Alhamdulillah kita masih lagi
berkesempatan untuk terus hidup pada pagi ini.masih lagi berpeluang melihat
terbitnya mentari pagi,masih lagi dapat merasai nyaman dan kedinginan pagi.Apapun
hari hari dalam kehidupan kita ini seringkali kita diuji. Apabila diuji dengan
kesusahan dan ketegangan hidup bagaimana untuk kita terajui diri kita agar terus kekal pada landasan yang betul...Bila
diri diuji dengan kegagalan seakan-akan
gelap gelita suasana di depan .kekadang kita tercari cari kemana hilangnya cahaya yang selama ini
menyuluh...apakah ianya telah pudar,hilang atau tak mahu lagi mendekati kita...
Kini Ku
amati kitaran alam ni....matahari yg terbit kian meninggi sedikit demi sedikit
tegak dikepala dan beransur condong
kebarat ...... Inilah agaknya putaran hidup kita yg kini kian condong menuju senja itu....
namun mentari pasti terbit lagi tak seperti kita yg akan hilang tak akan
kembali lagi..... aku terus memerhatikan terbenamnya mentari diufuk senja....
selagi kita hidup selagi itulah kita akan diuji.....
Hidup kita ni juga tak
selalunya bahagia.mengapa kita tunggu
bahagia datang untuk menghadap kita .Solusinya carilah dimana dia.Kebahagiaan
itu ada dimana-mana sahaja selagi kita berusaha dan sedia mencarinya.Hidup ni mesti
diteruskan.Jangan bazirkan masa kehidupan kita ni dengan menyimpan rimbunan
kegagalan dan kesusahan.Tapi berusahalah mencari jalan penamat untuk semua masalah ini.Ada
satu ungkapan yg pernah kita lihat Kadangkala Allah sembunyikan mentari buat seketika lalu Dia datangkan
petir dan kilat,kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar
itu,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita sebaris pelangi yang indah.Kekadang kita hanya mampu melihat ungkapan tu sebgai baris kata yg indah
semata tanpa kita tahu maksud yg terlalu mendalam tersembunyi didalamnya.Kini
bila kita dah terlalu dewasa barulah kita mengerti walau segetir manapun kepayahan dan kesusahan yang kita
hadapi,berusahalah untuk menghadapi
segala ujian ini kerana disitulah timbulnya cahaya kedamaian yang kita cari
selama ini....InsyaAllah kita akan temui.....
Jadi andainya
kerumitan dan kepayahan yg sering kita alami dan lalui dlm hidup kita ni
...cuba lah bangkit dari segala kepayahan itu .Buang jauh-jauh segala
'kebodohan' yang menguasai diri kita .Belajar daripada kesilapan itu ..kerana
didalam kesilapan itu tersimpan berbagai ilmu.Kita perbaiki apa yg Selama ini
kita katakan kesilapan..sekali kita gagal tidak bermakna kita akan gagal buat
selama-lamanya...dan yang penting Janganlah malu untuk mengakui kesalahan diri.... itu
sebenarnya yg sering tertanam pada diri kita “ malu untuk mengakui kesilapan “.
Dalam perjalanan hidup ini seringkali
kita merasa kecewa.rendah diri.. , sesuatu yang hilang dari dakapan,luput dari
genggaman .....keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak selari
dengan harapan.....kadangkala kita tidak sedar bahawa kita sedang diuji Tapi
cuba kita renungkan perlahan lahan .... kekadang kita terlalu pasrah hingga
kita menyerahkan sebulat bulatnya kepada takdir...kita kalah,kita tewas ,kita
rasakan seolah olah tidak ada sebarang harapan untuk kita dalam kehidupan
ini....kita lupa atau kita tidak tahu bahawa tuhan tidak akan menguji kita
diluar batas kemampuan kita .... bangun dan bergeraklah ...InsayaAllah kita
akan temui jawapan yang pasti....tuhan juga marah andainya kita berserah
semata...
Kebiasaannya sebagai manusia kita tidak suka diuji. andai
nya apabila diuji, sudah pastinya ada kesukaran yang perlu kita hadapi, ada paya yg luas perlu kita harungi ada
bukit yg tinggi perlu kita daki.kekadang apabila kita diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahan
kita . Apabila kita diuji, maka akan terjerumuslah kita ke dalam kancah
kesukaran. Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan- akan telah menjadi sinonim
dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya
dengan kesusahan. ini menyebabkan kita
menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang
negatif. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah
. Kekadang sering juga bertanya pada diri kita,pada orang lain
MENGAPA AKU DI UJI ?
Maka marilah kita bermuhasabah, kerana ada kata kata
pujangga,yang mengatakan “
ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa” dan juga kita kenan ingat bahawa kesenangan dan kehidupan itu sendiri
adalah satu ujian ,Manusia ini akan sentiasa diuji setiap masa dan kita juga
kena ingat bila kita diuji kita akan tahu kelemahan diri
dan tahu untuk bersukur kepada ALLAH. Kekadang ALLAH turn kan ujian untuk melihat bagaimana dan sejauh manakah KESEPAKATAN kita....
.
ALLAH tidak akan menguji kita di luar batas kemampuan kita
salam jumaat... kita tidak terlepas dgn setiap ujian Allah yg pelbagai rupa n bentuknya...hanya kita perlu bersabar menghadapinya dgn redha. baru baca seintas lalu...nanti singgah baca lagi.
BalasPadamWaalaikumussalam kak...itulah kehidupan selagi kita masih bernafas selsgi itulah ujian akan dtg bertandang....berat atau ringan c8uma itu bedzanya....apapun adainya kita kust,tabah kita pasti dpt mengemudi ujian itu dsri tergelinvir dari landasan sepatutnys
BalasPadam