Halaman

Khamis, 29 Mei 2014

29 Mei Datang Lagi


Alhamdulillah .... dipagi 29 Mei yang penuh keceriaan ini Tuhan masih anugerahkan Nafas dan Denyutan Nadi pada mu  dan pada pagi ini jua Allah masih terus berikan kesempatan dan peluang untuk melihat keindahan ciptaan nya dan menikmati kedinginan embun pagi.... dan Nafas yang mampu kita sedut dan hembus pagi ini  adalah anugerah untuk hidup yang penuh dengan berkah.... Bersukurlah dengan tiap yang telah Allah anugerahkan sepanjang kehidupan ini...semoga dengan syukur itu Allah akan terus limpahkan segala rahmat dan kenikmatan hidup....
Terima kasih Ya Allah kerana ENGKAU telah perkenankan doaku untuk sahabatku terus berpeluang  menikmati kehidupan hari ini dan mungkin jua untuk hari - hari yang mendatang.

Sahabatku...Tidak ada sesuatu yang terindah,kecuali ucapan dan doa penuh keiklasan.Tidak ada yang lebih bermakna selain dari mendoakan kebahagiaan,kesejahteraan dan panjang umur untuk mu sahabatku. Biarlah keceriaan mentari yang terbit pada pagi ini turut mengiringi keceriaan dikau sahabatku di hari yang penuh bermakna ini.

Esak,tangis dan tawa silih berganti mengiringi tiap langkah perjalanan hidupmu. Tanpa terasa , sudah bertambah angka diusia….......29 Mei     tarikh keramat menjelma lagi menyapa diri.
Sesungguhnya masa depanmu telah kau cipta dengan gemilang,walaupun pernah diselang seli dengan duka namun  kedukaan itu  telah lama dibuang jauh entah dimana.
Andai dikala lilin yg ditiup masih ada yg utuh menyala…maka itulah lilin harapan yang harus engkau terjemahkan menjadi realiti dihari hari depanmu, Kuatkan semangat untuk merialisasikannya.
Moga …29 Mei ini akan menjadikan ianya tarikh keramat dalam hidupmu,tarikh yg akan membuatkan dirimu dewasa sebenar-benar dewasa untuk terus menyusuri denai denai kehidupan.


‘ Selamat Hari Lahir “
Sahabatku.... ESAM ( Elly )

Darimu ku temu erti persahabatan
Sentiasa hadir dikala ku sendirian
Meskipun hanya suara yang beralas maya
Dipisah jarak entah dimana 

Detik demi detik silih berganti
Dari hari  menjadi tahun.
Langkah demi langkah telah pun dilalui...
Berbagai denai telah kau susuri..
Yang indah dikecapi yang pedih tetap diharungi

Selamat Hari Lahir.. sahabatku
Ikhlas dari hati seorang teman 
Terima kasih atas setiap kesudian 
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan 
Moga ukhwah akan berkekalan 

Mungkin.. berjuta  mimpi dan harapan..
Tergalas dibahu tiap impian
Moga diri mu dalam kesejahteraan
Sentiasa disayang dan dilindung Tuhan..
Ku doa kan jua kepada Tuhan
Agar direstui  tiap langkahmu dalam kehidupan

Sahabatku....
Semoga hari hari mu diiring keriangan
Disayangi keluarga disenangi teman-teman
Aku panjangkan doa dengan penuh harapan
Moga harapan dan impian dalam kehidupan
Akan termakbul diperkenan Tuhan




Sahabatku....
Tidak ada hadiah yang dapat kutitipkan ,tidak ada bunga yang dapat ku kalaungkan....hanya Secebis doa dan harapan dengan penuh  TULUS dan KEIKLASAN ,  dikesempatan ini aku mendoakan moga Allah rahmati dirimu sekelurga,Allah restui tiap langkah dalam kehidupan yang tersisa ,demi untuk mencari restu Ilahi.......




Selamat Hari Lahir 
Sahabatku


Rabu, 28 Mei 2014

Sejarah dan kelebihan Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 


“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.    


 Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Share dari blog : Zharif Alimin


Selasa, 27 Mei 2014

Dimana Ketenangan


Telah agak lama juga aku menyepi, terasa agak kekok juga tangan dan otak ini untuk mencoretkan kembali sesuatu didada blog ku ini. Hari ini ku cuba jua mencoretkan sebaris dua ayat agar blog ini tidak ditinggal kosong umpama rumah yang tak bertuan...yang hanya dihuni labah-labah yang bersarang .

Kadang – kadang kita merasakan hidup dan jiwa kita tidak tenang..sedangkan kita ingin dan mengimpikan ketenangan itu...Kita juga sering bertanya.......bertanya pada diri kita  dimanakah ketenangan? Sebenarnya kita kena tahu dan wajib tahu bahawa Allah itu maha Adil,Jiwa yang tenang itu akan diberikannya kepada setiap insan...NAMUN kerana kealpaan kita sendiri menjaga ,memupuk dan menyuburkannya ,kita sering membiarkanya tertanam diparas yang paling bawah,kita sering menindihnya dengan sikap dan nafsu kita terutama nafsu amarah ,nafsu iri dan segala nafsu yang buruk.Kita sebagai manusia  ni diciptakan tuhan dengan tujuh nafsu,Nafsul mutmainnah,jiwa yang tenng itulah salah satu dari nya..itupun hanya akan dikurniakan kepada orang-orang yang memilih jalan yang diredhoiNya sahaja. INGATLAH  bahawa iblis laknatullah itu zalim dan si iblis ini juga amat jarang dan mungkin tidak mahu lansung manusia seperti kita,kita dan kita ini memiliki ketenangan itu ,sudah pasti ia akan membantu nafsu kita agar jiwa yang tenang tidak boleh keluar menguasai diri.

Kadang-kadang kita jua kalah ,kalah dengan nafsu kita hingga menenggelamkan jiwa kita yang tenang, Pejamkanlah mata kita sejenak renunglah,bantulah jiwa kita  yang tenang itu untuk bangkit kerana mungkin dikala itu ia sedang menderita ,menderita dihimpit nafsu perosak...Buangkanlah nafsu perosak itu dan letakan kembali jiwa yang tenang itu diparas yang paling atas, ditingkat yang sepatut dan selayaknya  ia berada . InsyaAllah jika kita Berjaya menempatkan nya kembali diparas itu dalam minda kita yang sihat ,ketenangan,kedamaian jiwa pasti menjadi milik kita.



Ayuh kita berpesan pada diri dan jiwa kita yang tidak tenang.... Kikiskan segala nafsu buruk itu ..angkatlah tangan dan berdoalah TAPI fahamilah betul betul akan apa yang kita pinta ,kenalilah kepada siapa yang kita pinta itu... Wahai jiwa yang tidak tenang....ayuh kembalilah kepada asal dirimu,kenalilah siapa tuhan mu,fahamilah janji janji dan pesanannya...dalamilah ilmu yang sedia ada didadamu...percayalah kita tidak akan sekali – kali mengalah kepada keadaan jika kita tahu siapa diri kita siapa tuhan kita. Apa yang penting jangan kita terus terusan  menipu hati kita,jangan terus terusan menidakkan hati kita kita pasti tahu apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang tidak akan mendatangkan kebahagiaan dan jawapan,Apa yang penting janganlah kita berbuat sesuatu demi nafsu yang mana dari perbuatan itu akan menarik diri kita lebih jauh lagi kedalam ketidak bahagiaan dan kedamaian dan tenteram malah mungkin mengundang kebuntuan.

Apakah mampu ketenangan kita miliki degan kekuasaan dan wang ringgit kita ? ... Ingatlah ketenangan tak mampu untuk kita miliki dan beli dengan wang ringgit dengan kuasa kita,ketenangan juga tak bisa kita perolihi dan miliki dengan meminjamnya dari sesiapapun dan tenangnya akal kita juga tidak akan dapat kita perolihi dan capai dengan dengan kekusutan yang ada pada kita.Ketenagan hanya mampu kita perolihi bila kita betul betul kembali kepadanya,berserah kepadanya dan mengamalkan apa yang terkadung dalam agamanya.... Jika inginkan ketenangan sebenar- benarnya KEMBALILAH kerana Islam itu bukan Cuma agama,Islam itu nyawa,darah dan nafas, Islam itu pengharapan dan kasih sayang dan yang paling penting Islam itu bukanlah nama yang diambil bila perlu dan dibuang jika tidak.



“ Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah sebutir zarah yang kecil dialam cakrawala.Pada zarah yang kecil inilah ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui.Semakin kita membina syurga didunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita “ Jadi untuk dapatkan ketenangan hakiki buanglah nafsu yang akan menjahanamkan kita dan seterusnya mencampakan kita terlalu jauh dari ketenangan....Insya Allah





Khamis, 15 Mei 2014

Menangislah Andainya Itu Mampu Meredakan


Allah jadikan dan anugerah kan kepada manusia dimuka bumi ini dengan pelbagai deria dan rasa ,bila disebut rasa, kita fokuskan kepada “perasaan” ,mungkin ada diantara kita yang tidak mendapat anugerah itu sepenuhnya ...tak mengapa...itulah kejadian tuhan tak mampu untuk kita pertikai NAMUN perasaan tetap ujud dan ada walau sebagaimanapun kita, kecuali kita yang kurang berakal dan dalam istilah lain pemikiran tak sempurna. Bila kita sebut perasaan sudah pasti lah ia terarah kepada perasaan gembira ,sedih dan marah . Ayuh kita fokoskan kepada sedih ...dari sedih ini lah ujudnya TANGISAN namun dalam kegembiraan pun kekadang tangisan ini akan ada juadan tak ketinggalan air mata kesyukuran .

Menangis merupakan satu kemestian bagi setiap manusia didunia ini .Bermula dari kita dilahirkan sehinggalah jenazah  kita diusung keliang lahad,tangisan pasti setia mengiringi.Manusia menangis diatas pelbagai sebab dan musabab dari berasa gembira,sakit hingga lah kepada kekecewaan dan tak tertinggal jua akibat dari kehilangan dan emosi.Agak luar biasa rasanya jika ada sesaorang yang mengaku bahawa dirinya tidak pernah menangis ... mungkin tidak ada perasaan agaknya orang itu ,setidak tidak tidaknya  semasa kita dilahirkan apakah tak ujud jua tangisan itu...pelik kan ?. Kadang – kadang dari tangisan ini ujud pula pelbagai persepsi ...ada persepsi yang dilemparkan oleh sesetengah orang khususnya kepada orang dewasa yang suka menangis ,kononnya mereka mereka ini tergolong dalam orang yang terlalu emosi ,manja,lemah dan lebih teruk lagi bersikap kebudak- budakkan.Timbul persoalan Apakah lelaki juga menangis ?... Ada juga orang mengatakan mana mungkin seorang lelaki akan menangis ,lelakikan kuat dan ego nya kan tinggi... Tapi sedarkah kita Lelaki juga manusia sama seperti perempuan ,cuma mereka berlainan jantina saja tapi tetap punya perasaan. Mungkin ramai juga tidak tahu atau tidak perasan bahawa lelaki mungkin jauh lebih sering menangis,namun seorang lelaki kebiasaannya akan menyembunyikan tangisannya didalam kekuatan akal nya...sebab itulah ada orang mengatakan dan mungkin jua fakta, lelaki ni lebih kuat akalnya dari perempuan dan sebab itu jualah apa yang kita lihat disebalik lelaki ni kekadang bukan sikap dan nalurinya tapi kedegilannya... degil itulah yang menyembunyikan segala termasuk perasaan dan emosinya.

Apa yang terjadi selalunya adalah dari kejadin dan ketentuan Ilahi..Allah jualah yang mencipta tawa dan tangis dan mencipta jua kenapa tawa dan tangis itu terjadi.Kalau nak dihimpun cucuran air mata dari tangisan ini mungkin selebar dan sedalam Lautan Hindi agaknya...ya itulah sumber air yang jatuh berderai dari mata menitis dipipi lantas tumpah kebumi..Dari mata ? kecil sebenarnya mata kita ini namun ianya tidak pernah kering dan sentiasa akan mengeluarkan dan mengalirkan air mata jika tangisan yang datang walupun  tanpa putus – putus waima  setiap hari sekalipun ...kadang – kadang tak ubah seperti aliran sungai yang mengalir kelaut.


Ayuh kita luaskan minda kita dan kaitkan dengan siapa tangisan ini paling sinonim.... Wanita ?..Ramai yang mengatakan bila disebut tangisan ianya begitu sinonim dengan insan yang bernama wanita.Mengapa ? Mungkin ada yang mengatakan WANITA ini adalah insan yang sukar dimengertikan,insan yang hatinya lembut dan emosinya kekadang berada dalam keadaan yang kurang stabil ...Betulkah begitu ? pada saya hanya perempuan yang ada jawapannya.... Dari pemerhatian mata kasar kita apabila seorang wanita ini menangis lantaran dari apa yang diterima dan dilaluinya ..perasaannya akan menjadi tenang dan lega selepas ia menangis dan ada juga yang mengatakan air mata itu juga satu terapi bagi mereka... Jika lelaki dikenali dengan kedegilan dan egonya bagaimana pula dengan wanita ... Ada juga orang mengatakan sesaorang wanita apabila ia sedih atau pun marah mereka lebih suka berdiam diri,menyendiri dan menangis ,sensitif sebenarnya perasaan dan naluri seorang wanita ini kekadang dengan sedikit kata kata yg dilemparkan kepada nya atau dari usikanpun hatinya mudah tersentuh apatah lagi usikan tu datang dari orang yang disayanginya ,apabila emosinya terganggu lantaran kata kata yg dilemparkan kepadanya atau dari usikan tu emosinya akan terganggu dan mula merasa kecil hati maka kesudahanya tangisanlah menjadi penawar mereka .Mungkin benar ada juga orang mengatakan wanita mudah meluahkan perasaan marahnya dalam tangisan.Tangisan dalam kemarahan ni sebenarnya adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal emosi supaya ia tidak menjadi lebih teruk dan mampu mengawal emosi amarah itu.Sering kita lihat wanita jua akan menangis apabila ianya menerima sesuatu kejutan yang mengembirakan,maka air mata dan tangisan gembiralah yang menjadi pengganti ungkapan kata – kata.
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang mana mempunyai pemikiran yang agak komplek berbanding kaum lelaki. Dalam tawa hilai kekadang  wanita akan memerhati dan mengingati akan kenangan silam mereka sekali gus tanpa diduga akan menyebab titisan air mata jatuh berderai..Kebanyakan  wanita kerap menggingati setiap detik kehidupan mereka yang telah dilalui selama ini ,mungkin didalam itu terselit pelbagai terutama yang duka jadi kekadang air matalah menjadi peneman mereka dalam meredakan keadaan apa yang mereka kenang itu.
Pesanan untuk LELAKI.... Tangisan merupakan sesuatu yang agak asing bagi lelaki...namun apabila sesaorang WANITA itu menangis,mereka sebenarnya memerlu kan kita disisi mereka.Mereka bukan maukan apa - apa tapi mereka perlukan kita untuk meredakan tangisan itu.

Apapun mungkin tidak ramai dari kita yang tahu bahawa  menangis ni sebenarnya amat dicintai Allah swt,malah menangis ini mungkin boleh membuatkan sesaorang itu mendapat nikmat dari Allah swt dan terhindar dari azabnya,lantas memperoleh kebahagiaan yang didambakan ,didunia dan akhirat,menangislah kerana menginsafi dosa sosa silam yang merupakan titik titik hitam yang mengkelamkan hati kita,Serulah air mata itu dari persembunyiannya disebalik kelopak mata agar ia mampu menitis ,membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga air mata itu mampu meleburkan dosa dosa silam kita lantas mendapat keampunan darinya.Jangan sekali kali kita titiskan air mata tangisan itu untuk meratapi kegagalan kita dalam meraih tujuan kerana Allah telah aturkan segalanya ,andainya itu tujuan tangisan kita simpanlah air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi diri atas segala kesalahan dan kekhilafan kita.



Kesatlah air mata itu andainya ia tak perlu ditumpahkan ,Hemburkan air mata itu adainya ia mampu menzahirkan ketenangan



Rabu, 14 Mei 2014

Buangkan Kesedihan Itu



Selagi kita dinamakan manusia pemikiran kita sentiasa berlegar legar...sering berputar sebagaimana putaran bumi ini dipaksinya ..kita sering menggingati tiap yang pernah dilalui lorong,denai dan ranjau yang pernah kita harungi..itulah kehidupan kita. Menggingatkan kembali masa masa lalu dan menghadirkannya kembali dalam kotak dan ruang kehidupan kita masa kini kamudian kita   “ bersedih “ diatas kedukaan dan kegagalan yang terkandung didalamnya .walaupun inilah naluri kita ,jiwa kita tapi tidakkah ini satu tindakn yng dikira bodoh atau membuang masa yang mana masa itu sepatutnya kita isikan dengan pekara pekara lain dan baru.Bukankah tindakan kita itu juga akan membunuh semangat,harapan dan menghalang kita untuk menjalani kehidupan yang sepatutnya dan memupuskan tekad dan mengabur masa depan yang belumpun terjadi.

Menjadilah seorang yang berfikir ,mengapa tidak peristiwa masa lalu kita simpan terus didalam lipatan sejarah dan kiranya perlu tak usahlah kita buka kembali lipatan itu...jika perlu jua cuba kita letakan dan simpan ianya dan jika perlu penjarakan kenangan itu ,kerana walaubagaimana sekalipun tiap peristiw dan kenangn tersebut hanyalah merupakan sebahagian dari masa lalu dan anggaplah ianya telah terkubur dan berakhir.Dengan yang demikian tiada lagi kesedihan ,kedukaan dan kita berharap ianya tidak berulang dan hidup kembali kerana sememangnya ia telah kita campakan sejauh – jauhnya.

Sebenarnya tak usahlah kita hidup didalam  mimpi-mimpi  buruk masa lalu atau terpengaruh dengan bayang bayang suram masa silam.berganjaklah dari fantasi tersebut kerana andainya kita masih terus beridolakan masa lalu itu seolah olah kita ingin menjempu kembali pelbagai yang suram yang telah kita lalui dulu itu. Kekadang jika kita terus berimiginasi dengan rentetan masa silah yang duku dan sedih itu kita jua seolah olah bayi kembali keperut ibunya,air mata kembali kekelopak matanya pada hal semua itu akan membuatkan kita mengalirkan air mata. Dengan pemikiran kita yang membenarkan kita kembali kemasa lalu,beerti kita sendiri merelakan diri kita kembali keera keresahan,kesedihan,kita kena ingat....bahawa masa lalu yang suram itu tak ubah seperti api yang terus membakar dan kadang- kadang menakutkan.Sebagai manusia sebenarnya kita tak perlu untuk memalingkan wajah kita kebelakang dan menghayati masa masa silam yang suram itu sebolehnya janganlah kita menjadi seorang yang cuba menumbuk tepong atau berusha mengergaji serbok kayu.Membuka kembali lembaran masa lalu sedikit sebanyak hanya akan merosakan suasana yang ada dimasa kini dan lebih teruk lagi ianya akan mensia siakan apa yang kita buat dihari ini.

Apakah tidak ada kesedihan dalam hidup ini ?..... Kita sebenarnya tidak dilarang bersedih kerana itu jua perasaan dan setip manusia punyai perasaan..tapi kita tidak digalakan sama sekali bersedih-sedih.  Bersedih ,menangis itu adalah lumrah kerana kadang – kadang air mata juga boleh mengubat luka dan air mata jua mampu menjadi terapi jiwa dan seboleh bolehnya menangislah kita di ribaan pencipta bukan tangisan yang meratap hiba TAPI janganlah kita bersedih-sedih ,berapa banyak air mata yang harus dan mesti kita alirkan..berapa banyak masa yang perlu kit bazirkan demi untuk menghayati kesedihan itu,kita jua kena ingat hidup ini mesti kena teruskan,masa tidak pernah menyimpan belas dan kasihan pada kita apatah lagi masa  yang kita habiskan dengan mengenang dan bersedih dengan kisah lampau kita juga kena ingat masa akan terus pergi dan ia tidak akan menunggu kita yang seringkali meratapi kesedihan masa silam.Kadang-kadang kita lupa atau kita sengaja lupa bahawa bencana akan menimpa kita bila kita lemah dalam menghaadapi masa kini dan terlalu menyibukan diri kita dengan masa suram era lalu ,tak perlulah untuk kita mensia-siakan mahligai indah dan istana tersergam yang kita miliki kini dan cuba mempetaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu kita yang usang dan suram itu,kerana kita terlalu terbawa bawa dengan kesedihan masa lalu itu... Jadi berhentilah dari rutin hidup yang sia - sia ia itu mengenang kesedihan masa lalu .

Jadi...itulah manusia memang terkadang tak boleh lepas dari rasa sedih,menangisi masa silam,perjalanan hidup ini akan terus bersilih ganti kesedihan dan kegembiran tak ubah seperti ombak dipantai..Banyak yang tak ingin kita tinggalkan dari hidup ini namun kita kena ingat semuanya pasti ada pengakhirannya sesuai dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu jangan lah kita terbawa bawa dengan kesedihan masa silam,buangkanlah ianya sejauh-jauh mungkin agar ia tidak akan mempengaruhi kehidupan kita dihari ini.


Campakkanlah kesedihan dan kesuraman masa lalu itu dipenjara yang sedalam dalamnya agar ianya tidak mampu ditembusi cahaya yang bisa membuatkan kita ingin mengamitnya kembali...

Kita Mampu Bangun

               

        Lahirku keatas muka bumi ini dengan keizinan mu Tuhanku,Kini hari demi hari telah berlalu,  tahun berganti tahun dan detik demi detik telahpun menghilangn dan  yang pasti masa dan detik itu telah lama meninggalkan aku, namun terkadang aku terleka masa berlalu begitu saja sesungguhnya aku terlalu lalai dalam mengira,menghitung dan memanafaatkan tiap ruang dan waktu yang telah tuhan berikan sejak aku mengenal dunia ini.

     Bila  hayati kembali masa masa yang telah jauh ditinggalkan rupanya perjalanan ku dipentas dunia ini tidak semuanya indah yang diiringi senyuman serta tawa , kekadang ianya jua sering  disulamkan dengan tangisan dan kepiluan.Namun bila kita fikirkan ,itulah hakikat sebenar dan lumrah sebuah kehidupan yang mana sebagai insan yang dinamakan manusia ianya pasti dan mesti kita lalui.Tapi apabila kini kedewasaan telah menjadi milik ku ,aku anggap tangisan masa silam adalah satu pengajaran dan pembelajaran yang tak perlu pembiayaan untuk kita pelajari dan tak perlu ada sekolah untuk kita hadiri manakala tawa dan riang itu merupakan satu rahmat yang perlu dan mesti  kita syukuri dan mesti kita kecapi.

      Terkadang  terlalu rapuh langkah langkah yang diatur  dalam meniti batas batas kehidupan hingga sering membuat kita tergellincir ,apakah sebenarnya kita tidak kuat atau apakah sememangnya kita yang sering alpa sehingga membuatkan kita mudah tersungkur  kita mudah diperdaya oleh hati kita sendiri atau apakah telah tersurat dan tertulis “itulah kehidupan kita “, walaupun  kadang kadang hati ini terasa sayu dan duka  apabila mengenang detik detik silam yang menghimpit jiwa  yang telah kita tinggalkan untuk dijadikan pelajaran.Tapi sebenarnya itulah pelajaran buat kita.
Saat aku jatuh terluka,aku menangis dan meratapi nasib diri ini,apakah ini segala galanya bahagian yang harus ku terima …. Namun Tuhan masih tunjukan jalan untukku…lantas aku  masih mampu menoleh sekeliling….melihat  dunia mentertawakan aku,melihat insan insan lain tersenyum sinis…lantas Aku menyedari jatuhnya aku dikala itu bukan bermakna aku akan terus tersembam mengadap bumi masih ada ruang untukku bangun dan menangkis senyum  dan tawa sinis yang telah mereka dipamerkan.

     Ramai orang mengatakan bahawa hidup ini tak ubah seperti air yang mengalir ,tiba ketikanya nanti pasti  ianya sampai kelaut juga…benarkah begitu ? pada saya tidak….bukan semua  air itu jika dibiarkan akan kelaut destinasi terakhirnya.Begitu juga kehidupan ni, walaupun kita istilahkannya  seperti air yang mengalir  namun jika kita biarkan ianya mengalir sendiri tanpa kita pantau dari dalam pasti ianya akan tersasar jua ,dan tersasarnya itu pasti meninggalkan kesan yang pahit buat diri kita.

   Dalam kehidupan ini setiap insan termasuk diriku punyai  cerita sendiri,,cerita yang kadang kadang indah seindah warna warna pelangi dan tak kurang juga yang suram sebagaimana suramnya bulan yang dibayangi awan awan kelam.yang indah pasti tersenyum yang suram pasti bersedih dan muram. Aku telah melalui detik detik suram dalam hidup yang mana pada satu ketika aku menggangap bahawa tidak ada keadilan dalam kehidupan ,tapi ternyata tanggapan aku itu salah belaka ,bila aku muhasabah kembali diri ku, merenung sedalam dalam nya diriku dengan pandangan mata hatiku sendiri ,melihat dimana silapku ,apa kekuranganku AKU SEDAR  bahawa sebenarnya TUHAN tidak menguji aku dengan sia-sia,tuhan telah berikan aku sesuatu untuk aku merasa pahitnya penawar agar aku tahu penawar yang pahit itulah penyembuhnya .Kelukaan,kedukaan rupa-rupanya ada resepi yang dicipta untuk kita sebagai hamba yang lemah ini dalam mendekatkan diri kita  kepada penciptanya….mungkin apa yang diberikan kepada kita selama ini adalah ramuan yang terbaik walaupun pahit agar kita tidak leka dan alpa.Kini aku menyedari Ujian yang tuhan berikan untuk diri kita bukan beerti kita dihukumnya tapi ini bermakna Ia masih menyanyangi diri kita ,dan Aku bertekad dan memohoh kehadrat Ilahi agar aku diberikan kekuatan agar langkah-langkah ku tidak lagi serapuh dulu,perjalananku tidak lagi dibayangi batas batas yang berliku akan dapat ku sempurnakan baki baki kehidupan ku ini dengan redho Mu dalam memgharungi hidup ini yang kadang – kadang penuh berduri.



Jumaat, 9 Mei 2014

Pesanan ku Untuk Anak


Adakah kita sering menceritakan kepada anak anak kita tentang orang tua kita iaitu datuk atau nenek – nenek mereka. Ceritakanlah kepada mereka tentang insan yang bernama IBU mungkin mereka tidak jemu mendengarnya dan kita jua tidak jemu terus menceritakannya... bukan saja kekadang kita bercerita tentang ibu kita tapi lantaran telah bercerita kita selitkan jua tentang cerita ibu mereka ia itu IBU kepada anak – anak kita. Mungkin mereka akan terpegun dengan cerita cerita kita dan terus mendengar akur dan diam Cuma sesekali melontarkan pertanyaan... Aku terus berdoa moga moga cerita cerita kita itu akan menginsafkan mereka tentang jasa – jasa seorang yang bernama IBU dan disatu masa nanti mereka – mereka jua akan bergelar dengan status tu dan panjang pangkanlah cerita cerita tentang insan yang bernama IBU kepada generasi generasi selepas mereka.

GAMBAR HIASAN

Detik berlari dan masa terus berlalu tanpa menanti walau sesiapapun dan semakin  hari usia kita kian bertambah angkanya dan beerti kian pendek tempoh untuk kita menghuni dunia ini. Dalam era kita kian meniti usia kepenghujung  ini ingatan kita kepada insan yang bernama ibu tidak pernah lekang dari cengkaman perasaan kita...mereka sentiasa ada dihati kita ,wajah mereka masih dapat kita bayangkan dengan jelas ,kekadang ceria,lesu namun tetap segar diingatan kita walaupun telah bertahun tahun mereka pergi...pergi yang tak kembali lagi lagi. Bila kita imbas kembali ...betapa besarnya peranan insan yang bernama IBU dalam mendewasakan kita sehingga kehari ini.Begitu besar jasa dan peranan insan yang bernama IBU ini..mereka tak kenal erti jemu,mereka jua sering ketawa kerana kita dan mereka jua bias menangis kerana kita ...Ayuh marilah kita renung-renungkan sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala jasa insan yang bernama IBU ini dan kita renungkan juga apakah yang telah kita lakukan sehingga insane yang bernama IBU ini pernah menangis kerana kita .

Untuk kita cerita dan senaraikan apa yng telah insan bernama IBU ini lakukan untuk kita sedari kita menjengah bumi Allah ini lagi sehingga kita seusia ini tak tercatit rasa nya didada kertas ini,terlalu banyak untuk kita balas jasa-jasa insan bernama IBU  ini juga tak terbalas rwalaupun kita punyai wang sekarung guni ,harta setimbun bukit CUMA sebagai seorang anak kita cubalah jauh kan diri kita dari sikap Kacang Yang Lupakan Kulit , janganlah derhakai dirinya jangan biarkan air mata kedukaan menitis dipipinya lantaran sikap kita ,Jangan lenyapkan diminda kita segala gala apa yang telah dicurahkannya kasih saying dan pengorbanan siang dan malam yang tak berbelah bagi dan tak kenal erti jemu untuk diri serta  kehidupan kita . Kita kena ingat bahawa syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka masih ada hayat hidup mereka,selagi nyawa dikandung badan supya kita tidak akan TERKILAN BERPANJANGAN dan menghantui hidup kita.

GAMBAR HIASAN

INGATLAH...tiga jasa insan yang bernama IBU ini tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun walaupun ayah kita sendiri iaitu MENGANDUNGKAN kita selama 9 bulan 10 hari dengan segala bentuk kepayahan...kedua MELAHIRKAN  kita seolah berjuang antara hidup dan mati dan ketiga MENYUSU dan MEMBESARKAN kita dengan penuh rasa kasih sayang.INGATLAH..... ketika begitu berat hati kita untuk membalas tiap jasa yg dilakukan insan  bernama IBU ini,mendoakan kannya cubalah kita kenangkan ,betapa disatu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya...Tak kira betap besar dan gah kita dimata masyarakat umum sekelian NAMUN kita adalah insan yang hina jika kita melupakan tiap jasa jasa yang telah insane bernama IBU ini sumbangkan terhadap diri kita .Oleh itu jengah dan kenang dan balaslah jasa jasanya sementara ia masih ada andai ia telah pergi mengadap Ilahi kita masih mampu membalas jasa jasa nya dergan mendoakannya disetiap kali kita berada ditikar sembahyang. Sepotong hadis baginda Rasullullah SAW bermaksud....
Rasullulah SAW bersabda “ Apabila sesaorang itu tidak lagi mendoakan untuk kedua ibubapanya ,sesungguhnya dia telah memutuskan jalan razekinya “.( Hadis Riwayat Ad- Dailami )

GAMBAR HIASAN

Jangan biarkan IBU KITA menangis kerana KITA