Sebagaimana halangan
dan rintangan yang perlu kita tempoh dikala meredah lautan atau belentara
begitu jualah dengan perjalanan kehidupan kita ini... perjalanan kehidupan
sudah pasti dipenuhi dengan pelbagai liku liku serta onak dan ranjau yang
menanti,kehidupan ini tidak sentiasa menjanjikan sebuah kebahagiaan dan
kehidupan ini juga tidak selamanya penuh dengan kisah dan episod duka,namun
begitu dalam menjelajah kehidupan ini sudah pasti kita sebagai manusia dituntut
mempunyai sifat sebagai seorang pejuang yang dipenuhi dengan kesabaran
,keyakinan,kesanggupan ,keinginan dan tak terlepas juga keredhaan.Kadang-kadang
kehidupan ni tak ubah juga seperti sebuah medan peperangan ,jika kita kuat dan
kental bertahan dan disertai dengan perancangan strategi yang rapi pasti nasib
akan menyebalahi kita tapi andainya kita gagal mengemudi diri dengan baik dan
goyah dalam medan peperangan itu sudah pasti kita akan tewas dan kecundang
dalam pertempuran itu dan perjalanan kehidupan ini juga tak ubah seperti sebuah
bahtera dilautan,seganasmanapun badai yang melanda ,andai kata kita adalah
seorang nakhoda yang berwibawa pasti kapal kita tak akan tewas dimamah badai
yang mengila itu.Begitulah kehidupan kadang-kadang amat sukar untuk kita
jangkakan kerana jika kita amat amati sedalam dalam nya kita akan temui bahawa kehidupan
ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu masa lalu kita,realiti yang kita hadapai
dihari ini serta harapan dan impian kita dimasa depan.
Sebagai manusia
dewasa yang telah lalui pelbagai bentuk kehidupan,kita pastinya punyai masa
silam yang sehingga kini masih terpahat segar dalam ingatan kita ,tak kiralah
sama ada nostalgia silam itu satu yang mengembirakan ,kemanisan ataupun
kepahitan,tapi apa yang pasti setiap kisah silam kehidupan kita itu merupakan
satu pengalaman ,kenangan dan mungkin juga igauan yang cukup beharga buat diri
kita untuk masa kini dan masa akan datang.Dari kisah silam lah kita mampu
belajar kembali dan melihat dimana kesilapan kita untuk kita jadikan panduan
dan berhati hati dalam menongkah arus kehidupan masa kini dan juga panduan
untuk apa yang kita impikan dimasa akan datang.Sering juga orang mengatakan “
Kisah silam mampu mematangkan kehidupan hari ini dan mampu membentuk kehidupan
hari esok “, Banyak sebenarnya yang mampu kita perolihi dan pelajari dari kisah
silam hidup kita,andainya sesuatu yang kita tinggalkan dimasa silam itu sesuatu
kemanisan ,kebahagiaan dan kejayaan jadikanlah ianya satu pemangkin semangat
untuk kita terus mencipta kejayaan dan kebahagiaan dimasa hadapan hidup kita
namun andainya yang kita tinggalkan itu sesuatu yang kelam dan memeritkan
jadikanlah ianya pedoman dan panduan agar kita tidak mengulangi langkah itu
dimasa akan datang oleh itu manafaatkanlah masa silam kita itu demi
kesejahteraan masa kini dan masa akan datang. Ingatlah tia kesilapan masa lalu
itu jangan kita andaikannya sebagai satu kesalahan besar kerana “ Kesilapan Itu Juga Adalah Ilmu “ .
Realiti
kehidupan kita dihari ini sebenarnya banyak berkisar apa yang sedang kita
jalani dan hadapi dihari ini ,pepatah juga sering mengatakan “ Yang dahulu adalah kenangan,masa kinbi
adalah kehidupan dan yang akan datang merupakan harapan “. Jika kita kupas dan
simpulkan kembali ungkapan ini ,apa yang
kita lsedang lalui dihari ini adalah satu realiti kehidupan kita yang mesti
kita jalani sebaik baiknya kerana apa yang sedang kita lalui kini mungkin mampu
menjadi aras penentu nasib dan kehidupan kita dimasa akan datang,jesteru itu
kehidupan dihari ini perlulah dikendalikan dengan sebaik baiknya dan perlulah
dilorongi dengan jalan-jalan yang mampu memberi ruang dan sinar untuk kita
mengatur langkah-langkah lebih jauh dan teratur demi untuk kelansungan masa
hadapan.Apa yang perlu kita lakukan aturlah langkah – langkah itu dengan penuh
berhati hati,lakukan sesuatu tindakan dengan berpaksikan fikiran bukan kehendak
perasaan kerana andainya kita tersalah langkah dihari ini mungkin ianya akan memberikan
impak yang besar dimasa hadapan,oleh itu
kita seharusnya menyedari pa jua tindakan dan langkah kita dihari ini dan apa
jua yang kita ungkapkan dihari ini akan menentukan hala tuju kehidupan kita
dimasa akan datang. Cuba kita imbas kembali tiap yang kita lalui dimasa silam
dulu ,andainya kita pernah terjerumus kedalam jurang atau lubang yang dalam dan
gelap, untuk hari ini hindarkanlah langkah dan diri kita agar tidak terjatuh kedalam jurang dan lubang yang sama untuk
kesekian kalinya kerana jika dihari ini kita masih terjatuh lagi kedalam lubang
dan jurang yang sama beerti kita adalah manusia yang tidak pernah mahu belajar
dari segala kesilapan masa lalu dan kita tidak pernah menjadikan kesilapan lalu
sebagai satu ilmu kita kerana kita masih merelakan diri kita untuk terjerumus
dikali keduanya dan sudah pasti hari ini tidak mampu untuk kita jadikan
pemangkin dihari hadapan.
Kehidupan akan
datang juga tidak pernah menjanjikan apa apa buat kita,kita harus menerokainya
terlebih dahulu dan kita juga perlu menjadikan kehidupan dihari ini sebagai
penentu kepada apa yang cuba kita raih dimasa hadapan, namun kita kena ingat
kehidupan dimasa hadapan merupakan sebuah harapan, biarpun kita gagal dimasa
silam dan dihari ini namun kita masih punyai ruang untuk hari depan dengan
bertekad dan berjanji untuk meraih kecermelangan hidup tapi dengan syarat kita
mestilah belajar bersungguh sungguh dari apa yang kita telah tinggalkan dimasa
silam dan apa yang telah kita lalui dihari ini,kegagalan dihari semalam dan
hari ini bukan bermnakna kehidupan kita telah berakhir,harapan kita telah berkecai
dan impian kita telah berkubur,kita masih punyai harapan lagi untuk masa
hadapan andainya kita masih mahu belajar dan menggangap kesilapan lalu adalah
satu ilmu.Kita juga kena ingat,selagi kehidupan itu masih belum kita lalui dan
masih belum kita atur langkah demi langkah kearahnya ianya masih terus
memberikan kita seribu harapan, dan penentunya sudah pastilah dari kita sendiri
bukan orang lain. Jika kita masih berfikiran ditakuk yang lama tak mustahil dimasa hadapan kita jua pasti
akan temui jawapan yang sama seperti masa silam dan apa yang ada pada kita hari
ini. Andainya semalam dan hari ini kepahitan dan keperitan menjadi milik kita maka itulah milik kita
dimasa hadapan.Tapi,jika kita ingin kan perubahan apa yang kita miliki dihari
semalam dan hari ini,mulakanlah langkah perubahan dengan
kesunguhan,usha,semangat ,keyakinan dan ketekunan dan jangan lupa untuk jadikan
kesilapan semalam sebagai panduan dan ilmu...tiada kejayaan yang datang tanpa
usha,keyakinan ,kesabaran dan ketekunan.
Episod
kehidupan yang telah kit lalui dihari semalam danm dihari ini merupakan guru
yang terbaik untuk kita merialisasikan impian kita dimasa hadapan,Ingatlah
dugaan dan ujian pasti akan kita temui dan pasti akan hadir dalam sepanjang perjalanan
kehidupan kita,mungkin setiap detik dan saat. Untuk merialisasikan kejayaan
dalam kehidupan kita pasti lalui semua itu namun begitu jika kita masih mahu
terus belajar,bertahan dan bersabar tak mustahil kita akan temui kejayaan dan
kemanisan dipenghujungnya,Ujian dan dugaan itu kadang kadang perlu dalam
kehidupan kita ini kerana ujian dan dugaan itulah yang mampu mematangkan kita
,Tanpa dugaan dan ujian mana mungkin kita boleh belajar sesuatu untuk dijadikan
panduan untuk merialisasikan impian kita untuk masa hadapan. Jangan sekali kali
kita beranggapan kesilapan masa lalu kita adalah satu kebodohan kita INGATLAH “
Kesilapan juga merupakan ilmu “ yang mampu kita pelajari apa yang ada
didalamnya,belajar kembali ,ambil iktibar darinya dan atur kembali langkah kita
yang mungkin sumbang sebelum ini.
Perjalanan kehidupan ini kadang-kadang terlalu menyimpang dari apa yang kita rancang ,Apa pun sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan segalanya namun begitu sebagai manusia kita seharusnya merancang sesuatu yang terbaik untuk hidup kita....jika kebaikan untuk hidup yang kita lakarkan In Syaa Allah Tuhan pasti merestuinya.Perjalanan Kehidupan Kita Itu.