehidupan ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu masa lalu kita,realiti yang kita hadapai dihari ini serta harapan dan impian kita dimasa depan.


Sebagai manusia dewasa yang telah lalui pelbagai bentuk kehidupan,kita pastinya punyai masa silam yang sehingga kini masih terpahat segar dalam ingatan kita ,tak kiralah sama ada nostalgia silam itu satu yang mengembirakan ,kemanisan ataupun kepahitan,tapi apa yang pasti setiap kisah silam kehidupan kita itu merupakan satu pengalaman ,kenangan dan mungkin juga igauan yang cukup beharga buat diri kita untuk masa kini dan masa akan datang.Dari kisah silam lah kita mampu belajar kembali dan melihat dimana kesilapan kita untuk kita jadikan panduan dan berhati hati dalam menongkah arus kehidupan masa kini dan juga panduan untuk apa yang kita impikan dimasa akan datang.Sering juga orang mengatakan “ Kisah silam mampu mematangkan kehidupan hari ini dan mampu membentuk kehidupan hari esok “, Banyak sebenarnya yang mampu kita perolihi dan pelajari dari kisah silam hidup kita,andainya sesuatu yang kita tinggalkan dimasa silam itu sesuatu kemanisan ,kebahagiaan dan kejayaan jadikanlah ianya satu pemangkin semangat untuk kita terus mencipta kejayaan dan kebahagiaan dimasa hadapan hidup kita namun andainya yang kita tinggalkan itu sesuatu yang kelam dan memeritkan jadikanlah ianya pedoman dan panduan agar kita tidak mengulangi langkah itu dimasa akan datang oleh itu manafaatkanlah masa silam kita itu demi kesejahteraan masa kini dan masa akan datang. Ingatlah tia kesilapan masa lalu itu jangan kita andaikannya sebagai satu kesalahan besar kerana  “ Kesilapan Itu Juga Adalah Ilmu “ .


Realiti kehidupan kita dihari ini sebenarnya banyak berkisar apa yang sedang kita jalani dan hadapi dihari ini ,pepatah juga sering mengatakan  “ Yang dahulu adalah kenangan,masa kinbi adalah kehidupan dan yang akan datang merupakan harapan “. Jika kita kupas dan simpulkan  kembali ungkapan ini ,apa yang kita lsedang lalui dihari ini adalah satu realiti kehidupan kita yang mesti kita jalani sebaik baiknya kerana apa yang sedang kita lalui kini mungkin mampu menjadi aras penentu nasib dan kehidupan kita dimasa akan datang,jesteru itu kehidupan dihari ini perlulah dikendalikan dengan sebaik baiknya dan perlulah dilorongi dengan jalan-jalan yang mampu memberi ruang dan sinar untuk kita mengatur langkah-langkah lebih jauh dan teratur demi untuk kelansungan masa hadapan.Apa yang perlu kita lakukan aturlah langkah – langkah itu dengan penuh berhati hati,lakukan sesuatu tindakan dengan berpaksikan fikiran bukan kehendak perasaan kerana andainya kita tersalah langkah dihari ini mungkin ianya akan memberikan  impak yang besar dimasa hadapan,oleh itu kita seharusnya menyedari pa jua tindakan dan langkah kita dihari ini dan apa jua yang kita ungkapkan dihari ini akan menentukan hala tuju kehidupan kita dimasa akan datang. Cuba kita imbas kembali tiap yang kita lalui dimasa silam dulu ,andainya kita pernah terjerumus kedalam jurang atau lubang yang dalam dan gelap, untuk hari ini hindarkanlah langkah dan diri kita agar tidak  terjatuh kedalam jurang dan lubang yang sama untuk kesekian kalinya kerana jika dihari ini kita masih terjatuh lagi kedalam lubang dan jurang yang sama beerti kita adalah manusia yang tidak pernah mahu belajar dari segala kesilapan masa lalu dan kita tidak pernah menjadikan kesilapan lalu sebagai satu ilmu kita kerana kita masih merelakan diri kita untuk terjerumus dikali keduanya dan sudah pasti hari ini tidak mampu untuk kita jadikan pemangkin dihari hadapan.

Kehidupan akan datang juga tidak pernah menjanjikan apa apa buat kita,kita harus menerokainya terlebih dahulu dan kita juga perlu menjadikan kehidupan dihari ini sebagai penentu kepada apa yang cuba kita raih dimasa hadapan, namun kita kena ingat kehidupan dimasa hadapan merupakan sebuah harapan, biarpun kita gagal dimasa silam dan dihari ini namun kita masih punyai ruang untuk hari depan dengan bertekad dan berjanji untuk meraih kecermelangan hidup tapi dengan syarat kita mestilah belajar bersungguh sungguh dari apa yang kita telah tinggalkan dimasa silam dan apa yang telah kita lalui dihari ini,kegagalan dihari semalam dan hari ini bukan bermnakna kehidupan kita telah berakhir,harapan kita telah berkecai dan impian kita telah berkubur,kita masih punyai harapan lagi untuk masa hadapan andainya kita masih mahu belajar dan menggangap kesilapan lalu adalah satu ilmu.Kita juga kena ingat,selagi kehidupan itu masih belum kita lalui dan masih belum kita atur langkah demi langkah kearahnya ianya masih terus memberikan kita seribu harapan, dan penentunya sudah pastilah dari kita sendiri bukan orang lain. Jika kita masih berfikiran ditakuk yang lama  tak mustahil dimasa hadapan kita jua pasti akan temui jawapan yang sama seperti masa silam dan apa yang ada pada kita hari ini. Andainya semalam dan hari ini kepahitan dan keperitan  menjadi milik kita maka itulah milik kita dimasa hadapan.Tapi,jika kita ingin kan perubahan apa yang kita miliki dihari semalam dan hari ini,mulakanlah langkah perubahan dengan kesunguhan,usha,semangat ,keyakinan dan ketekunan dan jangan lupa untuk jadikan kesilapan semalam sebagai panduan dan ilmu...tiada kejayaan yang datang tanpa usha,keyakinan ,kesabaran dan ketekunan.


Episod kehidupan yang telah kit lalui dihari semalam danm dihari ini merupakan guru yang terbaik untuk kita merialisasikan impian kita dimasa hadapan,Ingatlah dugaan dan ujian pasti akan kita temui dan pasti akan hadir dalam sepanjang perjalanan kehidupan kita,mungkin setiap detik dan saat. Untuk merialisasikan kejayaan dalam kehidupan kita pasti lalui semua itu namun begitu jika kita masih mahu terus belajar,bertahan dan bersabar tak mustahil kita akan temui kejayaan dan kemanisan dipenghujungnya,Ujian dan dugaan itu kadang kadang perlu dalam kehidupan kita ini kerana ujian dan dugaan itulah yang mampu mematangkan kita ,Tanpa dugaan dan ujian mana mungkin kita boleh belajar sesuatu untuk dijadikan panduan untuk merialisasikan impian kita untuk masa hadapan. Jangan sekali kali kita beranggapan kesilapan masa lalu kita adalah satu kebodohan kita INGATLAH “ Kesilapan juga merupakan ilmu “ yang mampu kita pelajari apa yang ada didalamnya,belajar kembali ,ambil iktibar darinya dan atur kembali langkah kita yang mungkin sumbang sebelum ini. 

Perjalanan kehidupan ini kadang-kadang terlalu menyimpang dari apa yang kita rancang ,Apa pun sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan segalanya namun begitu sebagai manusia kita seharusnya merancang sesuatu yang terbaik untuk hidup kita....jika kebaikan untuk hidup yang kita lakarkan In Syaa Allah Tuhan pasti merestuinya.Perjalanan Kehidupan Kita Itu.


Khamis, 20 November 2014

Memori 2013 yang mengundang kepayahan

Ketika entri ni di tulis hujan masih terus mencurah seolah olah  tiada titik noktahnya... Apakah sesuatu yang terjadi dan berlaku di penghujung 2013 kan berulang lagi... Banjir itulah  bencana yang seolah olah menjadi rutin tahunan di Pantai Timur  dan igauan buruk yang amat menggusarkan .Bila disebut Banjir dikepala kita telah mula dapat membayangkan akan kemusnahan,kesenggsaraan dan mungkin juga kehilangan.Namun begitu kejadian alam ini tidak mampu untuk kita tepis dengan kudrat kita sebagai manusia ni, Cuma kita hanya sekadar mampu untuk mengurangkan kemusnahan itupun hanya kebarangkalian saja. Banjir juga kadang kadang umpma malang yang tak mampu di tolak,mujur yang tak boleh diraih,dengan ada yang mengalami kerugian dan segelintir yang meraih rezeki tampa perlu susah mencari.

Negara kita Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. Ciri utama iklim ini ialah jumlah hujan tahunan yang lebat diantara 1500 mm hingga 3500 mm dan yang lebih penting ialah kejadian tempoh hujan lebat berterusan biasanya selama beberapa hari. Lantaran itu pada kebiasaannya negara kita akan mengalami dua fenomena banjir  iaitu banjir kilat  dan banjir monsun.

Selama hampir 17 tahun  aku menetap di Pantai Timur ini  ,fenomena banjir ditahun 2013 aku rasakan begitu dasyat sekali yang pernah aku lihat  sepanjang aku bermastautin disini dimana aku seolah olah terkepong didalam kemelut banjir itu sendiri . Menurut cerita penduduk penduduk asal disini banjir kali ini ( 2013 ) merupakan banjir terburuk sekali pernah melanda Kemaman.Tapi syukur Alhamdulillah kawasan dan kediaman ku tidak terlibat atau terselamat dari bencana banjir kali ini    ( 2013 ) ,walaupun aku ,keluargaku dan seluruh penduduk dikawasan penempatanku tidak terlibat dengan bencana ini namun kesusahan dan kepayahannya tetap kami rasai juga.

Pad 03 dec 2013 hari pertama banjir melanda ..sekitar jam 5 petang aku mula bergerak balik dari pejabatku di Kuantan ke Kemaman...pada mulanya perjalanan agak lancar setiba nya aku dijalan Jabor menghala ke Sunai Ular aku mula melihat kereta mula berpatah balik ke arah Kuantan melalui jalan yang sama  kearah Kemaman namakala Jalan yg menghala ke Kuatan kosong tanpa sebuahpun kereta yang lalu..aku meneruskan perjalananan ku setibanya aku di kawasan Gebeng aku lihat air telah mula melempah diatas jalanraya dan banyak kereta yang tersadai disitu termasuk kereta aku.... hampir setengah jam aku disitu aku berpatah balik ke Kuatan kerana gagal untuk meneruskan perjalanan ke Kemaman.Jalan tersebut tidak boleh lagi dilalui oleh mana mana kenderaan dan perhubungan jalan itu ternyata telah terputus.



di Jalan Jabor ke Sg Ular berhampiran Gebeng

Setelah berpatah balik ke pejabat pada sebelah malam nya aku dan rakan rakan sekerja ku menolong urusan pemindahan mangsa magsa banjir di Chenderawasih  Kuantan .Daerah Kuantan juga teruk terkena banjir pada kali ni....segala pergerakan dan aktiviti seolah olah lumpuh.Pada 04 Dec 2013 seawal pagi nya aku mencuba sekali lagi untuk balik ke Kemaman,Kali ini aku menggunakan jalan pelabuhan Kuantan kerana jalan Jabor telah terputus sama sekali untuk semua kenderaan. Sepanjang perjalanan aku terpaksa meredah kawasan dan jalan yang dinaiki air ,aku berjaya melepasi semua halangan tu,namun setiba nya di kawasan rehat r & r Chendor berhadapan dengan Impiana resort sekali lagi perjalananku tergendala,berpuluh puluh buah kenderaan tersadai disini.Aku sampai di kawasan r & r Chendor sekitar jam 0800 pagi.Menjelang jam 1200 tengahhari aku masih lagi tersadai disini.Kira kira jam 1230 t.hari aku bertekad untuk melepasi kawasan ni juga ,Aku mengekori di belakang sebuah lori .akhir nya aku berjaya juga melepasi kawasan tu dan sekitar jam 1.30 pm aku dimaklumkan kawasan Cendor tu juga tak boleh dilalui oleh mana mana kenderaan,nasib aku baik kerana telah melepasi kawasan tu lebih awal sedikit jika tidak dua atau tiga hari lagi lah aku terpaksa tersadai disitu.


Kuantan turut dilanda banjir

Banjir di Kuantan

Meredah air di kawasan Cherating

Meredah air di kawasan rehat r & r Chendor

Setelah melepasi kawasan Chendor aku mula memasuki kawasan sempadan Kuantan/Kemaman ,melepasi pintu gerbang sempadang sekali lagi terpaksa meredah takungan air yang melimpah diatas jalan raya...namun pada ketika itu aku berjaya melepasinya dan aku diberitahu pada petang nya kawasan itu juga tidak boleh dilalui oleh kenderaan...


                            Gerbang Kuantan/Kemaman ketika masih boleh dilalui kenderaan

Aku sampai dirumah ku kira kira jam 3.00 petang ,satu perjalanan yang terlalu panjang tempohnya dari Kuantan ke Kemaman. Alhamdulillah kediaman ku dan kawasan persekitaran rumahku terselamat dari bencana banjir kali ini.


                                          Kediamanku terselamat dari bencana banjir 

Hujan berterusan dan paras air terus meningkat dari masa kesemasa,walaupun rumah kediaman ku tidak terjejas dengan bencana ni,namun aku juga mengalami kesukaran seperti orang orang lain juga ,bekalan air dan elektrik terpaksa diputuskan  jadi mandi ,masak dan minum terpaksa gunakan air hujan.
Selama beberapa hari aku tidak ke pejabatku di Kuantan kerana laluan Kemaman ke Kuantan masih tidak boleh dilalui oleh kenderan namun begitu aku mencuba juga untuk meredahnya tapi ternyata ianya  amat membahaya jadi sepanjang tempoh tu aku memerap dirumah saja.Kedaan banjir di daerah Kemaman terus bertambah buruk ,sebahagian dari kedaerahan ini seakan akan lumpuh sama sekali,banyak rumah rumah ditenggelami air ,bantuan yang cuba  datang dari luar juga tersekat kerana jalan darat sememangnya terputus ,namun begitu untuk dikawasan yang jauh dipendalaman perkhidmatan udara terpaksa diambil dengan menggunakan helikopter Tentera, Polis dan Bomba  . Dari apa yang diceritakan oleh kawan kawan yang menjadi magsa banjir banyak pusat pusat pemindahan juga terpaksa bergelap kerana bekalan elektrik terpaksa dipotong demi untuk mengelakan kejadian litar pintas dan ada juga yang terpaksa berpindah sekali lagi lagi apabila pusat pemidahan yang pertama turut ditenggelami air .

Biar gambar - gambar ini pula menceritakan suasana banjir yang membadai Daerah Kemaman pada penghujung 2013 dulu. ( gambar gambar ini diambil dari  dari blog blog yang menceritakan memaparkan bencana banjir di Kemaman 2013 )

Di sekolah Pusat


Jambatan di Casa limbung

Jambatan di Jalan sulaimani turut runtuh









Bandar Kemaman





Sebahagian rumah dan harta benda yang tenggelam




Menyalurkan bantuan banjir


 Pusat pemindahan mangsa banjir  di kemaman




 Sebahagiann dari kemusnahan akibat banjir di Kemaman 2013

Sama samalah kita semua berdoa agar apa yang kita sebagai warga Kemaman lalui dipenghujung 2013 dulu tidak berulang lagi pada 2014 kerana kesan dari bencana itu amat besar sekali kepada kehidupan kita, namun sebagai manusia kita hanya mampu menadah tangan kepada Ilahi moga dijauhkan segalannya. Bencna ini juga mendatangkan kerosakan pada kita ,menghadiahkan kemusnahan dan mungkin mendatangkan kehilangan buat kita semua.



"

Rabu, 12 November 2014

Jangan salahkan sesiapa




JATUH, bila kita definasikan perkatan ini sudah pasti difikiran kita akan membayangkan sesuatu yang berubah dari kedudukan yang tinggi kepada sesuatu posisi yang rendah,andainya jatuh itu kita tujukan kepada manusia pasti kita mentafsirkan ianya jatuh dari seuatu tempat yang tinggi dan jatuh juga boleh didefinasikan bila kita dimalukan ,dihina dan disalah mengertikan dan pelbagai lagi. Kadang-kadang jatuh ini juga akan meninggalkan kesan pada diri kita apatah lagi bila kita dijatuhkan, lantas kita akan menjadi manusia yang pendendam tapi mampu kah diri kita ini untuk menjadi seperti dedaun yang berguguran,meskipun ia jatuh berterbangan namun sedikitpun ia tidak menyalahkan angin walaupun ia tahu angin adalah salah satu penyebabnya.



Disebabkan tiupan angin, daun itu jatuh berguguran, namun dedaun itu tak pernah membenci angin yang menjatuhkannya. Apakah terlalu  mulia hati “daun” itu.sehingga tidak timbul perasaan benci dihatinya walaupun ia tahu siapa yang menjatuhkannya. Mampukah kita untuk mempunyai sebuah  pribadi mulia, yang pasrah, yang positif menghadapi hidup ini walaupun ia mengetahui ada tangan tangan yang cuba menjatuhkannya. Setiap kali daun daun itu jatuh berguguran lansung dia tidak pernah mencari siapakah penyebabnya dan mungkin ia telah terlebih dahulu memaafkan penjatuhnya .Indah sebenarnya situasi ini andainya dapat kita terapkan dalam diri dan kehidupan kita ,tapi mampukah kita menjadi seperti dedaun itu.
Sedarkah kita ,disetiapkali timbulnya suasana benci suatu titik dan noda hitam akan bersarang dalam jiwa dan hati kita.begitu jualah jik bertambah tambah rasa benci dan marah itu maka bertambah jualah titik dan noda hitam itu dan secara tak lansung boleh membuatkan hati dan jiwa kita berkeladak dan berjelaga teruk maka sudah pastilah amat sukar unttuk dibersihkan kembali. Apa kata jika kita mengambil tindakan memaafkan saja tapi bolehkah hati dan jiwa kita lakukan itu ? seperti dedaun tadi yang memaafkan angin yang menggugurkannya ,jika itu yang mampu kita lakukan pasti titik dan noda hitam itu tidak sempat untuk bersarang dihati kita.

Sebagai manusia biasa ,kita tak pernah lekang dari dihampiri dan ditandangi musibah ,mampukah diri kita ini menggangap musibah yang datang itu sebagai satu rahmat yang tersembunyi,kerana kita tidak tahu dan tak mampu untuk menduga akan apa yang terkandung dalam musibah itu,setidak tidak dengan bersabar dengan tiap musibah itu Allah pasti menambahkan pahala diatas berkat kesabaran itu. Mampukah kita untuk bertindak dan berfikiran positif dikala didatangi dan menghadapi musibah itu, Tiap musibah dan masalah ,andainya mampu kita hadapi dan tanganinya pasti ianya akan memperkuatkan jiwa kita kesatu tahap yang lebih tinggi dan bermakna lagi,Kita kena ingat tidak ada sesuatupun yang berlaku di dimuka bumi ini termasuk diri kita tanpa sebab dan musababnya . Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya dan sebaiknya kita patut merenung setiap kejadin yang berlaku dan cuba mencari sisi sisi positif disebalik tiap kejadian itu.

Muhasabah diri adalah tindakan yang terbaik dalam menghadapi setiap keadaan. Dan jangan lupa untuk kita bersyukur kepada setiap kejadian yang baik yang datang dalammkehidupan kita dan bersabar kepada setiap musibah yang datang bertandang kerana setiap yang berlaku didalam kehidupan kita semua adalah atas kehendak Allah. Peranan kita sebagai manusia yang sabaradalah  berbuat yang terbaik sesuai dengan perintah Allah dan panduan Rasulullah nabi junjungan kita.

Ayuh kita semua amalkan sikap yang positif dalam kehidupan kita ini dan jangan sekali kali kita tanamkan sikap membenci dan mendendami terhadap sesiapapun yang pernah dan telah menjatuh dan menjerumuskan kita,kita berushalah semula sebaik mungkin dan tanamkan sikap seperti dedaun yang gugur kebumi namun lansung tak pernah sekalipun menyalahkan dan membenci angin yang bertiup.

Andainya kita tahu sekalipun apakah penyebab musibah dan kejatuhan kita mampukah kita menjadi seorang pemaaf.kita semua seda maklum  bahawa memaafkan itu proses yang menyakitkan. Kita juga tahu  walaupun memafkan itu  menyakitkan namun ianya harus dan mesti  dilalui agar langkah kita seterusnya menjadi jauh lebih ringan dan tidak dibebani dengan apa yang menjadi noda hitam dihati kita itu . Ketahuilah, memaafkan orang lain sebenarnya jauh lebih mudah dibandingkan memaafkan diri sendiri. 




Janganlah sekali kali kita bersikap negatif. Kita kena ingat bahawa Orang yang memendam perasaan seringkali terjebak oleh hatinya sendiri. Sibuk merungkai semua kejadian dipersekitarannya untuk membenarkan hatinya berharap dan mengapai sesuatu. Sibuk menghubungkan banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi. Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta...akhirnya kita sendiri tenggelam dalam simpulan itu.