UNTUK TATAPAN ANAK
–ANAK BENDANG KERING
Setiap
sesuatu yang baru itu pasti ada baik dan buruk ,ada hitam dan putihnya
,kebaikan dan keburukan itu adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan
kita,begitu juga keujudan laman sosial yang sering diperkatakan kini. Ramai
diantara kita pernah menggangap bahawa laman sosial yang ujud kini adalah
sesuatu yang mungkin akan merosakan fikiran kita kerana di podium itulah
tersebar segala galanya Namun begitu bagi sesiapa yang mampu memanafaatkan
laman sosial ini sebaik mungkin ianya juga ada lah satu podium yang mampu
memberikan beribu kebaikan, segala gala nya terpulang kepada kita sebagai
penggunanya. Laman sosial ini juga boleh mencetuskan sesuatu yang membimbangkan
dan memecahbelahkan bagi mereka yang menggunakannya sebagai senjata dan medan
untuk tujuan itu Tapi pada sesiapa yang boleh memanafaatkannya ianya juga merupakan
satu pentas untuk kita merapatkan silatulrohim …mungkin dapat menemukan kita
yang telah terpisah jauh,menjalinkan satu ikatan kekeluargaan walaupun dari
jauh
![]() |
Podium laman sosial yang sering AABK Kunjungi |
Tanpa kita sedari teknologi canggih dihari ini
juga telah mampu mengeratkan siratulrahim itu walaupun tanpa kita bersua
muka,silaturahim itu tetap terjalin utuh,itulah dunia maya yang jika mampu kita
kendalikan dan manafaatkannya sebaik
mungkin ianya bukan saja berguna dalam pekerjaan harian kita malah ianya mampu
mengeratkan silaturohim hanya dihujung jari. Namun begitu situasi masa kini
membuatkan kita terpisah jauh dan mungkin menjarakkan ikatan silaturrohim itu
tapi dihari ini kejauhan itu bukan lagi alasan kerana dengan ujudnya dunia maya
ini kejauhan itu mampu kita rapatkan.,kejauhan dan masa bukan lagi alasan
diatas kerenggangan sesuatu ikan samaaada persaudaraan atau persahabatan. Dianggarkan
hampir 13 juta rakyat negara kita punyai akaun laman sosial ni tak kiralah
samaada facebook,whatsapp atau pun twiter dan sebagainya,perangkaan ini
menunjukan satu jumlah yang agak besar, sekali gus ianya menunjukan betapa
rakyat negara kita dan kita sendiri juga seiring dengan permodenanan dunia komunikasi
masa kini
Cuba kita
bayangkan disatu ketika dulu perhubungan yg ada untuk merapatkan hubungan
kekeluargaan yang terpisah jauh hanya lah dengan berutus surat dan bagi yang
mampu mungkin punyai telefon sebagai penyambung ikatan itu.Tapi kini dunia maya
yang ujud dan salah satunya pecahannya laman sosial khususnya Facebook,twiter atau whatsapp, dipodium ini kita mampu jalin dan
merapatkan ikatan kekeluargaan,bersua kembali sahabat handai yang lama terpisah
yang seakan telah terputus hubungan,mampu berinteraksi dan mengimbau kenangan
silam dan mampu mengetahui keadaan khhusunya dikampong kita walaupun kita
berada beratus ratus batu jauhnya, dengan hanya beberapa saat sahaja,dengan ada
nya laman sosial ini kita mampu temui segala galanya itu kembali.Tidak dapat
untuk kita nafikan laman sosial seperti ini mampu membawa banyak kebaikan
kepada kita kita semua ini yang memanafaatkannya untuk tujuan yang positif,
terlalu banyak kebaikan yg yg mampu kita perolihi,selain dari itu laman sosial
ini juga mampu menyatukan kembali hubungan yang sudah lama terputus diantara
keluarga,sahabat,bekas rakan persekolahan bekas rakan sekerja dan sebagainya,ini
adalah sebahagian dari kebaikan laman sosial ini jika kita mampu
memanafaatkannya sebaik mungkin. Ada diantara kita dah berpuluh puluh tahun
meninggalkan kampong halaman dan berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan
dan rakan rakan semua , ada diantara kita yg lansung tak pernah bersua muka
selepas itu. Begitu juga bagi yang peringkat adik-adik atau abang/kakak yang mana sebelum dari era ini lansung tidak
pernah berinteraksi dan mungkin juga tidak mengenali antara satu sama lain Tapi
laman sosial ini telah menjadikan kita semua begitu akrab yang mana seolah olah
baru semalam kita bersua muka sedangkan hakikatnya dah berpuluh tahun rupa
wajahpun tidak kelihatan, Dilaman sosial ini kita mampu berinteraksi setiap
hari merapatkan kembali sesuatu yg seakan renggang,mengetahui susur galaur
ikaatan kekeluargaan dari peringkat abng abang dan kakak yg ada sama sama dipodium
ini.Kini kita semua bertebaran diseluruh pelusuk negeri di Timur,Utara ,Barat
dan Selatan tapi kini kita benar benar merasakan seolah olah kita berbicara
dihadapan muka,itulah kelebihan laman sosial dan dunia maya ini jika kita mampu
menafaatkannya sebaik mungkin. Laman sosial ini telah berjaya menemukan dan
merapatkan kembali hubungan kami ANAK –
ANAK BENDANG KERING.
Mungkin
ketika kita atau yang yang lebih tua
dari kita meninggalkan kampong disatu
ketika dulu,yang diperingkat adik-adik ini masih lagi menggalas beg sekolah dan
sebahagian besarnya masih lagi disekolah rendah ,tapi laman sosial ini telah
merapatkan kami, kami sering berinteraksi walaupun tak mustahil jika kita katakan mereka mereka ini hanya pernah
mendengar nama kita saja sebelum ini orang sebenarnya tidak mereka kenali
,begitu juga kita yang lebih tua dari mereka mungkin jika berselisih
dijalananpun tidak mengetahui siapakah mereka walaupun mereka mereka ini adalah
anak-anak kepada pak cik pak cik kita dikampong tapi laman sosial ini telah
memperkenalkan kita dengan mereka mereka ini dan begitu juga mereka –mereka ini
telah mengenali kita. Dibawah ini saya paparkan sebahagian gambar adik –adik atau ANAK-ANAK
BENDANG KERING yang saya tinggalkan dulu masih lagi
menggalas beg sekolah kini telah punyai keluarga sendiri.
![]() |
Si Kembar Isa dan Musa bersama ahli keluarga mereka |
![]() |
Keluarga Asri,Anum dan Johan |
![]() |
Anum dan Norhalina bersama ahli keluarga mereka |
![]() |
Ahli keluarga Jurit @ Lokman |
![]() |
Ahli ke;luarga Yon Nazihah |
![]() |
Bustamam@ Nuar dan anak anaknya |
![]() |
Cikgu Tam dan Tok Perak bersama pasangan mereka |
![]() |
Mansor dan Nuar bersama isteri masing-masing |
Salah satu
dari tuntunan hidup Islam tersebut adalah silaturahmi. Bahkan lebih dari itu,
silaturahim merupakan salah satu ajaran akhlaq yang paling asasi di dalam
Islam. Pada hakikatnya bentuk dari silaturahim tidaklah
hanya terbatas pada saling mengunjungi antar sesama kita. Banyak
hal yang boleh kita laksanakan masuk dalam kategori pelaksanaan
silaturahim. Contohnya seperti yang kita semua praktikkan kini,,,kita jadikan
laman sosial ini sebagai jambatan silatulrohim buat kita ANAK –ANAK BENDANG
KERING, Moga kita dapat teruskan dan manafaatkannya sebagai podium untuk kita
jalinkan keutuhan dan ukwah bukan sebagai medan caci mencaci dan medan yang tak
mendatangkan apa apa buat kita semua. Walaupun kita semua kita berada diUtara
Selatan Timur dan Barat tapi kita masih terlalu dekat hanya dengan jalinan
dihujung jari namun keakraban itu akan tersemat disanubari.
![]() |
sebahagian dari Rakan-rakan sekampongku |
Mereka - mereka semualah rakan -rakan yang terpisah jauh namun kecanggihan teknologi masa kini merapatkan kami
Menurut
Rasulullah, Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali
silaturahim. Allah juga akan memanjangkan umur kepadanya .
Imam Ali as.
meriwayatkan dalam sebuah hadis,
“Barangsiapa
yang mengambil tanggung jawab atas suatu perkara, aku akan menjamin baginya
empat perkara. Barangsiapa bersilaturahim, umurnya akan dipanjangkan,
kawan-kawannya akan cinta kepadanya, rezekinya akan dilapangkan, dan ia aman
masuk ke dalam surga. (Kanzul ‘Ummal).
” Rasulullah
pernah bersabda,
”Tidak ada satu kebaikanpun yang pahalanya lebih
cepat diperoleh daripada silaturahim, dan tidak ada satu dosapun yang adzabnya
lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akhirat, melebihi
kezaliman dan memutuskan tali silaturahim.”
Kita gunakanlah kecanggihan
teknologi komunikasi dihari ini untuk kita terus merapatkan Silaturohim
,merapatkan ikatan kekeluargaan dan merapatkan kembali hubungan yang sekian
lama terputus disebabkan kita terpisah diserata pelusuk..Ayuh AABK kita gunakan
lah podium ini dan manafaatkannya sebaik mungkin.
ASSALAM...APA KHABAR...SESEKALI UPDATE BLOG BANYAK ILHAM YG MENCURAH-CURAH UTK DITULIS YA DIK ANAK KUALA...SEMOGA PERTEMUAN DGN RAKAN2 LAMA SEPERMAINAN SEKAMPUNG HALAMAN... TERJALEN UTUH IKATAN UKHWAHNYA BERKEKALAN..
BalasPadamWaalaikumussalam Kak Paridah....dah 3 bulan tak up date blognya tu...
BalasPadamAlhamdulillah dunia maya ni dapat merapatkan kembali ikatan yg telah terlalu lama renggang.....Alhamdulillahh...Terima kasih kak
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum tok...tahniah syabas dan ribuan terima kasih diatas kesudian tok mengapungkan keluarga saya didalam blog tok ni...hihihi
BalasPadamWaalaikumussalam Amir Hamzah..... sekadar untuk merapatkan sesuatu yang kian renggang antara kita semua...... Yang mana keluarga mike ye....
BalasPadamtahniah rapat hubungan kita.ate ijak ke lik kg.5.7.15 ada morey aabk di masjid bk n rays kedua ptg ada perjumpasn raya..kata mansur..
BalasPadamPerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)