Halaman

Ahad, 12 Oktober 2014

Sepanjang Jalan Kenangan

         


            Tanggal 08/09/1981 telah mengubah diri ku dari seorang awam kepada seorang yang beruniform dan terikat dengan disiplin disiplin hidup. Ditarikh ini juga lah ketika aku berusia 19 tahun aku mulapurkan diri sebagai rekrut di PULAPOL KL sebagai seorang anggota Pasukan Beruniform , maka bermula dari tarikh ini jualah aku terpaksa mengubah corak kehidupanku dari yang telah ku lalui bertahun tahun sebelum ni. Sebenarnya bukan senang untuk mengubah diri kita dari seorang awam kepada seorang yang terikat dengan disiplin ,selama ini kita seolah olah bebas untuk berbuat sesuatu Tapi disini segala galanya berubah,rutin kehidupan kita berubah dan berjadual ,kita tak bolehsewenang wenangnya melakukan sesuatu mengikut kemahuan kita,hingga kan makan dan minum kita pun turut dijadualkan. Selama tiga bulan aku berada di PULAPOL ini berbagai bagai yang telah ku terima terutama perubahan diri ,disiplin diri dan sikap serta tanggungjawab terhadap semua.


        Setelah genap tiga bulan aku di PULAPOL KL maka tamatlah tempoh latihan ku disini namun segalanya tak berakhir disini ,aku terpaksa menyambung tiga bulan lagi latihan di SLPPH Ulu Kita,Perak. Jika di PULAPOL KL aku dididik dengan asas asas kepolisan dan di SLPPH ni pula aku mula diajar asas asas peperangan dihutan ...latihan didisini lagi mencabar rupanya,dimana selain dari kita dituntut mempunyai ketahanan fizikal kita juga dituntut dengan ketahanan mental,tak kering peluh dibadan rupanya.

Mara Lasak 48 km ( gambar ikhsan )

           Dalam bulan Februari 1982 Aku telah ditempatkan di Batalion ke 7 PPH Tampin, Negeri Sembilan setelah menamatkan enam bulan tempoh latihan kepolisan di dua lokasi Pusat latihan,bermula dari saat inilah aku telah bergelar seorang anggota Polis yang sebenarnya dan aku diserapkan ke dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).
Dipertengahan tahun 1982  aku mula menjalani operasi dihutan yang pertama untuk diriku iaitu “ OP Hentam Galas “ dikawasan Gua Musang ,Kelantan.Inilah operasi pertama ku dan ini lah operasi yang menguji apa yang telah aku pelajari di pusat latihan sebelum ni.Ternyata aku perlu belajar terlalu banyak lagi dari senior senior ku,terutama mengenali selok belok dihutan dan sebagainya.ternyata merek banyak membantu dan mengajar aku seorang yang dikirakan baru mengenali alam pekerjaan ini jika dibandingkan dengan mereka.Banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolihi dari mereka.
Pada bulan March 1983 aku ditelah dipindahkan dari Bn Ke 7 PPH Tampin ke Bn ke 7 PPH Jalan Pekeliling Kuala Lumpur kerana camp tersebut telah diambil alih untuk dijadikan Pusat Serenti.
Dipertengahan tahun 1983 sekali lagi aku diarahkan untuk turut serta dalam operasi dihutan.Kali ni aku menjalani operasi dikawasan hutan Wias ,Gua Musang ,Kelantan yang mana operasi ini dinamakan “ Ops Bamboo” operasi ini mengambil masa selama tiga bulan,bermakna selama tiga bulanlah aku terpaksa menghuni hutan belentara yang mana terpisah jauh dari masyarakat sekeliling.kami ditempatkan disini seramai 15 orang jadi mereka mereka itulah saudara dan rakan - rakan ku .Pada mula nya aku tak dapat membayangkan bagaimana untuk hidup dibelentara sepi yang serba serbinya tak ada sebagaimana yg mampu kita kecapi diluar sana. Hari demi hari aku harungi kepayahan ini demi untuk diriku dan negara,Disinilah aku mula terfikir betapa beruntungnya orang orang diluar sana yang tidur nyenyak diulit mimpi sedangkan aku seolah olah tidur dalam jaga,sentiasa berwaspada senjata sentiasa melekap didada.DAN aku juga terfikir adakah orang orang diluar sana pernah memikir dan menghargai pengorbanan kami ini.
Pada penghujung 1984 sekali lagi aku dihantar dan menyertai operasi dihutan,operasi kali ini agak lebih mencabar dan kali ini aku ditempatkan disempadan Malaysia / Thai dan operasi ini diberi nama “ Ops Topo “ yang mana pengkhususan tugas untuk mengawal dan mengiringi orang orang dari Jabatan Ukur /Topography menyukat persempadanan negara dari ancaman pengganas kominis . Setiap hari aku dan rakan- rakan akan mengiringgi pekerja pekerja dari Jabatan Topograpy ini menjalankan tugas.Untuk operasi kali ini selain dari terdedah dari ancaman pengganas kominis kami juga terdedah kepada ancaman jerangkap samar” Booby Trap “ yang mana ianya ditanam disepanjang laluan kami,inilah musuh yang tanpa kita lihat dan hidu kelibat nya...tiba - tiba meletup dan membawa maut,aku juga sering menyaksikan kesan dan tindakan dari booby trap ini. Bila berada dibelentara sebegini kepayahanlah yang harus ada menemani kita,tapi dengan berbekalkan ilmu yg dipelajari dan semangat yang ditiupkan aku ketepikan semua kepayahan itu walaupun hakikatnya tetap payah. 
 Operasi terahir yang aku sertai didalam PPH ini adalah “ Ops Paksi Tuah” dikawasan Kuala Kubu Baharu iaitu disekitar tahun 1987. Banyak lagi operasi – operasi dihutan yang aku sertai disepanjang perkhidmatan aku di dalam Pasukan Polis Hutan ini yang tidak aku senaraikan disini.


                                   Barrek Bujang Bn 7 PPH Tampin


                                            Ops Pagar  1987


                                               OP Bamboo Gob Ulu Kelantan 
          
                                        Op Topo 1984

                                    Hari ke 90 Op Bamboo Wias Ulu Kelantan 1983

                                             Sampai di lokasi Operasi
            
      Pada 30.11.1989 merupakan hari terakhir aku berkhidmat di dalam Pasukan Polis Hutan setelah hampir 10 tahun aku menganggotainya .Terlaliu banyak kenangan pahit manis,susah dan senang yang telah aku lalui semasa bersamanya dan pada 01.12.1989 aku telah bertukar ke Cawangan baru sehingga kini iaitu Pasukan Polis Marin. Formasi pertama didalam cawangan ini aku ditugaskan di PPM Wilayah Selatan ,Tampoi,Johor .
Sekali lagi aku terpaksa menghuni pusat latihan.Jika dua pusat latihan sebelum ini aku diberikan latihan asas kepolisan dan peperangan di hutan kini aku menerokai bidang baru berkaitan ILMU KELAUTAN dan menjadi seorang pelaut. Pelbagai ilmu berkaitan navigasi aku timba disini untuk menjadikan aku seorang pelaut yang cekap.
     Tamat latihan di Sekolah Latihan Marin ni aku ditempatkan dikapalronda kelas PZ sebagai jurumudi ,selama 15 tahun aku ditugaskan dikapalronda kelas ni dan tugas terakhir aku dikapalronda ni sebagai Ketua Penanda Radar ( Radar         Plotter )sebelum kapal ni diserahkan kepada APMM .

MY LADY PAPA ZULU 11

Pada pertengahan tahun 1996 aku telah ditukarkan dari PPM Cawangan Selatan Tampoi ( PPM Wilayah Dua ) ke PPM Cawangan Timur Kemaman,Terengganu ( PPM Wilayah Tiga ),perpindahan ini melibatkan sekali Kapalronda PZ 11 . Sepanjang 18 tahun aku berkhidmat didalam Pasukan Polis Marin ini khususnya di kapalronda PZ 11 terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku tempohi dan lalui hingga sesuatu kenangan itu mampu menitiskan air mata ,menguji keimanan dan kesabaran.Rasanya bersama kapal PZ inilah aku telah mengenali seluruh pelusuk lautan dan pulau pulau di Malaysia ni termasuk di Sabah dan Serawak. Bersama Kapal PZ ini juga lah aku sering disajikan mabuk yang tak perlu dibayar.Akhirnya Ombak dan lautan jadi mainan dan kawan ..sesekali badai menganas teruji juga rasanya ,bayangkan berada beratus batu nautika ditengah lautan mengharungi badai yang mengila ,Tapi demi negara dan mencari sesuap rezeki yang halal aku dan kawan kawan gagahi juga melawan ombak yang mengila.
Terlalu banyak ilmu yang aku perolihi ketika bertugas di PPM ini yang mana segala ilmu ilmu nya mampu aku bawa sebagai bekalan andainya aku masih mahu meneruskan pekerjaan dibidang kelautan ini apabila aku bersara dari PDRM ini.

                                        Camar Yang Hilang

                                            Water Cat

                                                                    water cat



                                                                   Tugas SAR 

           Kini aku telah hampir sampai ke penghujung era perkhidmatanku ,akan aku panjangkan segala ilmu ilmu  yang aku ada kepada generasi - generasi pelapis ku...kerana merekalah yang akan mewarisi apa yang aku miliki dihari ini.
Apa yang aku coretkan ini hanya sekadar catatan ringkas perjalanan kehidupanku bersama PDRM...In Syaa Allah akan ku ceritakan segala pahit maung ,susah dan senang akan segala yang telah aku tempuhi dan lalui .
Hari hari yang telah aku lalui telah terlalu banyak mengajar aku tentang KEHIDUPAN,tentang KAWAN KAWAN dan tentang persekitaran. Kita seharus melalui kehidupan ni dengan pelbagai warna dan corak barulah kita mampu menilai  ERTI KEHIDUPAN yang sebenar. Kepayahan sebenarnya banyak memberi kita mengenali hidup ini.


                                Hidup mesti disulamkan dengan Disiplin

3 ulasan:

  1. PENGALAMAN HIDUP YG SANGAT MAHAL XRAMAI YG MERASAINYA...PATUT DIKONGSI BERSAMA DGN CATATAN KISAH TUGASAN DI PPH N KEMUDIAN MARIN...TENTU BANYAK PERISTIWA DLM KENANGAN...

    BalasPadam
  2. Terima kasih Kak...kalau nak dikisahkan satu persatu pengalaman yang dilalui didalam kedua dua bidang kerjaya kepolisan ni terlalu banyak rasanya...sedih,suka,duka..pahit semuanya ada bercampur gaul didalamnya . Pernah menitiskan air mata ,pernah mengalami trauma yang panjang...segala galanya ada tersimpan disebalik kenangan itu

    BalasPadam
  3. Salute Perwira Negara.
    Mohon peluang utk temubual tuan berkenaan pengalaman semasa op paksi tuah utk kajian peribadi saya..tq sir. Mej Fuad Kolej Tentera Darat 0197747900

    BalasPadam