Halaman

Sabtu, 20 Disember 2014

Azam dan Impian


Tahun 2014 Cuma  tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melabuhkan tirainya . penganut Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur, masih dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan untuk menempuh dan mengharungi 2015 yang bakal menjelma  tak beberapa hari saja lagi. Disetiap kali berakhirnya sesuatu tahun itu kita sering membicarakan soal AZAM , SASARAN  dan IMPIAN, semuanya pasti menjadi pegangan kita sebagai manusia yang berfikiran waras dalam memenuhi kehendak dan keinginan nafsu kita. TETAPI adakah semuanya tercapai ? Bagaimana dengan apa yang kita Azamkan,sasarkan dan impikan ditahun tahun yang berlalu dan tahun yang akan kita tinggalkan ini...Apakah ianya telah berjaya kita dakapi ,penuhi dan miliki ? Berjaya atau tidak kita tetap akan memperbaharui azam itu dan sering juga AZAM itu Cuma tinggal azam semata.

Azam bukanlah perkataan keramat yang perlu disebut setiap kali tahun baharu menjelang. Malah ada di antara kita yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan datang, Saat ini, pasti ramai diantara kita yang sudah mula mempunyai dan merancang untuk Azam ditahun baru 2015, dengan semangat yang baru  dan bermacam-macam yang baharu. Sebelum itu, ayuh kita lihat sejenak  'sejarah' kita yang lalu, Azam kita ditahun tahun yang lalu dan ditahun  ni dan ditahun 2014 ini...apakah ianya telah kita laksanakan dan sejauh mana telah kita laksanakan? Andainya telah  terlaksana, sejauh mana ia berkesan dalam hidup kita? Apa perubahan yang telah berlaku? Adakah lebih baik atau lebih buruk? Kalau ada yang masih kurang, ayuh sempurnakannya pada tahun baru 2015 yang bakal menjelma ini. Secara umumnya, azam baharu merupakan suatu perubahan. Walaupun kita tak menjanjikan berlakunya perubahan, tetapi dengan perkataan itu sendiri, bakal terbit nilai perubahan atau ingin berubah dari suatu sifat ke sifat lain.

Adakah  azam tahun 2014 kita yang pernah kita laungkan dipenghujung 2013 dulu telah tercapai ? atau apakah ianya perlu disambung dan dibawa ke Tahun 2015  yang bakal muncul beberapa hari lagi atau perlu digantikan dengan azam yang baru ? Azam ini nampak kelihatan begitu remeh tetapi tanpa Azam  mungkin hidup kita bagai dibuai alunan ombak yang tiada penghujungnya kerana mungkin kita tidak punyai matlamat untuk kehidupan itu. Azam dan cita cita ini amat perlu untuk kita yang bernama manusia ini ,mahukah kita menjadi seorang manusia yang tidak punyai matlamat dalam kehidupan ini...ada juga orang yang mengatakan bahawa kita sebagai manusia ini yang tak punyai keazaman dan cita cita seolah olah kita ini bukanlah hidup tapi mati sebenarnya , mati batinnya , benarkah begitu ? Setiap kehidupan kita ini punyai ruang dan ronga – ronga yang kosong ,dan di rongga ronga yang kosong inilah perlu kita isi dengan azam dan cita cita kita ,andainya kita terus biarkan ianya kosong ianya akan tetap kosong dan tidak punyai faedah dan matlamat untuk kehidupan  kita ini ini.
Apakah yang menyebabkan sesuatu azam boleh dicapai atau sebaliknya? dalam hal ini apa yang paling penting adalah semangat bekerja keras tanpa jemu dan putus asa menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam mencapai azam yang telah kita rencanakan. Sesungguhnya, setiap impian tidak datang bergolek umpama 'bulan jatuh ke riba' untuk kita raih hasilnya .  Bagaimanapun, cubaan dan ujian akan dapat membentuk kedewasaan seseorang, mencabar minda, mencekalkan akal, memperbaiki akal budi, menguatkan semangat dalam menempuh liku-liku perjuangan hidup dengan berlandaskan azam dan cita cita yang kita tanam dan semai. Sesungguhnya azam bukan sekadar deretan huruf ,perkataan atau ungkapan, tetapi ia membawa erti untuk mengubah kehidupan kita sebagai manusia, kerana kekuatan sebenar untuk melaksanakan azam yang kita tanam adalah terletak pada hati dan kesungguhan . 

Bagi merealisasikan segala cita-cita, kuatkan azam dan iltizam, fokuskan perhatian kepada satu perbuatan dan pekerjaan dengan tekun, agar menjadi orang berjaya dalam kehidupan masa depan demi merialisasikan sesuatu azam yang telah kita tanamkan.Andai nya apa yang kita azam dan cita citakan sebelum ni temui kegagalan carilah semula kekuatan dan teruskan azam tu,pasakkan semangat yang tinggi dalam mengejar dan merialisasikan azam dan cita cita itu dengan harapan kita tidak akan kecundang lagi. Apa yang penting buangkan minda “ berkalau “ yang sering kita gunakan kerana ada juga orang mengatakan “ berkalau “ ini adalah tentera syaitan nombor satu . Hanya andainya kita mampu memadam sikap “ berkalau mungkin kita boleh menjadikan diri kita dan kehidupan kita lebih bermakna,azam dan cita cita kita untuk tahun yang akan mendatang ini memberi impak yang besar.

Semua  azam yang cuba kita tanamkan dari kita untuk tahun tahun seterusnya mampu dan  boleh menjadi realiti serta kenyataan jika kita ada iltizam dan disiplin diri yang mampu meningkatkan fokus dan motivasi diri. Perkara penting ialah meletakkan harapan bahawa kita boleh melakukan setiap azam ini dengan sempurna.




“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)